Melilihat di sekeliling rumah bila ada sahaja rumput dan lalang tumbuh dengan subut, hal ini  mesti menyakitkan mata. Berkali-kali diracun namun tidak sampai sebulan tumbuh lagi.

Oleh itu, apa kata anda gunakan kaedah yang dikongsikan oleh Ghuroba Ummah, dia tidak menggunakan racun tetapi menggunakan minya diesel untuk ‘meracun’ rumput. Menurutnya sehingga 6 bulan lamanya rumput tidak tumbuh kembali bila meracun menggunakan kaedah yang dikongsikan ini.

Ini perkongsiannya.

Salam semua, saya kat sini just nak bagi petua sebab saya tengok ramai yang ada masalah rumput cepat naik cabut/potong, rumput dah racun pun cepat naik, dah try macam-macam racun pun still cepat naik.

Saya ada pengalaman menyelia compound maintenance bagi lanskap jadi kat sini saya bagi petua mudah atasi masalah rumput ni.

Guna Minyak Ni Untuk Sembur Rumput & Lalang Di Kawasan Rumah. Confirm 6 Bulan Rumput Tak Akan Tumbuh!

1. Menggunakan racun yang mempunyai perawis lengai aktif yang tinggi (kaedah ni tak perlu, sebab saya yakin majoriti ahli group bukan pakar dalam menggunakan racun rumpai).

IKLAN

2. Menggunakan DIESEL @ ( die-cell )
Ya, DIESEL.

Asasnya DIESEL ada 2 jenis.
1. KLEEN DIESEL untuk kerja-kerja fogging.
2. DIESEL yang dibeli di petrol pump.

Guna Minyak Ni Untuk Sembur Rumput & Lalang Di Kawasan Rumah. Confirm 6 Bulan Rumput Tak Akan Tumbuh!

So. Tuan/ Puan gunakan DIESEL yang dibeli dipetrol pump. Tak perlu campur apa2, kaedah bancuhan pun tiada. 100% gunakan DIESEL. InsyaAllah hasilnya, rumput hanya akan tumbuh semula paling awal 6 bulan.

IKLAN

Ada jenis-jenis  rumput dia akan “qolu” terus selama-lamanya. #peringatan penting :
1.Selepas menggunakan DIESEL untuk membunuh rumput, biarkan tanah rumput tu selama seminggu baru boleh nak bercucuk tanam , kerana tanah yang rumputnya kita dieselkan akan menggurangkan kadar soil dan mineral pada tanah. Tp ianya akan pulih semula dalam masa 3 hari ke 7 hari.

2. Berhati-hati gunakan DIESEL. Jangan sesekali terkena pada tanaman yang kita tanam. Sebab jangan kata rumput, pokok pun boleh mati sekali kalau terkena DIESEL.

Akhir kata semoga petua yang tak seberapa ini bermanfaat buat semua.

IKLAN

Guna Minyak Ni Untuk Sembur Rumput & Lalang Di Kawasan Rumah. Confirm 6 Bulan Rumput Tak Akan Tumbuh!

Nota kaki tambahan info :
Ada yang bertanya kalau pokok durian kita pakai boleh atau tidak guna kaedah diesel ni?
Maaf saya tak berani bgtau boleh atau tidak sebab tak pernah buat untuk kebun durian.
Tp saya dah pakai untuk rumput-rumput sekitar pokok-pokok sayur seperti kacang panjang, terung, kacang botol, cili, serai, daun kari. Xda masalah.
Dan saya juga pernah mencuba teknik diesel ini pada rumput-rumput pada pokok manggis, rambutan, langsat. Juga takda masalah.

Seperti biasa, setelah kerja2 mendiesel rumput menggunakan tong racun atau apa juga jenis pam pancut, pastikan basuh sebersih-berishnya menggunakan sabun. Tak kira kalau kita gunakan racun atau diesel sekalipun, tong /pam penyembur perlulah dicuci bagi mengelakkan saki baki racun atau diesel yang tertinggal menghakis tong /pam penyembur kita.

Sumber : Ghuroba Ummah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI