Bagi mereka yang suka mencuba minuman homemade boleh cuba petua ini. Resipi ini dikatakan dapat membantu kita detoks untuk kulit berseri! Selera makan tak menjadi-jadi..lemak pun terhakis!
Cara membuatnya cukup mudah dan bahan boleh didapati di dapur anda sahaja.
Bahan-bahan 1. Air masak : Dah pastilah sangat elok untuk badan dan kecantikan muka 2. Timun : Tinggi anti oksida, hidrasi dan membantu legakan kulit dan lembap! timun boleh kecikkan dan keringkan jerawat. Parut pun makin pudar. Pori-pori? Makin tertutup! 3. Lemon atau Limau Nipis : Ada asid yang baik untuk cuci bersih segala kotoran dalam badan, toksin & hilangkan berat badan! 4. Serai : Membuang toksin dalam badan, tekanan darah & kurangkan kolestrol 5. Halia : Buang angin & toksin, kulit halus mulus, naikkan seri muka dan boleh hilangkan STRESS!
Ads
Cara : 1. Potong semua bahan dan masukkan dalam air 2. Simpan dalam peti sejuk – 3 jam 3. Siap! Boleh minum tak kisah berapa kali sehari. Kalau zura confirm kenyangggg je tak rasa lapar! *tahan 2 minggu jika letak dalam peti ais Psttttt bukan kulit je cantik nanti..tapi badan pun boleh kurussss sebab terdetox sekali! 2 in 1 gitewww ?
Ads
Untuk memudahkan ibu-ibu nak cuba petua ini, boleh tengok video yang dikongsikan ini.
Dalam satu perkongsian, doktor Dan juga influencer, Dr Say Shazril memuatnaik topik berkenaan isteri wajib masak jika mahu suami sayang.
Bapa kepada dua orang cahaya mata ini terkejut bila mana ada yang meninggalkan komen kepadanya supaya meminta isterinya memasak. Dengan cara itu akan membuatkan Dr Say bertambah sayang.
Tidak dinafikan, setiap pasangan suami isteri punya cara tersendiri untuk mencipta bahagia. Namun, bukanlah yang boleh mengundang stres kepada pasangan.
“Baru2 ni sy dapat comment berbunyi begini “Dr Say suruh lah Dr Azu belajar masak, mesti nanti lagi sayang”. Terduduk sy dibuatnya sebab ingat tahun 1992 je orang fikir gitu, tak sangka 2022 masih lagi ada comment sebegitu.
Jujur mengakui, isterinya Dr Azura sememangnya pandai memasak. Bukan sahaja menu biasa bahkan jika dia meminta memasak sesuatu resipi pasti akan ditunaikan.
Namun, sebagai suami dia tidak mahu menambahkan tekanan dalam diri isterinya memandangkan dia sudah penat dengan kerja dan belajar.
“FYI, bini sy pandai je masak. Nasi ayam, nasi lemak, mee goreng, ikan stim u name it, she can cook it. Cuma sy yg suruh dia takyah masak. Why? Bini sy bekerja, doktor & at the same time ambil Masters.
“Sy tengok dia berhempas pulas, stress2 maka logik akal sebagai seorang manusia & suami, adakah sy nak suruh diamasak lepas susah2 semua tu? Semestinya tak.
Kata Dr Say lagi, tidak semestinya untuk menambahkan rasa sayang suami, seseorang isteri itu harus memasak. Sebaliknya banyak cara lain yang boleh dilakukan.
“Kalau dia ada free time dia masak ja untuk sy. Dia masak sy ok, dia tak masak pun sy ok. “Tapi kalau wife masak sure husband lagi sayang”. Ahaa kat situ Bintu silap ye Bintu. Ada baaanyak lagi cara lain seorang isteri boleh membuatkan suaminya menyayanginya.
“Bagi sy, sy happy sesangat dah kalau wife always around physically & emotionally. Nak ajak dia lepak shopping/ tengok movie, dia ada. Nak ajak dia brain storm topik2 ig sy, dia ada. Dia tolong jaga anak masa sy tengah karang cerpen ni pun sy bersyukur sesangat dah.
Tambah Dr Say lagi, di dalam agama sendiri tidak menyatakan tugas isteri untuk memasak. Sementelah zaman sekarang isteri bekerjaya dan pulang ke rumah sudah lambat dan penat.
“In a nutshell, dalam agama takde menyatakan bahawa tugas isteri adalah untuk masak. Zaman sekarang ramai isteri2 yg bekerjaya. Balik kerja dah lambat, nak kemas rumah (yg juga bukan tanggungjawab seorang isteri ye), nak jaga anak, lepas tu nak suruh dia masak lagi, dah bila masa husband & wife nak berbonding?
“Sekarang ada Food Panda, Grab Food make use of that. Jadi janganlah rigid sangat dalam perkara ni yg penting makan sekali as a family dah memadai. Ape pendapat korang? Ke bagi korang isteri wajib pastikan ada makanan bawah tudung saji tu? Open discussion please.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib ada memuat naik gambar Ariq Matin dengan gaya rambut baru yang nampak begitu kemas dengan potongan rambut pendek.
Dilihat juga sebelum itu, Shuib ada berkongsi gambar beberapa foto kandid Matin dengan kapsyen “Hari ini bawa Matin potong rambut, tak sabarkan nak tengok rambut baru dia,”.
Posting tersebut bukan sahaja Shuib teruja untuk melihat wajah baharu Martin malah netizen juga tidak sabar menanti perkongsian gambar daripada Shuib dan ramai menjangkakan Matin akan terlihat lebih handsome.
Terbukti benarlah jangkaan netizen, Matin terlihat sangat comel dan kemas sekali penampilannya dengan imej rambut pendek.
Perkongsian Shuib itu telah menerima pujian netizen dan antara reaksi yang diberikan adalah antaranya seperti :
“Muka macam Aidil Zaquan pemain bola tu.”
“Hensem boy, sejuk hati ni bila tengok Matin.”
“Ya Allah handsomenya dia dah gunting rambut. Macam dah big boy sangat”
“Wow..hansem..sebelum, selepas pun ansem”
“Handsome..kemas..sejuk mata memandang..bila besar moga jadi anak yang…sejuk perut ibu mengandung”
Sementara itu Shuib juga ada berkongsi gambar anak sulungnya Uwais Al-Qarni yang juga dengan gaya rambut pendek. Sekali pandang saling tak tumpah mirip sungguh wajahnya dengan arwah ibunya.
Bukan mudah menerima hakikat orang yang disayangi pergi dahulu. Lebih memilukan apabila si dia pergi mengejut tanpa sebarang petanda. Pasti sukar untuk berhadapan dengan situasi begini. Terasa seolah-olah dia masih ada dengan kita.
Situasi yang berlaku pada salah seorang wanita ini cukup menyentuh hati. Kehilangan suami tersayang dalam satu kemalangan belum mampu diterima dengan hati yang reda.
“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”
“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.
Kemudian tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.
Aku jadi cemas.
Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.
“Kenapa ni puan?” soal aku.
Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.
Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.
Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?
Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.
“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.
Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”
Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.
“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.
Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.
Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.
Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.
Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.
Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.
Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.
Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan Masih ada hiba bersisa di hati
Semoga wanita tersebut terus kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapinya. Cakap memang mudah, nak buat sangatlah payah.
Tetapi macam mana sekali pun kita hadapi dengan hati yang reda. Yang pergi sudah pun pergi . Kita yang hidup ni, tak tahu bila pula nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...