Dana pendidikan amat penting untuk memudahkan kita menguruskan kewangan apabila anak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Selain menyimpan duit di bank, kita boleh juga menyimpan dalam bentuk emas demi masa depan anak-anak. Mula rancang kewangan kita demi masa depan mereka. Salah satu cara untuk menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak adalah melalui simpanan emas.
Dengan simpan 1 gram setiap bulan, anda boleh membuka akaun emas untuk simpanan anak-anak. Sama seperti simpanan duit di Tabung Haji, cuma akaun emas ini anda akan menyimpan dalam bentuk gram emas.
SIMPAN EMAS 1G SETIAP BULAN
“Sangat beruntung anak anak yang mulakan simpanan emas di usia masih muda.”
Ads
BEGINI CARANYA DAPAT RM28000!
Menerusi Tiktik Akaun Nurazilawati Zakariamemberi tip menyimpan 100 gram untuk dana pendidikan anak-anak.
1. Buka akaun emas
2.Simpan 1g setiap bulan
3. 8 tahun 4 bulan cukup 100g
100g bersamaan dengan RM28,000 (ikut nilai pasaran emas)
Ads
8 tahun akan datang nilai emas akan lebih berganda.
Sesungguhnya, air tangan ibu dan isteri itu adalah yang terbaik, lagi lagi sebagai pengikat kasih sayang dan keharmonian dalam rumah tangga.
Namun, kesibukan dengan urusan kerja adakalanya menyebabkan wanita ini tidak mampu untuk memenuhi keperluan tersebut. Mengantuk, penat bekerja semalam belum hilang antara yang menjadi penghalang untuk berbuat demikian. Nak tak nak, terpaksalah suami dan anak-anak bersarapan di luar.
Menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak besar pahalanya. Hadamkan perkongsian dari Puan Ainun Mardhiah. Moga bermanfaat untuk semua!
BIHUN GORENG EMAK
“Yah, sibuk macamanapun awak kerja, jangan lupa sediakan sarapan untuk suami & anak2,” Mak sering memberi pesanan ini sejak dari awal saya berkahwin sehinggalah sekarang.
“Kasihan anak-anak kalau pergi sekolah tak sarapan pagi. Lesu je..Anak2 kena rasa masakan air tangan ibu. Itu yang ikat hubungan kita dengan anak,” Pesan mak lagi.
Ya, memang azam dan impian saya nak kuat dan rajin macam mak. Mak tak pernah gagal membahagiakan anak-anak, Subhanallah.
Kami tak pernah lupa, mak akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk solat dan selepas itu kami akan mendengar mak menggiling lada untuk membuat nasi goreng.
Boleh sahaja lada itu di blender, tetapi mak memilih untuk menggiling. Bayangkanlah, setiap pagi mengangkat batu giling yang berat tu. Kata mak, kalau guna lada giling, nasi goreng jadi lagi sedap. Subhanallah, kami dapat merasai keikhlasanmu duhai ibu. Sedaya upaya menyediakan yang terbaik untuk kami.
Hijau biru rasa muka saya bila suami membuat permintaan ini.?
Ustaz Mohd Asshik jarang request nak makan itu dan ini, jadi bila beliau berkata sedemikian, maka cepat-cepatlah saya ingat balik macamana cara mak masak bihun goreng yang best ni.
Baru-baru ni waktu balik kampung di Jengka, beliau makan bihun bertambah-tambah. Beberapa hari lepas tu, sekali lagi kami balik kampung, suami cakap kat mak, “Mak, makan tengahari kita makan bihun goreng jelah mak. Sedap sangat MashaAllah!” Kelakar betul suami koi?
Bihun goreng version mak, maksudnya kena tumis bawang lada tu lama sikit..kena sabar banyak. Hehe..
“Usaha belajar masak apa yang suami suka.” Terngiang lagi pesanan mak.
“Ok bang, saya try!” Saya menyatakan persetujuan.
Usah lelah dalam membahagiakan insan lain. Kita usaha sedaya mampu. Ikhlas kerana Allah. Kita hanya damba redha Allah dalam kehidupan ini.
Rumahtangga adalah peluang untuk kita berbakti sebanyak-banyaknya. Semoga Allah kuatkan kita untuk menggembirakan insan-insan yang kita sayang sehinggalah hari akhir kita di dunia.
Sekian, sambil memasak bihun goreng kita belajar sesuatu. Inilah kehidupan.?
“Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada insan lain.”?
Setiap kali gambar atau videonya dimuat naik di media sosial, pasti mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, ramai yang suka melihat gelagat puteri sulung kesayangan pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura ini. Gelagat Nur Fatima Aisya membuatkan ramai yang geram melihatnya.
Dia yang kini sudah memasuki 7 bulan, seperti kanak-kanak lain seusianya, pasti sudah diperkenalkan dengan makanan. Begitu juga dengan Fatima.
Perkongsian gelagat Fatima yang excited apabila disuapkan makanan cuit hati ramai. Dengan wajahnya yang comel rambut diikat dua menambahkan kegeraman sesiapa yang melihatnya.
Apatah lagi, dia nampak cukup berselera dengan menu yang disuap itu.Menerusi perkongsian tersebut, diberitahu yang Fatima alah dengan ikan salmon.
Justeru, Fazura menyediakan menu sayur bayam, nasi dan ikan kod. Tak sangka menu tersebut benar-benar menambat seleranya.
Budak lelaki 11 tahun perlu bantuan tangan palsu, tangan kanan dipotong akibat kanser tulang. Seorang murid lelaki berusia 11 tahun, Muhammad Iqbal Hakim Baharin, kini berhadapan dengan cabaran besar dalam hidup apabila tangan kanannya terpaksa dipotong akibat kanser tulang tahap empat yang dikenali sebagai right humerus osteosarcoma.
Muhammad Iqbal, yang sebelum ini aktif dan menggunakan tangan kanannya untuk menulis serta menjalani rutin harian, kini sedang belajar menyesuaikan diri menggunakan tangan kiri. Dia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Paya Besar, terpaksa berhenti sementara dari persekolahan sejak menjalani pembedahan pada 22 Mei lalu bagi tujuan pemulihan.
Ibunya, Nor Athykhoh Mohd Nordin, 43, menceritakan bahawa simptom awal bermula dengan Iqbal mengadu sakit pada lengan kanannya, yang disangka hanya lenguh akibat membawa beg sekolah. Namun, kesakitan tersebut menjadi semakin teruk hingga menjejaskan keupayaan anaknya untuk menahannya.
“Masa itu saya bawa dia ke Hospital Pulau Pinang. Selepas menjalani ujian dan pengambilan sampel, doktor mengesahkan dia menghidap kanser. Berita itu amat meruntun hati saya,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Kobis.
Menurut beliau, doktor menjelaskan bahawa kanser berkenaan telah merebak dan tangan Iqbal tidak dapat diselamatkan. Mereka diberi pilihan untuk membuang tangan dalam masa 72 jam atau berdepan risiko kehilangan nyawa.
“Saya cuba minta doktor cari alternatif lain agar tangan anak saya tidak dipotong, tetapi doktor beritahu tiada pilihan lain. Untuk selamatkan nyawanya, pembedahan mesti dilakukan,” katanya lagi.
Walaupun pada awalnya sukar untuk menerima kenyataan, Nor Athykhoh dan suaminya, Baharin Baharom, 42, akhirnya reda dengan ketentuan tersebut. Iqbal merupakan anak sulung daripada dua beradik, dan mereka kini memberi sepenuh perhatian terhadap pemulihan anak mereka.
“Sebagai ibu, saya sangat sedih. Tapi saya tahu saya perlu kuat. Dulu dia sangat aktif di sekolah. Sekarang kami perlu sokong dia supaya terus bangkit dan menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.
Keluarga tersebut kini hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai operator kilang. Beban kos ulang-alik ke Hospital Pulau Pinang dan rawatan kemoterapi menjadikan keadaan mereka semakin mencabar.
Tambah Nor Athykhoh, Iqbal sangat bersemangat untuk kembali ke sekolah. Oleh itu, mereka kini sedang berusaha mendapatkan tangan palsu, dan jika boleh, tangan prostetik robotik yang dapat membantunya melakukan pergerakan seperti biasa.
“Dia selalu cakap dia nak kembali belajar. Dia minat sangat melukis dan menulis. Saya harap ada pihak yang dapat bantu realisasikan impian dia,” jelasnya dengan penuh harapan.
Impian Iqbal: Jadi Anggota Polis dan Bermain Bola Kembali
Iqbal sendiri menyatakan rasa rindu untuk bertemu rakan-rakan dan guru di sekolah. Dia bertekad untuk terus belajar demi mengejar cita-citanya menjadi seorang anggota polis.
“Saya juga suka main bola. Dulu saya selalu main di sekolah,” katanya sambil tersenyum, meskipun melalui ujian berat.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.