Buka buku pink bila hamil dan sertai khairat kematian masjid terdekat, perkara penting jangan lupa buat. Dalam kehidupan seharian, kita sering berdepan pelbagai cabaran yang memerlukan kita bersedia dari segi fizikal, mental, dan kewangan.
Buka Buku Pink Bila Hamil Dan Sertai Khairat Kematian Masjid Terdekat
Insiden sebuah hospital swasta di Selangor tergamak membekukan bayi selama 16 hari menggemparkan masyarakat. Khabarnya bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan. Oleh kerana kos bersalin tidak mampu dibayar oleh si bapa jadi pihak hospital tidak melepaskan jasad bayi itu.
Selepas disiasat, sepanjang kehamilan, ibu bayi tersebut langsung tidak pernah mendapatkan rawatan di mana-mana klinik mahupun hospital. Pendek kata ibu ini tidak menbuak buku pink.
Perkara Penting Jangan Lupa Buat
Dua amalan yang nampak mudah tetapi sangat penting untuk dilakukan ialah membuka buku pink ketika hamil dan menjadi ahli khairat kematian masjid terdekat.
Kepentingan kedua-dua langkah ini memberikan manfaat besar kepada diri sendiri dan keluarga.
Buka Buku Pink Ketika Hamil
Buku pink adalah rekod kesihatan ibu hamil yang dikeluarkan oleh klinik kesihatan kerajaan. Ia menjadi bukti penting tentang perkembangan kehamilan dan kesihatan ibu serta bayi.
Berikut adalah sebab utama kenapa membuka buku pink adalah langkah yang penting:
a) Pemantauan Kesihatan Ibu dan Bayi
Buku pink memastikan ibu mendapat pemeriksaan berkala untuk mengesan sebarang komplikasi kehamilan, seperti tekanan darah tinggi atau diabetes.
Kesihatan bayi juga dipantau untuk memastikan perkembangan normal, termasuk ujian imbasan ultrasound dan pengesanan awal sebarang risiko kecacatan.
Ads
b) Akses Kepada Rawatan Percuma
Dengan buku pink, ibu hamil layak mendapatkan rawatan percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, termasuk khidmat nasihat pakar.
Ini meringankan beban kewangan keluarga, terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.
c) Kesediaan untuk Kelahiran
Rekod dalam buku pink membantu pihak hospital memahami keadaan ibu dan bayi semasa melahirkan. Contohnya, jika ada sejarah masalah kesihatan, doktor boleh merancang kelahiran dengan lebih selamat.
Pengajaran: Membuka buku pink adalah langkah bijak untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi, serta memastikan proses kehamilan berjalan lancar. Ia juga satu tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat permulaan hidup yang sihat.
Sertai Khairat Kematian Masjid Terdekat
Khairat kematian adalah dana atau tabungan yang disediakan oleh komuniti masjid untuk membantu ahli dalam urusan pengebumian. Menjadi ahli khairat kematian bukan sahaja membantu keluarga sendiri, tetapi juga mengukuhkan hubungan masyarakat.
Berikut adalah kepentingan menyertai khairat kematian:
a) Membantu Mengurangkan Beban Kewangan
Ads
Urusan pengebumian melibatkan kos seperti pembelian kain kafan, keranda, gali kubur, dan bayaran lain. Dengan menjadi ahli khairat kematian, kos ini boleh ditanggung sepenuhnya oleh dana khairat.
Ini mengurangkan tekanan kepada keluarga yang sedang bersedih.
b) Pengurusan Jenazah yang Sistematik
Khairat kematian biasanya mempunyai sukarelawan yang terlatih untuk menguruskan jenazah, termasuk memandikan, mengkafankan, dan menyolatkan jenazah.
Ini memastikan proses pengebumian dilakukan dengan cara yang betul mengikut syariat Islam.
c) Membina Silaturahim
Menyertai khairat kematian juga menguatkan hubungan antara ahli komuniti masjid. Dalam situasi kehilangan, sokongan moral daripada komuniti sangat penting untuk membantu keluarga yang sedang berduka.
Pengajaran: Sertai khairat kematian bukan sahaja memudahkan urusan keluarga semasa waktu kecemasan, tetapi juga melatih kita untuk bersedia menghadapi kematian, yang merupakan satu kepastian dalam hidup.
Kesimpulannya, buka buku pink ketika hamil dan sertai khairat kematian masjid terdekat adalah dua langkah penting yang setiap individu patut amalkan. Kedua-duanya melibatkan persediaan awal untuk situasi yang pasti berlaku dalam kehidupan – kelahiran dan kematian.
Ads
Kita sering terlupa bahawa menjadi bersedia adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai manusia, sama ada untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi semasa kehamilan atau untuk memastikan keluarga tidak terbeban semasa kehilangan orang tersayang.
Dengan mengamalkan kedua-dua pengajaran ini, kita dapat menjalani hidup dengan lebih tenang dan teratur, sambil membantu diri sendiri dan komuniti.
Kegembiraan sebuah keluarga bercuti bertukar duka apabila anak lelaki mereka berusia 10 tahun lemas ketika mandi di kolam renang sebuah hotel di sini, petang Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’far berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada jam 8.57 malam hari yang sama.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki berusia 47 tahun mengatakan anaknya telah meninggal dunia disebabkan lemas ketika mandi di kolam renang hotel tersebut.
“Keluarga dari Pahang itu tiba untuk mendaftar masuk hotel tersebut jam 3.30 petang pada Isnin, untuk menghabiskan masa bercuti bersama keluarga.
“Selepas selesai mendaftar masuk, lelaki tersebut bersama mangsa serta ahli keluarga lain telah turun mandi di kolam renang sekitar jam 5.30 petang.
“Bagaimanapun, ketika mandi, dia menyedari mangsa telah hilang dari pandangan sebelum menemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam,” katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia jam 8.20 malam hari yang sama.
Jelas beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di kolam renang bagi mengelak kejadian sama berulang,” ujar beliau.
Sumber : Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ujian kita berbeza-beza. Namun ujian seorang ibu ini yang sanggup memotong kaki kanannya bagi menyelamatkan kandungannya amat luar biasa.
Melalui perkongsiannya di aplikasi TikTok, seorang ibu, Alin Azreen terpaksa memotong kaki kanannya akibat kanser ketika hamil anak kedua.
Jelasnya, kanser yang dialami itu telah merebak hingga ke tulang dan membuatkan saraf di bahagian kaki rosak serta terpaksa melakukan amputasi.
“Tak sangka lebam bertahun-tahun hingga jadi luka rupanya signal awal kanser. Lebam yang tak sakit tanpa demam dan tak ada tanda-tanda lain,” tulisnya.
Lebih mengharukan bila mana ibu kepada dua anak sempat meluangkan masa bersama anak sulungnya sebelum memotong kaki.
“Sebelum kejadian potong kaki akibat kanser. Waktu ini sedang mengandung 2 bulan dan bergembira dengan anak sulung. Hari ke-5 selepas potong kaki, baru belajar berjalan menggunakan tongkat.
“Waktu ini usia kandungan baru 28 minggu. Bius separuh badan memang terasa kaki ditarik hingga putus dan bayi dalam kandungan bergerak-gerak.
“Genap 37 minggu lahirlah hero kedua secara elektif czer,” luahnya menerusi video pendek itu.
Ibu yang kelihatan cukup ceria dan bersemangat ini juga turut meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana keputusan untuk menyelamatkan kandungan berbanding kaki adalah keputusan yang tepat malah membahagiakan dirinya.
“Alhamdulillah keputusan pilih selamatkan kandungan daripada kaki adalah keputusan yang membahagiakan.
“Tak pernah menyesal. Ujian tanda Allah sayang. Manusia pasti akan diuji oleh Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lelaki belanja RM1,000 sebulan semata nak buat ulasan hotel. Lain orang lain ‘peelnya.’ Seorang eksekutif kanan di sebuah institusi kewangan sanggup membelanjakan kira-kira RM1,000 sebulan untuk menginap di hotel berlainan hampir setiap hujung minggu sebelum menulis ulasan dan pengalaman penginapan di laman sesawangnya.
Lelaki Belanja RM1,000 Sebulan Semata Nak Buat Ulasan Hotel
Dalam tempoh empat tahun sejak 2020, Burhanuddin Abdul Jalil, 55, telah menempah dan menginap di 169 hotel meliputi 234 hari penginapan.
“Sebelum 2020, hobi saya lebih kepada fotografi dan subjek kegemaran saya ialah landskap, iaitu merakam pemandangan alam yang menarik dari tempat atau bangunan tinggi di merata tempat, termasuk di Indonesia.
“Apabila ada larangan perjalanan akibat COVID-19, saya bingung tak tahu nak buat apa. Jadi, saya ambil peluang tempah hotel di sekitar ibu negara memandangkan premis penginapan ketika itu masih dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard tertentu,” katanya kepada Bernama.
Burhanuddin atau mesra dipanggil Bob, berkata aktiviti itu yang pada awalnya dilakukan bagi mengatasi kebosanan kerana tidak dapat bergerak jauh, kini menjadi satu “ketagihan” dan “keseronokan” untuk beliau.
“Kawan-kawan juga asyik meminta pandangan hotel mana yang menarik untuk mereka inap, jadi timbul idea untuk saya menulis ulasan setiap hotel saya pergi. Tambahan pula saya juga pandai mengambil gambar,” katanya, menambah beliau tidak ditaja oleh mana-mana hotel untuk membuat ulasan itu.
Burhanuddin berkata beliau menulis dan memberikan ulasan hotel bertaraf tiga hingga lima bintang secara terperinci, termasuk lokasi, susun atur perabot di dalam bilik serta kemudahan dan layanan staf.
“Saya menulis dalam esei ringkas menggunakan bahasa Melayu yang mudah difahami. Alhamdulillah, saya terima banyak maklum balas positif, dan ulasan saya membantu orang ramai di luar sana membuat keputusan untuk memilih hotel yang ideal buat mereka,” katanya.
Selain menulis di laman sesawangnya https://hanuds.wixsite.com/hanudds, beliau juga menyumbang artikel untuk Facebook Hotel Review Malaysia.
Berkongsi tip, Burhanuddin berkata ada beberapa aplikasi dalam talian yang boleh digunakan sebagai panduan dan perbandingan harga hotel.
Lazimnya harga lebih murah sekiranya tempahan dibuat dua atau tiga bulan lebih awal dari tarikh daftar masuk, katanya.
Bantuan Awal Persekolahan Mula Diagih 13 Januari. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 sesi persekolahan 2024/2025 bermula pada 13 Januari ini.