Baru-baru ini tular tentang soalan matapelajaran matematik yang tanda arasnya tidak bersesuaian dengan murid-murid darjah 1.
Tidak terkecuali, matapelajaran yang wajib lulus iaitu Bahasa Melayu (BM) juga dijadikan isu apabila ada seorang ibu dan juga pengguna laman Facebook memuatnaik dua gambar soalan BM yang terdapat di pasaran.
Macam manalah saya tak sokong Cikgu Fadli Salleh . Ini soalan contoh BM ,tahun 2 dari salah satu buku yang ada di pasaran. 1.Punca-punca kemerosotan disiplin murid-murid. 2.Perbandingan antara bekerja sendiri dengan makan gaji.
Ads
Meninjau di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata orang dewasa akui mereka sendiri sukar untuk memikirkan jawapan untuk soalan tersebut. Malah, ada yang menganggap soalan yang diberikan terlalu sukar untuk murid darjah 2.
Sebut sahaja nama Datin Paduka Eina Azman, pasti ramai yang membayangkan keenakan air tangan isteri kesayangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini.
Setiap kali memuat naik video atau gambar masakan, apsti ramai yang memuji tak kurang yang minta berkongsi resipi. Bukan itu sahaja, Datin Paduka Eina juga seorang wanita yang cukup mementingkan penampilan diri.
Namun begitu, beliau tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu kepada sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berumur 3 tahun.
Keletah anak kembarnya itu sering di muat naik di laman instagramnya. Baru-baru ini, Datin Paduka berkongsi sebuah video yang memaparkan anak perempuannya itu menghafal surah 3 Qul sehingga mengundang rasa kagum di kalangan netizen.
Malah ada yang mengatakan suka melihat cara Eina azman mendidik anak-anaknya. Walaupun nampak moden tapi agama masih menjadi keutamaan.
Pengacara Nana Mahazan mendedahkan, ibu mertuanya, antara sebab dia memutuskan untuk mengenakan hijab adalah kerana ingin menjadi muslim yang lebih baik.
Menurut ibu kepada sepasang cahaya mata ini, dia pernah mendapat pertanyaan daripada ibu mertuanya mengenai keputusannya untuk berhijab.
“A short story i would like to share will all of you. After my hijrah, MIL asked me (twice), why now i put my hijab on? I answered, i want to be a better servant to my creator.
“And then she said, being a better person isn’t it from the heart, ur attitude, ur behavior? Not how u look right?
“Masa tu macam tak sure nak jawab macam mana sebab betul kan, jadi baik ni is beyond just how we look. It is how we act, apa yg kita buat, cakap, kiranya keseluruhan sebab tu ianya harus selari.
“Istiqomah bukan sahaja dari berpakaian. Amal ibadat. Percakapan. Adab. Tingkah laku,” ujar Nana lagi.
Perkongsian tersebut dimuatnaik Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan menerusi laman Instagramnya.
Justeru, dia harus menjelaskan mengenai perkara tersebut memandangkan ibu mertuanya itu bukan beragama Islam.
Begitupun, Nana bersyukur kerana dikurniakan ibu mertuanya yang sangat memahami dan sentiasa menyokong apa sahaja keputusannya.
“Well susah nak explain sebab my MIL is non muslim kan. Her concern macam tak panas ke? Hehehe.. but i did say, i want to be A BETTER ME. A new version of me yang trying to please my Almighty. Secara keseluruhan.
“Syukur alhamdulillah, MIL saya sgt supportive. Dari dulu. She accepted me for who i am dulu dan sekarang. Rezeki dan nikmat Allah, MIL dan saya sangat baik. Takde masalah.
“I am far from perfect, but i am trying on daily basis to improve myself. To be a better muslim. Doakan,” pohon Nana yang mula berhijab pada Ogos yang lalu.
Pilu rasanya bila terpaksa berjauhan dengan keluarga, tak boleh digambarkan kesedihan lebih-lebih lagi bila berpisah antara negara lain.
Seperti kisah ibu dan bayi lelakinya ini terpaksa berjauhan selama 5 bulan akibat COVID-19 yang berpunca dari sekatan masuk keluar negara lain di negara masing-masing. Jom ikuti kisah mereka.
“Irfan, ini adalah ibu,” ungkapan pertama seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla hari ini.
Dengan linangan air mata, ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.
“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan. Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami.
“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Bernama.
Hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.
Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas, namun terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.
Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.
Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut.
Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.