Setelah kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati ramai pihak.
Kini air bah yang ‘menggunung’ sudah surut. Ramai sukarelawan menghulurkan bantuan untuk membersihkan rumah mangsa banjir.
Dalam tempoh itu, sudah tentu ada mangsa banjir berkongsi cerita detik cemas yang dilalui ketika bah datang.
Sebagaimana perkongsian saudara Khairul Hakimin Muhammad yang kini menjadi salah seorang sukarelawan yang membantu mereka yang terkesan akibat banjir.
Ads
Menurutnya, salah seorang mangsa menceritakan kembali kepadanya detik cemas bagaimana dia dan jiran dapat menyelamatkan diri setelah mendengar suara nyaring si bulus.
Suara yang kuat itu membuatkan wanita berkenaan meninjau bahagian luar rumah, alangkah terkejutnya apabila mendapati air naik dengan pantas. Melahirkan rasa syukur dengan suara kucing itu telah menyelamatkan nyawanya.
Ads
Tadi masa bantu punggah-punggah barang mangsa banjir. Ada seekor kucing cantik ja mai meleset kat kaki.
Saya pun cakap ke Makcik tuan rumah, “cantiknya kucing ni, acik bawa dia sekali ke time banjir itu hari?” Makcik tu cakap “kucing ni la selamatkan aku.
Dia mengiau ngiau ngiau, aku tengok luar, air dah ada. Aku dukung dia, ikat siap kain batik baga. Lari terus ke jalan depan panggil jiran, jiran pun takut.
Kami semua pakat lari sebab nampak air masuk bergulung-gulung laju. Satu apa tak sempat ambil. Lari ja. Dalam sejam air naik sampai separuh pintu. Kami semua lari ja.
Malam tu kami dengar rumah kami semua dah paras bumbung airnya. Siren tak ada, apapun tak ada, inilah dia yang menjerit-jerit kat aku.”
Ya Rabb. Alhamdulillah.
Syukurnya. Macam-macam kisah banjir saya dapat. Saya sendiri dapat banyak belajar.
Selebriti yang terkenal dengan kisah penghijarahannya, Mizz Nina menyambut ulang tahun kelahiran anak angkatnya, Musa yang pertama hari ini.
Bersyukur dikurniakan anak kecil yang menjadi penyeri hidupnya, Mizz Nina berkongsi perkembangan Musa yang semakin bijak dan disenangan ramai dalam memberi kebahagian dalam hidupnya.
Perkara ini dikongsikan oleh Mizz Nina sendiri di laman Instagram miliknya sendiri dengan memuat naik gambarnya bersama Musa.
“To my sayang Musa, hari ini awak berumur 1 tahun, alhamdulilah, saya bersyukur kepada Allah kerana mempunyai awak dalam hidup saya, awak benar-benar bayi yang istimewa, terlalu comel, MashaaAllah.
“Awak suka ketawa, menyapa semua orang dan sangat mesra! Awak juga suka berkongsi makanan anda dengan orang lain dan membawa kegembiraan kepada setiap orang yang bertemu dengan awak – Awak adalah hadiah dan amanah yang saya harap saya dapat menjaga dengan cara yang terbaik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut menitipkan doa dan ucapan buat buah hatinya.
“Ku persembahkan dia kepada-Mu, pilihlah dia sentiasa berada di bawah naungan, perlindungan, petunjuk, rahmat dan keampunan-Mu.
“Berkatilah dia dengan ilmu dan hikmah, merendah diri, sabar, budi pekerti yang baik, kesihatan yang baik, sahabat dan guru yang soleh, kurniakan tarbiyyah yang baik, bantulah dia membesar dan belajar dari kesilapan dan kegagalannya, dan pastikan dia sentiasa di atas landasan Al-Quran dan Sunnah.
“Semoga ia menjadi panduan baginya dalam apa jua pilihan untuk dilakukan dalam kehidupan ini. Yang terpenting semoga beliau meninggalkan legasi yang kukuh dan menjadi cahaya untuk ummah Aameen.
“Allah loves you sayang musa, I love u, your bapak && all your mummies love u too,” ucapnya.
Musa merupakan anak angkat sewaktu Mizz Nina dan Noh masih bersama. Pasangan itu bercerai pada Ogos lalu selepas 11 tahun hidup bersama. Mereka tidak dikurniakan zuriat.
Sumber : Instagram Mizz Nina
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya untuk didik anak-anak jadi cemerlang bukan hanya bergantung kepada buku semata-mata sahaja. Ia juga termasuk dengan persekitaran yang berdekatan dengan anak-anak itu.
Begitu juga dengan perkongsian oleh Aishah Kassim melalui paparan Nurul Atikah Moktar yang memaparkan petua mendidik cara mendidik anak-anak yang diajar oleh seorang keturunan cina.
Tips dr seorang Aunty untuk ajar anak… sngt setuju dngn aunty ni.. Kebanyakn point yg sy slalu ajar parents mcm mana nak ajar anak ckp ada disebut oleh aunty ni… 🙂 . Pergi pasar dengan Adra tadi, sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak.
Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.
“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar. Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.
Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”
“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.
Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia “lai” sini mama mau tanya”
Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.
Ajar dari kecil bila ada barang ke apa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi2 share dengan parents. Nanti dah besar dia akan ingat parents.
Lagi aunty tu pesan.
Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak mintak maaf.
“Oh ya, mama salah tadi..sorry”
Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia tak dapat nombor 1.
You marah le tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?
Jangan banding2 anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan mahal besar. Dia kenyang kita pun kenyang”
okay. Kat sini mungkin aunty tu nak sampaikan yang rezeki masing2. Jadi, bersyukurlah.
Dia just cakap kalau suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kan kita bandingkan anak tanpa sedar?
Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum.haa contohhh. Tak ke kecik hati anak tu)
Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam & ikan tadi.
Pergi mana2 pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting 🙂
Tq aunty. Kredit : Nurul Atika Moktar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita di atas tragedi gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria.
Ucapan berkenaan dizahirkan kepada kerajaan dan seluruh rakyat kedua-dua negara terbabit termasuklah ucapan takziah buat semua keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah buruk itu hingga mengakibatkan kehilangan ratusan rakyat serta kerosakan harta benda.
Seri Paduka berdua berdukacita atas kehilangan ratusan nyawa dalam tragedi itu serta menzahirkan harapan seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
Seri Paduka berdua turut mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.
Menurut kenyataan Istana Negara, semasa tempoh ini, Seri Paduka berdua dan Malaysia akan bersolidariti dengan rakyat Turkiye dan Syria serta mendoakan agar mangsa-mangsa yang masih terperangkap dalam runtuhan akibat tragedi itu dapat diselamatkan dengan segera, selain mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
Di samping itu, Al-Sultan Abdullah turut menyeru agar semua masjid mahupun surau di seluruh negara mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon keselamatan mangsa dan keluarga mereka. Bukan itu sahaja, para jemaah juga digesa mengadakan solat jenazah ghaib bagi mangsa yang telah kembali ke rahmatullah.
Untuk info, pasukan elit SMART seramai 70 orang yang terbabit dalam misi itu terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Perubatan Diraja, Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pasukan khas bahan kimia berbahaya.
Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam bencana itu. Kesemua 13 rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas selamat, menurut kementerian itu.
Media Turki melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah Türkiye setakat ini berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan wilayah selatan negara itu Isnin.
Gempa bumi kuat itu, dengan pusat gempa di daerah Pazarcik, turut memusnahkan negara jiran Syria dengan hampir 1,300 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera.
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.