Tiada yang membahagiakan apabila sebagai ibu dan ayah kita dapat melihat anak yang sedari kecil ditatang bagai minyak yang penuh, berjaya dalam hidupnya. Sukar untuk digambarkan betapa gembira, bangga dan dalam masa turut terharu dengan pencapaian yang diraih.
Menerusi perkongsian twitter mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik turut berkongsi momen membahagiakan buat keluarganya apabila anak sulungnya Nusaybah Maszlee, 24 mencipta sejarah tersendiri dengan menerima enam anugerah di Universiti Georgetown, Qatar.
Nusaybah Maszlee merupakan penuntut jurusan Bachelor International Relations and Affairs, School of Foreign Services, Universiti Georgetown, Qatar telah menerima anugerah yang antaranya Anugerah Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), Anugerah Pingat Dekan, Tesis Terbaik, Anugerah Pelajar Paling Cemerlang pengkhususan Politik dan Hubungan Antarabangsa dan meraih markah cemerlang bagi keseluruhan semester iaitu purata gred kumulatif (CGPA) 4.0.
Apa yang pasti kejayaan Nusaybah bukan sahaja membanggakan ibu ayahnya malah rakyat Malaysia juga turut tumpang merasainya. Ini kerana dia satu-satunya mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang mendapat anugerah seumpama itu.
Ads
Mengulas kejayaan anaknya sebagaimana memetik di Harian Metro, Dr Maszlee berkata, Nusaybah adalah seorang yang kuat membaca, berfikiran kritis dan rajin berusaha sendiri.
“Nusaybah banyak menganalisa dan tidak mudah ikut membuta tuli. Itu juga sikap anak-anak kami semua. Yang penting sentiasa hormat orang tua terutama ibu dia dan nenek dia.
“Kami sebagai ibu bapa tak pernah bersikap memaksa, tak pernah membebel atau juga bersikap mengongkong.
“Sering dititipkan buat anak-anak ialah buat yang terbaik dalam apa sahaja bidang, banyakkan membaca, jangan putus asa, jangan bersikap konvensional dan sentiasa berusaha memperbaiki diri,” ujarnya.
Selain Nusaybah, Dr Maszlee dan isteri, Dr Hamidah Mat yang juga merupakan pensyarah Kluster Pendidikan dan Sains, Open University Malaysia, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Sumayyah, 21, Rufaydah, 19 dan Mujaddid, 14.
Siapa tak rimas, jika terpaksa berlari berjam-jam dengan memakai pakaian yang kurang sesuai dengan aktiviti yang disertai. Namun pemuda ini berjaya melakukannya.
Berbekalkan azam, semangat dan tekad yang kuat, Mohd Syahidan Alias yang merupakan pelari maraton negara melakar sejarah apabila muncul sebagai pelari terpantas dalam Guinness World Records (GWR) bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023 yang berlangsung pada Ahad lepas.
Lebih dikenali sebagai Edan Syah, pemuda ini berjaya mencatat masa dua jam 49 minit 22 saat dalam larian maraton sejauh 42 kilometer itu dengan berbaju Melayu lengkap beserta sampin dan songkok.
Seakan membawa semangat berhari raya yang kini sedang diraikan di seluruh dunia, pemuda ini sungguh teruja apabila misinya itu telah meraih kejayaan.
“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki).”
Sebelum ini , Edan Syah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit pada tahun 2019.
“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” katanya.
Nak tanam pokok bunga tapi ruang di kawasan rumah terhad, Tak payah nak peningkan kepala. Untuk ibu-ibu yang tengah plan nak jaga pokok tapi ruang di halaman rumah sempit, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Abdul Hadimenerusi grupKelab Kaki D.I.Y
Ruang kecil tapi nampak cantik dan tersusun kemas pokok-pokok di dalam pasu. Terasa tenang dan ini boleh jadi salah satu cara anda hilangkan stres di rumah. Tanam dan sibukkan diri dengan tanaman bantu anda tenangkan fikiran juga kan.
Salam semua KKDIY. Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kn ke paip.
Next time nak adjust tinggi atau extend mana2 bahagian, boleh cabut semula.
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kt shoppe saiz 3/4 inchi. Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan hari-hari kita akan menggunakan minyak masak untuk menyediakan hidangan dan umumnya kita tidak akan menggunakan minyak tersebut berulang kali demi menjaga kesihatan.
Jika dahulu lebihan minyak masak akan dibuang begitu sahaja, namun kini tahukah anda minyak masak tersebut boleh dijual dan mendatangkan sumber rezeki yang lumayan untuk diusahakan dengan serius. Selain boleh di kitar semula untuk dijadikan bahan seperti biodiesel, ia juga boleh digunakan untuk membuat lilin, pencuci, sabun serta makanan haiwan.
Ini sebagaimana memetik berita di Bernama yang berkongsi kisah seorang ayah yang berkerja sebagai pekerja kilang elektronik Mohd Rosdi Abu Bakar,48, yang menetap di Butterworth dan menjalankan perniagaan minyak masak terpakai secara sambilan sejak enam bulan lepas.
“Sebelum ini saya hanya lihat kawan yang buat jual minyak masak terpakai ini. Ada yang sudah 20 tahun lakukan perkara ini.
“Saya cuba tetapi separuh masa sahaja iaitu pada setiap hari Ahad. Pada hari itu saya akan ambil minyak masak terpakai ini dari pelanggan dan beli dengan mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Bantu Ekonomi Keluarga
Meskipun hanya dibuat secara sambilan iaitu sewaktu beliau cuti dari kerja, Mohd Rosdi tidak menyangka pendapatan yang diterima agak lumayan sehingga boleh mencapai sekitar RM3,000 setiap bulan.
Minyak masak terpakai yang dikumpulnya kira-kira setan sebulan dibeli oleh syarikat Airil Global Resources yang beroperasi di Kulim, Kedah.
Berkongsi tentang pembabitannya dalam perniagaan itu, Mohd Rosdi berkata beliau memperolehi pelanggan menerusi iklan untuk membeli minyak masak terpakai di laman Facebook.
“Ramai yang menghubungi dan bertanya memang boleh ke jual ke minyak masak terpakai ini. Tidak dinafikan ramai yang tidak tahu minyak masak yang sudah diguna ini boleh dijual semula dan ada kegunaannya.
“Saya pergi sendiri ke rumah pelanggan yang mahu menjual minyak masak mereka. Setakat ini, pelanggan saya adalah dari kalangan suri rumah, peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam, ” katanya sambil menambah, pelanggannya adalah dari seluruh Pulau Pinang, Sungai Petani dan Padang Serai, Kedah.
Menurut Mohd Rosdi yang berasal dari Terengganu, harga bagi minyak masak terpakai yang diambil dari pelanggannya adalah antara RM1.50 untuk satu kilogram hingga 49 kilogram(kg), RM1.60 bagi 50kg ke atas dan RM1.80 untuk 100kg ke atas.
Optimis dengan penjualan minyak masak terpakai yang dapat membantu ekonomi keluarganya, bapa kepada lima orang cahaya mata itu berkata, sasarannya kini adalah untuk mendapatkan 100 pelanggan tetap yang terdiri daripada kalangan peniaga.
Sasaran tersebut akan membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM9,000 sebulan dan jika tercapai, beliau berhasrat mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan berkenaan.
Kelebihan Minyak Terpakai
Terdapat banyak faktor yang membuatkan ramai tidak menyedari akan kelebihan minyak masak terpakai ini.
Antaranya, kurangnya promosi serta pendedahan yang tidak meluas kepada golongan sasaran seperti suri rumah dan peniaga kedai makan.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak, faktor harga belian minyak masak terpakai yang agak murah juga menjadikan ia tidak menarik perhatan ramai.
“Contohnya, harga belian minyak masak terpakai yang ditawarkan sekitar RM1 sekilogram mungkin kelihatan kurang menarik minat orang ramai. Selain itu, sistem sokongan serta kemudahan untuk orang awam yang berminat mengumpul dan menjual minyak masak terpakai masih belum meyakinkan.
“Ini termasuklah ketidakseragaman daripada segi operasi kitar semula yang masih lagi dilihat sebagai aktiviti bersifat kecilan dan murahan. Isu piawaian mutu biodiesel berdasarkan American Biodiesel Standard ASTM D6751 juga menjadi punca tidak ramai pemain industri yang berani menceburi bidang ini secara telus,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, apabila teknologi penukaran minyak masak terpakai menjadi semakin ringkas dan lebih ramai pengusaha terlibat dalam industri minyak masak terpakai, cabaran tersebut boleh diatasi dan kesedaran orang awam boleh dipertingkatkan lagi.
Dijadikan biodiesel
Antara manfaat utama sering didengari berhubung kegunaan minyak masak terpakai ini adalah ia boleh dijadikan biodiesel.
Menurut Mohd Yusoff, minyak masak terpakai lazimnya akan dikumpul dan ditapis melalui beberapa peringkat sebelum melalui proses kimia untuk dijadikan bahan api kenderaan atau biodiesel.
“Minyak masak terpakai bertapis akan melalui proses kimia yang dikenali dengan nama transesterifikasi yang dilaksanakan dengan bantuan pelbagai katalis (pemangkin) bersifat asid, alkali dan enzim dalam proses homogeneous atau heterogeneous (satu proses dalam fasa fizikal-kimia yang sama serta fasa fizikal-kimia yang berlainan).
“Proses penukaran minyak masak terpakai kepada biodiesel adalah proses yang rumit, memakan kos dan bahan api,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, UPM turut membuat penyelidikan dan berjaya membangunkan minyak masak sebagai biodiesel bagi kegunaan mesin dan jentera kenderaan.
Menurut Mohd Yusoff, teknologi di UPM adalah hasil kajian selama lima tahun oleh penyelidik Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul.
“Sebagai makluman, enjin diesel tidak memerlukan pengubahsuaian bagi menggunakan biodiesel memandangkan hanya 10 peratus biodiesel diperlukan untuk dicampurkan dengan 90 peratus diesel (B10) sebelum digunakan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang berminat boleh menjual minyak masak terpakai ke loji pepandu di Kampus UPM Serdang pada harga RM1 sekilogram.
“Secara amnya, 100 liter minyak masak terpakai boleh menghasilkan 90 liter biodisel dan 10 liter gliserol dan prosesnya memakan masa selama enam jam,” jelasnya.
Program Trash to Cash
Dalam memupuk kesedaran, peranan dan kerjasama semua pihak penting bagi memastikan minyak masak terpakai tidak dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti sinki dapur dan longkang.
Tindakan ini akan hanya yang menyumbang kepada masalah sinki dapur tersumbat sekaligus turut menjadi punca kepada sistem pembentungan tersumbat.
Justeru sebuah syarikat yang membeli minyak masak terpakai iaitu syarikat NKH Bio Solution, milik bumiputera yang berpejabat di Bangi, Selangor, turut memainkan peranan dalam usaha menyedarkan masyarakat dengan menjalin kerjasama bersama beberapa Badan Pengurusan Bersama (JMB) di kediaman di negeri Selangor menerusi program Trash To Cash.
Eksekutif Jualan syarikat itu Rozaimi Salleh memberitahu Bernama, program Trash To Cash anjuran JMB Residensi Puchongmas membolehkan penduduk di situ menjual terus minyak masak terpakai mereka kepada syarikatnya secara langsung.
“Bagi program Trash To Cash, kami tetapkan satu tarikh sesuai dan akan datang mengambil minyak masak terpakai dari penduduk. Harga untuk sekilogram minyak masak terpakai adalah RM2.50 dan kita bayar terus kepada penduduk. Jadi penduduk dapat menjana pendapatan selain dapat melahirkan penduduk yang hidup dalam persekitaran selamat dan sihat,” katanya
Menurut Rozaimi, hasil kutipan minyak masak terpakai akan dijual kepada pihak kontraktor bertauliah.
Beliau menambah, syarikat itu dapat mengutip minyak masak terpakai kira-kira 140 tan sebulan, meliputi kutipan dari Selangor, Terengganu, Perlis, Pulau Pinang serta Johor.
Kesemua minyak berkenaan akan diproses untuk menjadi biodiesel serta dieksport ke negara Eropah, antaranya United Kingdom dan Perancis.
Menyentuh tentang kesedaran, Rozaimi berkata kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan minyak masak yang selamat banyak bergantung kepada tahap kefahaman individu akan penggunaan minyak masak yang betul oleh setiap isi rumah.
“Boleh dikatakan kesedaran warga kota lebih tinggi mungkin disebabkan lebih terdedah dengan kempen kesedaran penggunaan minyak masak yang selamat dan kesedaran amalan kitar semula minyak masak terpakai untuk biodiesel.
“Namun kesedaran peniaga berkaitan tahap penggunaan minyak masak yang selamat adalah amat rendah sama ada di bandar atau di kawasan luar bandar. Ini membahayakan pembeli yang membeli makanan yang menggunakan minyak masak melebihi had sepatutnya.
“Maka kempen kesedaran dalam kalangan peniaga perlu dilaksanakan untuk menjamin kesihatan awam yang lebih baik,” katanya.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.