Sebelum ini kisah dekorasi rumah atas air yang tampak begitu selesa dan kemas pernah viral di media sosial. Rata-rata warganet begitu terpegun dengan konsep kediaman yang dikongsikan oleh Puan Mariyah Ghazali di page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY.
Apa yang mengujakan, kediaman tersebut walau hanya berdindingkan kayu dan beratapkan zink, namun punya auranya yang tersendiri. Cukup kemas dan sedap mata memandang!
Selain ramai teruja gaya susun atur kediaman ini, tidak kurang juga ada yang perasan periuk belanga yang disusun kemas di ruangan dapur. Nampak begitu bersih dan berkilat seakan baharu. Maka ramailah bertanya apa rahsianya dan menjawab persoalan tersebut sekali lagi, perkongsian Puan Mariyah Ghazali menarik perhatian warganet.
“Slam smua …sya ucapkan kepada semua sebab minat rumah yang saya hias dangan barang eko ye..ramai tanya pasal periuk. Saya guna sabun ape, dan saya minta maaf tak dan nak balas satu persatu sebab terlalu ramai sangat nak tau …jadi saya kongsi sini ye untuk semua tau”
Ads
“Alhamdulillah dari dulu saya memang setia dengan sabun ni je bertahun-tahun …periuk saya pon semua tu kebanyakan 8 tahun dah saya guna untuk masak…Alhamdulillah nampak MCM baru sebab guna sabun ni.”
Melihat di ruangan komen pula, ramai yang memuji betapa rajinnya tuan rumah dan tidak kurang juga ingin ada yang ingin mencuba menggunakan sabun cuci yang disarankan.
Siap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran si kecil sebagai pelengkap kasih sayang. Ada pasangan yang cepat menimang cahaya mata, ada juga yang mengambil sedikit masa barulah mendapat anak.
Bagi sang isteri yang dikurniakan rezeki hamil awal, pasti itu satu berita gembira yang cukup ditunggu-tunggu, tak kurang juga yang terkejut dan teruja bila mana mendapat tahu diri sudah berbadan dua.
Demikian juga dengan pelakon cantik manis, Emma Maembong apabila disahkan hamil selepas tiga minggu bernikah. Menurut Emma dia tidak menyangka dan bersyukur kerana dikurniakan rezeki lebih awal.
“Saya selalu mengimpikan keluarga saya sendiri. Setiap kali mendukung bayi baru lahir iaitu anak kakak atau abang saya, pasti akan rasa teruja.
“Masa ini tiga minggu selepas kami bernikah dan saya tidak sedar yang sebenarnya ketika itu saya sedang hamil dan baru sahaja mula rasa loya dan pening.
“Apa yang saya ingin ucapkan adalah syukur kepada Allah. Kita hanya merancang tapi Tuhan adalah perancang yang sebaik-baiknya,” katanya.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini. Emma sah bergelar isteri kepada Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Emma memuat naik satu rakaman video sewaktu mendukung anak buahnya yang masih bayi ketika majlis persandingannya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusannya melahirkan bayi pertama dipermudahkan serta sentiasa bahagia di samping keluarga
Pada Julai lalu, Emma mengumumkan berita kehamilannya yang ketika itu sudah berusia empat bulan dan kini difahamkan sudah memasuki trimester ketiga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Dikurniakan zuriat yang bijak pandai pasti satu bonus dan impian setiap ibu bapa. Demikian juga dengan kisah sepasang suami isteri yang dikatakan memiliki anak yang luar biasa bijaknya.
Dikurniakan kepintaran yang luar biasa sejak usianya tujuh bulan, kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Haryz Nadzimi dilaporkan berjaya diterima memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Kisah adik Haryz tular baru-baru ini apabila di dalam laporan Metro Uk menceritakan keistimewaan si kecil ini yang mula dikesan oleh ibu bapanya apabila dia mampu menyebut beberapa patah perkataan pertamanya pada usia tujuh bulan.
Bukan itu sahaja, si kecil ini juga dikatakan mampu membaca sendiri buku-buku cerita sebelum tidur ketika usianya dua tahun. Hal tersebut, menjadikan dia sebagai individu paling muda memasuki persatuan IQ tinggi global, Mensa.
Dia dikatakan mencapai skor IQ yang luar biasa sebanyak 142 pada ujian Stanford Binet setelah diuji oleh ahli psikologi, Lyn Kendall.
Anak kepada pasangan Anira dan Mohd ini dipercayai menetap di Durham, United Kingdom (UK) dan kedua ibu bapanya mempunyai latar belakang kejuruteraan. Menurut pasangan tersebut, mereka tidak menyangka Haryz menunjukkan tanda-tanda kepintaran yang luar biasa pada usia semuda itu.
“Kami tiada banyak pengalaman, jadi kami ingatkan itulah cara kanak-kanak. Namun sehingga kami diberitahu oleh pihak tadika bahawa dia lebih cepat berbanding kanak-kanak lain, maka kami menyedari Haryz adalah istimewa.
Di samping itu, ibu bapa Haryz turut mencipta saluran YouTube bernama Little Haryz agar kanak-kanak lain dapat menonton dan menjadikan ia sebagai pemangkin semangat.
Berkongsi mengenai sikap anak mereka, pasangan itu turut memberitahu bahawa Haryz sering bertanya soalan dan bercakap mengenai angkasa lepas dan nombor selain gemar membaca buku-buku. Lebih mengagumkan adalah bahasa Inggeris bukan bahasa pertamanya. Mereka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu di rumah.
Sumber: Metro Uk & Ohbulan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walau sudah berpuluh tahun lamanya tempoh berkahwin, mungkin masih ada lagi Encik Suami yang masih belum kenal perilaku dan ragam isterinya. Jadi tidak hairanlah bila orang lelaki selalu kata orang perempuan ini susah diramal, kadang-kadang mulutnya sahaja kata okay tetapi di dalam hatinya berbeza pula. Betulkah begitu?
Hakikatnya, kadang-kadang kita sendiri pun keliru dengan apa yang kita ucap tak sama dengan apa yang kita rasa. Itukah namanya ragam wanita?
Jadi adalah lebih baik En suami fahami serba sedikit ‘peel’ isteri dan melalui perkongsian daripada Marliya Ramli ini ada penyelesaian untuk memahami ragam isteri kesayangan anda. Jom semak!
RAGAM INILAH YANG DIRINDUI..
1 – Wanita ni pelik. Bila dia cakap dia kenyang tu, maknanya jangan nak terus tengok bola. Bawak je dia keluar makan sate atau minum latte. Cubalah! Wajib dia suka punya!
2 – Kalau dia cakap dia okay tu maknanya dia tak okay. Dia rasa kecik hati, merajuk dan tak kena semua. So, jangan terus nak baca suratkhabar. Jangan!
3 – Kalau dia cakap dia tak kisah tu maknanya dia kisah gila. Dia tak suka. Dia amik peduli. So… Jangan ambil perkataan tak kisah dia tu sebagai tak kisah. Sebab tak kisah tu bermakna kisah bagai nak gila. Berhari-hari dia kisah dan ingat di hati.
4 – Ya.. Wanita secara amnya dia sendiri tak faham diri sendiri. Tapi dia harap arjuna kesayangan memahami dia. Dia harap, arjuna kesayangan dengar dan tahu suara hatinya. Ya, anda rasa complexity ini tinggi tapi itulah formulanya.
Sebab itulah…
5 – Sebab itulah sampai ke sudah kalau ada masalah dia nak luah. Dia nak bercerita. Mujurlah… Biarkan dia bercerita. Biar dia merapu bebel daripada dia diam menarik muka.
6 – Sebab wanita bila diam itu bahaya. Dia malas cakap itu bahaya. Bersyukur lah bila wanita anda masih gemar membebel itu ini. Cepat-cepat cari jalan selesaikan segera sebelum dia menulis di KRT.
7 – Lagi win nya wanita kalau dengan arjuna kesayangan, nyamuk gigit pun dia rasa nak mati. Kalau tak ada arjuna itu, naga sembur api pun dia berani. #apeni?
8 – Kalau dengan arjuna kesayangan nak buka botol kicap pun dia tak larat. Padahal kat luar setakat tayar kereta dia selamba tukar kat tepi jalan.
9 – Maka… jangan salah faham. Jangan ingat wanita tak kuat. Mereka gagah. Mereka tabah. Mereka sangatlah mampu berdikari. Cuma, bila dengan arjuna kesayangan mereka berbeza kerana mereka anggap anda arjuna istimewa.
10 – Inilah ragam wanita dengan arjuna kesayangan nya… Dan jika mahu bahagia sabar… Sentiasa senyum. Selalulah buat lawak walaupun hambar cam minta ditampar. Banyakkan memuji.
11 – Kalau larat, dukung sesekali lambung tinggi-tinggi. Suap dia makan sentiasa. Cubit pipi dan tarik hidung. Dia nampak malu-malu, tapi dia suka… Daripada rajuk sepanas api, kelak nanti bertukar salji.
12 – Alah… tak lama pun. Layankan sajalah wanita anda. Suatu hari nanti bila dia tiada, RAGAM INILAH YANG DIRINDUI sentiasa.
13 – Wanita bila dengan arjuna kesayangan dia memang pelik, manja dan mengada-ngada. Bersyukur lah sebab dia bersikap begitu kerana dia memerlukan anda. Kerana anda istimewa di hati dia.
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.