Ada masanya badan lemau dan tidak bermaya dek sibuk menguruskan kerja dan rumah tangga dalam masa yang sama. Penat badan dan otak membuatkan kita jadi lemah dan malas sehingga mengabaikan penjagaan diri.
Selain bagus untuk dalaman terutama untuk melawaskan, membuang toksin dalam badan dan mengempiskan perut, minuman detoks ini dikatakan boleh membantu untuk awet muda dan juga mengembalikan kesegaran tubuh.
Saudari Saleha Maarof berkongsi petua Air Detoks Epal Daun Pudina untuk ibu-ibu . Jom cuba!
AIR DETOKS EPAL DAUN PUDINA
Sal teringin jugak nak minum air detoks yang guna soda tu tapiiii memang sal kurang minum air berkabonat ni.
Sakit tekak. Perittt. Tak tahan. Lagi pulak panas panas ni kan. Sal ni pun banyak toksin jugak ni walaupun korang ingat kurus sihat jee.
Yela asik craving makan bebukan je kan. Bukan bagus craving camni. Kalau korang pun camtu baik hati hati tanda badan banyak toksin jahat jom shhhttt halau diaa.
Ads
Kalau korang nak tahu, petua air ni kalau kita amalkan sekerapnya, korang akan dapat manfaat seperti,
1. Melawaskan pembuangan. 2. Boleh keluar angin terkumpul dalam badan. 3. Kempiskan perut yang buncit. 4. Hilangkan rasa lesu dan penat. 5. Mengembalikan tenaga. 6. Awet muda.
Sooo sal guna cara mudah dan gerenti SEDAP ni. Jom tengok resipi dia. Senang jer tauu
Bahan -bahan
Lemon Serai Halia Buah epal Buah laici Gula batu Daun pudina
Ads
Cara -caranya:
1. Rebus dulu lemon, serai, halia dan gula batu tu dulu. Gula batu tu takyah banyak.
2. Tujuan dia kan, nak kasi segala bahan bahan tu keluarkan khasiat dia dengan baik. Rebus mendidih hinggalah gula batu tu hancur elok.
3.Sementara tunggu bahan tu semua mendidih, letak dulu dalam jug air, daun pudina, buah epal dan buah laici dalam tin. Laici tu korang ambil buah aje tau.
Ads
4. Dah mendidih elok semua, korang boleh masukkan kat dalam jug. Nak buh ais pun boleh tau.
Perrhhh. Rasa air ni takla manis sangat tau. Rasa dia memang sebati. Korang kena cubalah la dulu.
Bukan saja sedap, tapi bagus untuk buang toksin dalam badan. Jadi kita taklah rasa malas yang amat tu ye?
Boleh share tips mudah sal ni tau. Harap korang enjoy yeahhh!
Kalau lalu kawasan roti, baunya yang harum membuatkan perut mula rasa lapar. Terbayang akan keenakannya. Asyik membeli je, apa kata ibu-ibu buat je sendiri di rumah.
Cukup mudah dengan resipi yang dikongsikan oleh Puteri Rupawan. Sekali buat terus menjadi. Sebelum puasa try la buat mexican bun ni. InshaAllah menjadi, favorite semua orang kan. Saya sertakan resepi sekali.
Semoga berjaya
. MEXICAN BUN
Bahan-bahan (topping) :
50g butter (lembut)
40g gula perang
1biji telur A
1sk esen vanilla
1sb nescafe + 1sb air panas (campur dan kacau)
60g tepung gandum
10g tepung jagung
Inti roti :
Butter + gula + garam (kacau sebati, bekukan potong kiub) Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mixer/bm uli sampai elastik. Lebih kurang 1jam. 2. Siap uli rehatkan selama 15minit.
3. Bahan topping campur semua, kacau sebati masukkan dalam piping bag. 4. Ambil doh 40g, letak inti dan bulatkan semula.
5. Tray sapu marjerin dahulu, biarkan doh selama 30minit. Letak topping atas. 6. Bakar pada suhu 170 selama 20minit. Ikut oven masing-masing. (Panaskan oven dahulu) SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes HFMD yang semakin meningkat di negara kita ternyata semakin membimbangkan ibu ayah. Mana tidak bimbang bila mana keadaan anak semakin teruk dan demam serta bintik-bintik air semakin menebal pada kaki, tangan dan mulut. Masih tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.
Sedih melihat keadaan anak yang tidak selesa dengan keadaan ini, Doktor Ezairy M.Sallih kongsikan pesanannya buat mak ayah. Jangan pandang mudah!
HFMD (Hand, foot and mouth disease) Jangan dibuat main!
Sejenis jangkitan virus. Hand, foot and mouth disease adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus coxsackie(cox A16) atau enterovirus (EV 71).
Simptom yang perlu diberi perhatian. Perhatikan jika anak-anak anda mengalami gejala seperti:
✔️demam
✔️ruam
✔️ulser dalam mulut
✔️lepuh (blister) pada tapak tangan dan kaki.
✔️hilang selera makan
Ini semua adalah simptom biasa yang ditemui oleh kanak-kanak yang mengalami HFMD. Hati-hati dengan kaedah jangkitan.
HFMD mudah berjangkit melalui beberapa cara. Ia termasuk air liur, cecair daripada lepuh (blister) pada anggota tubuh, sentuhan najis dan juga sentuhan permukaan yang disentuh oleh pesakit seperti alat permainan, alatan di dalam rumah dan sebagainya.
Oleh itu, hati-hati! Kawal dan asingkan anak-anak.
Ini penting. Sebaik sahaja doktor sahkan anak anda mengalami jangkitan HFMD, jangan bawa mereka ke sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak. Ini akan menyebabkan jangkitan mudah merebak kepada kanak-kanak lain.
TIP ELAK SERANGAN HFMD
HFMD (Penyakit tangan, kaki & mulut) bukan lagi suatu penyakit yang ‘rare’ di negara ketika ini, memandangkan serangannya yang semakin rakus terhadap anak-anak kecil di Malaysia.
Jangkitan Enterovirus 71 dan Coxsackie virus A16 ini amat mudah diperolehi. Oleh itu, langkah membendung dan mengelakkannya mesti segera ditangani!
Virus HFMD boleh dan mudah didapati pada:
Air mata, cecair dan lendir daripada hidung dan tekak.
Najis pesakit.
Cecair daripada lepuh atau vesikel pada kulit mangsa.
Permukaan mana-mana yang ada virus HFMD. Ia termasuk alat-alat permainan, perkakas di rumah, sekolah, taska, kemudahan awam dan mana-mana sahaja!
Nah, begitu banyak kan virus ini mudah diperoleh? Justeru, bagaimana kita harus membendung dan memastikan ianya tidak menyerang anak-anak kita?
Saya beri beberapa langkah bijak untuk mengelak jangkitan ini
Basuh tangan dengan pencuci dan sabun dengan bersih. Pastikan setiap permukaan, celah-celah jari dan kuku bersih, sebelum dan selepas makan. Juga selepas keluar tandas.
Elakkan bawa anak kecil ke tempat ramai orang. Jangkitan HFMD amat mudah berlaku di tempat-tempat seperti ini.
Elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung anda sebelum membasuh tangan.
Kurangkan ‘close contact’ seperti mencium bayi, kanak-kanak, mendukung anak-anak jiran dan orang lain.
Elak berkongsi peralatan dengan orang lain terutama yang disyaki mengalami HFMD. Jangkitan juga mudah berlaku.
Lakukan pembesihan sekerap yang mungkin segala perkakas dan alatan rumah. Ini termasuk perabot rumah, pakaian, katil dan lain-lain.
Pastikan anak-anak tidak menyentuh dan bermain dengan peralatan di kawasan ramai orang secara mudah. Ini seperti alatan permainan di rumah irang, taman permainan, pusat rekriasi dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini membantu.
Kongsi dan sebarkan jika ianya amat berguna untuk anda dan mereka yang anda sayang.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor prihatin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesibukan dengan urusan kerja dan juga rumah tangga membataskan adik-beradik untuk bertemu. Lebih lebih lagi jika tinggal berjauahan. Jadi, musim cuti atau raya beginilah ada peluang bertemu alangkah seronoknya. Dapat berkumpul ramai-ramai dan bermesra sekali gus mengeratkan kembali hubungan antara satu sama lain.
Namun, adakalanya timbul isu merendah diri dek kekurangan yang ada pada keluarga sendiri. Apatah lagi melihat adik-beradik lain ada yang berjaya dan hebat-hebat belaka. Persepsi begini patut dibuang jauh-jauh kerana ia boleh merosakkan hubungan kekeluargaan. Sikap iri hati, tidak boleh lihat adik-beradik lain lebih darinya mengundang masalah.
Sedangkan setiap orang rezekinya berbeza-beza, usah terlalu merendah diri sedangkan ahli keluarga yang lain tidak punya sedetik pun rasa bangga mahupun riak dengan kelebihan yang ada. Buang jauh-jauh sikap merasakan ibu bapa pilih kasih dan membandingkan anak-anak kerana sikap begini boleh menjadi duri dalam hubungan kekeluargaan.
Perkongsian dari saudara Andy Sulaiman ini wajar dibaca untuk manfaat bersama.
“Bang, raya ni kita balik raya sebelah family abang dulu kan?” tanya isteri.
Suami angguk.
“Adik beradik abang semua balik ke?” tanya isteri lagi.
Suami angguk sekali lagi.
Cuma kali ini si suami nampak riak wajah isteri sedikit berubah.
“Kenapa?” tanya suami.
“Eh tak ada apa-apa. Saja tanya,” kata isteri.
“Tak ada mananya awak saja tanya. Mesti awak ada rasa sesuatu ni,” kata suami.
“Hmm. Bukan apa bang. Saya segan sikit kalau semua balik. Ya lah, adik beradik abang semua hebat-hebat. Kaya-kaya semuanya”
*** (Sekadar lakonan. Tiada kena mengena dengan aku, dengan kau atau dengan sesiapa yang masih hidup atau meninggal dunia.)
Nahh. Pernah hadap situasi gini? Pernah jumpa? Bukan kata drama tv. Real life pun banyak kes macam ni kan?
Belum apa-apa lagi dah rasa bukan-bukan. Padahal nak balik raya ni.
Tak ada siapa pun buat pertandingan kereta siapa paling besar balik raya.
Tak siapa pun ajak berlawan phone siapa paling canggih di hari lebaran.
Tak ada siapa pun pagi raya nak tanya berapa duit saving kau tahun ni, lagi banyak dari tahun lepas?
Tapi perasaan tu datang sendiri. Tak ada siapa buat pun dia terasa sebenarnya.
Rasa rendah diri secara tiba-tiba tak pasal-pasal. Rasa gini yang buat kemeriahan raya hilang tiba-tiba ni.
Tak boleh gitu.
Kata raya ni hari bermaaf-maafan. Hari kesyukuran. Hari kemenangan.
Mana kesyukurannya kalau dalam hati ada rasa kurang, rasa rendah diri sebab orang lain ada, kita tak ada?
Mana kemenangannya kalau awal-awal lagi dah rasa kalah sebab kurang dari segi harta benda je?
Adik ipar dapat bilik depan, kita terasa. Mentang-mentang la kita kerja biasa je. Bilik belakang mak mertua kasi kat kita.
Padahal adik tu baru kahwin, anak pun belum ada. Bilik depan tu kecik je. Kita tu anak dah 8, bilik belakang tu besar. Padan lah.
Barang nak masak raya, Kak Long yang beli. Mak ucap terima kasih sampai 8 kali. Siap puji lagi. Kita pun terasa hati. Sebab kita tak mampu nak beli.
Tapi kita tak perasan, Kak Long tu haram satu apa masak pun tak reti. Nasib baik lah ada bini kita, tau masak serba serbi. Mak puji untung mak ada menantu pandai masak macam ni.
Kan balance tu.
Ayah mengadu bumbung rumah bocor. Adik bongsu yang power meniaga online sale 2 juta sebulan belikan bumbung.
Tiba masa, tukang tak ada. Adik bongsu tau beli je. Mana reti tukar bumbung.
Kita reti bertukang. Kita panjat bumbung, gantikan bumbung baru. Ayah tercongok duduk bawah pokok pelam, tengok kita buat kerja.
Tak ada dia pergi duduk mengadap muka adik kita yang tengah sibuk balas whatsapp customer. Balik kampung pun busy lagi ni.
Nasib baik kita yang kerja JKR ni, time tak kerja phone entah tercampak ke mana. Boleh tolong ayah.
Ayah kata “nasib baik kau ada”. Kalau tak, basah lah ayah dengan mak bila datang hujan selagi tak ganti bumbung ni.
Nampak? Kan ada juga jasa kita. Apa yang kalahnya?
Pagi raya, biras kita kemain pakai baju kurung moden, labuci dari dada sampai ke lutut, lampu kelip-kelip kat belah belakang.
Lakinya pulak pakai baju melayu, butang dekat 300 sebijik.
Kita pakai baju kurung kain cotton beli kat Mydin. Tak pasal-pasal rasa rendah diri. Padahal tak ada apa pun.
Bila pergi beraya rumah saudara mara, yang berlabuci tadi biru muka time duduk, ketatnya baju tu nak cerita ni.
Kita rileks je santai-santai duduk, bangun, lari bila kena kejar lembu. Kat kampung kan, kena la ada adegan dikejar lembu.
Nampak? Kan ada juga menang kita tu.
“Along, angah, ingat pesan mak ya. Kat rumah Atok nanti jangan sentuh tab atau phone anak Mak Ngah tu. Rosak karang! Mak tak ada duit nak ganti. Kita orang susah, tak macam diorang. Orang kaya”
Tudia. Awal-awal lagi dah pasak dalam kepala anak sikap beza-beza, sikap berkasta macam tu.
Anak pun balik raya, buat hal sendiri. Tak campur dengan sepupu-sepupu.
Anak baru je nak join main dengan sepupu, mak dari dapur dah besarkan mata. Anak pun terkedu je tak tahu nak main apa.
Tak boleh gitu. Tak syok lah balik jarang-jarang sekali, tapi suasana gitu.
Merapu, merapu juga. Point aku is, kita buang lah rasa tak syok yang kita cipta sendiri.
Rasa iri hati, rasa nak berlawan-lawan dengan adik beradik, rasa tak best kat mak ayah sebab lebihkan yang tu, kurangkan yang ni.
Mak ayah tak ada beza-bezakan anak-anak pun. Kita je yang ada rasa gitu. Apa yang kita ada, kita ada lah. Yang tak ada tu tak ada lah. Dah bukan rezeki kita.