Jom Menghafaz Surah Sambil Menulis. Idea Menarik Bersama Anak-anak
Bukan senang nak mengajar sambal bermain dengan anak-anak. Jika nak mengajar pasti ada sahaja alasan anak-anak mengelaknya.
Jadi jom kita lakukan aktiviti hafal surah sampai menulis.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu print helaian surah ini dan meminta anak-anak menyurihnya. Sambil-sambil tu anda sebutlah setiap perkataan yang ditulis.
Ads
Insya Allah, dengan aktiviti ini secara tak langsung anak anda turut sama dapat menghafal surah. Kajian juga menunjukkan bahawa menyurih ini dapat meningkatkan kapasiti otak anak- anak untuk menghafal sesuatu.
Kalau sebut tentang ibu tiri, semestinya masyarakat akan beranggapan buruk kononnya mereka ini bermuka-muka, di depan suaminya baik tapi di belakang, menganiaya anak tiri sendiri! Stereotaip ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi anak-anak sebelum mengenali ibu tirinya, dan boleh mewujudkan jurang antara mereka.
Tetapi, tak semua sama seperti yang dimomokkkan. Masa kini, dah terbukti ada ibu tiri yang baik, malah melayan anak tiri sama seperti melayan anak kandung sendiri. Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, individu yang bernama Nurain Dona Dameria Abdullah menyayangi dua anak tirinya, Danish Naufal Norhasidi dan Danial Aiman Norhasidi seperti zuriat sendiri.
Kasih sayang dicurahkan wanita yang mesra disapa Nurain, 40, itu membuatkan Danish Naufal, 21, dan Danial Aiman, 20, selesa hingga memilih tinggal bersamanya walaupun wanita itu sudah berpisah dengan bekas suami kira-kira tujuh tahun lalu.
Berkongsi kisahnya, Nurain yang menetap di Kempas berkata, sejak awal lagi dia tidak pernah menganggap Danish Naufal dan Danial Aiman sebagai anak tiri.
“Saya berkahwin dengan ayah mereka ketika Danish Naufal berusia lima tahun dan Danial Aiman empat tahun.
“Bukan mudah nak rapat kerana anak dijaga ibu mentua sebelum itu jadi lebih manja dengan nenek mereka.
“Lama kelamaan, saya diterima juga malah saya yang mengajar mereka solat,” katanya dipetik dari HMetro.
Lebih membuatkan Nurain tersentuh apabila dua anak tirinya bukan hanya menyayangi malah tidak pernah lupa untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya.
“Setiap kali hari jadi, mereka pasti akan buat kejutan bagi meraikannya. Kiranya, mereka tidak pernah lupa hari penting dalam hidup saya dan sering juga belanja makan untuk berkongsi rezeki.
“Baik Danish Naufal mahupun Danial Aiman, kedua-duanya begitu malah mereka sanggup mengambil cuti bagi menjaga saya ketika sakit.
“Boleh dikatakan, hubungan kami memang rapat malah mereka tidak malu untuk bermanja atau kongsikan masalah dengan saya,” katanya yang mempunyai tiga anak kandung berusia tujuh, 12 dan 14 tahun hasil perkahwinan dengan bekas suami.
Berhubung kisahnya yang tular, Nurain berkata, tujuannya berkongsi video di TikTok sekadar untuk menunjukkan kepada masyarakat terhadap sisi ibu tiri yang jarang diketengahkan.
“Niat saya nak buka mata orang kerana imej ibu tiri sinonim dengan kejam dan hanya berperwatakan baik di hadapan suami tetapi sebaliknya dengan anak tiri.
“Hakikatnya, bukan semua ibu tiri begitu dan diharap perkongsian saya itu dapat menyedarkan masyarakat.
“Semoga perkongsian yang baik daripada saya boleh jadi ikutan ibu tiri di luar sana juga peringatan kepada mereka supaya tidak membezakan layanan terhadap anak kandung dan anak tiri.
“Ia bagi mengelak timbulnya perasaan dendam anak tiri kepada kita apabila mereka sudah dewasa dan layanan saya dapat hari ini adalah hasil tuaian sebelum ini,” katanya.
Meninjau di ruangan komen video tiktoknya, rata-rata memuji ketulusan dalam menjaga kedua anak tirinya. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dijaga oleh ibu tiri yang baik.
Kelahiran puteri sulung penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin pada Mac nanti sememangnya cukup dinantikan oleh semua peminatnya. Begitu juga Datuk Siti yang menantikan bayi sulungnya sekian lama.
Datuk Siti yang hadir pada pembukaan Jakel Ostia Bangi yang berlokasi di Ostia Bangi Business Avenue, Bandar Baru Bangi pagi tadi kelihatan ceria dan bertenaga khusus untuk mempromosikan beberapa produknya di Galeri Ariani.
Hadir dengan busana biru putih menyerlahkan lagi keserian wajah ibu mengandung. Sempat Datuk Siti berkongsi kisahnya sepanjang kehamilan. Tak kurang juga persediaannya untuk berpantang nanti.
Kata Datuk Siti, dia sepakat untuk hanya berpantang di rumahnya sahaja dan memilih khidmat confinement lady sepanjang tempoh 44 hari itu.
” Macam orang lain juga, saya pilih berpantang secara tradisional tapi dekat rumah sahaja. Kalau ikutkan tradisi kita memanglah nak mak jaga tapi mak pun
dah berusia dan saya buat keputusan berpantang di rumah sahaja dan ambil perkhidmatan berpantang di rumah,” katanya yang sudahpun menempah perkhidmatan
wanita berpangalaman daripada Pantai Timur bagi menjaga sepanjang tempoh itu.
Kata Datuk Siti lagi, setakat ini dia masih lagi belum membuat apa-apa persiapan seperti perabot dan peralatan bayi tetapi dibanjiri dengan hadiah daripada peminat-peminatnya.
“Memang banyak sangat peminat yang hadiahkan barangan bayi pada saya. Saya rasa bersyukur dan anggap ini rezeki bayi saya. Setakat ni semua persiapan
peminat dah bagi, cukup lengkap dengan set mandian bayi, set kendong bayi dan sebagainya. Alhamdulillah dan terima kasih,” kata Datuk Siti yang hamil minggu ke 30.
Berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan menghadapi saat bergelar ibu, Datuk Siti akui dia sedikit berdebar.
“Orang kata saat yang paling sukar adalah waktu menyusu dan saya sendiri tak sabar dan gementar nak lalui semua itu. Saya sendiri tengok bagaimana menantu saya, Tya disiplin diri menyusukan anak, kunci jam setiap 2 jam dan sebagainya, saya banyak belajar daripada situ dan saya memang merancang untuk menyusukan bayi jika diberikan rezeki oleh Allah,” katanya.
Kongsi 10 Perkara Sepanjang Hamil
Tak hanya berdebar menantikan kelahiran bayinya, Datuk Siti juga sempat berkongsi kisah kehamilannya sepanjang usia 30 minggu ini. Sepuluh perkara yang
dikongsikan Datuk Siti mencuit hati kita. Tumpang happy untuk Datuk Siti.
* Terkejut bayi mula menendang terutamanya pada waktu malam. Kata Datuk Siti..”Rasa pengalaman tu terkejut juga, ada masanya dia bergerak macam berombak.
Bestnya bila dia bergerak laju, tapi frustnya bila nak ambil video dia senyap.”
* Datuk Siti langsung tiada masalah tidur, cuma lenguh-lenguh ketika tidur. Biasanya akan duduk dahulu dalam 30 minit dan kemudian barulah tidur dengan selesa.
* Paling suka makan hand roll Jepun sepanjang kehamilan.
* Amalkan minum air kelapa, minyak zaitun, kurma, air zamzam dan multivitamin sepanjang hamil.
* Sehingga kini berat naik sehingga 15kg.
* Alami mual berterusan sehingga mengandung usia kandungan 4 bulan.
* Merancang nama anak bermula dengan nama Siti dan kalau lelaki bermula dengan huruf A.
* Merancang pakai baju raya sama warna dengan bayi pada Syawal nanti.
* Suka susun bantal sebelum tidur untuk tidur dengan selesa.
* Tengok video kelahiran bayi sebagai persediaan.
Semoga penyanyi kesayangan kita ini dipermudahkan proses kelahirannya pada Mac nanti. Tak sabar tunggu anak Tok Ti.
Kredit Foto: ctdk instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam 19 Mac 2021, genap 3 tahun usia anak pasangan selebriti terkenal Dato Sri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Sehari sebelum itu, pasangan ini meraikan hari jadi puteri sulung mereka serentak dengan majlis pelancaran produk minuman kesihatan Beaukids.
Menerusi perkongsian tersebut, Penyanyi pujaan ramai ini memuat naik video koleksi anaknya sejak dalam kandungan sehingga kini. Simbolik ulang tahun kelahiran permata hatinya .
Tidak ketinggalan, penyanyi bersuara lunak ini menitipkan doa buat puterinya itu.
Dalam doa tersebut diselitkan supaya menjadi anak yang solehah, taat kepada ibu bapa selain menghormati orang tua serta menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Aafiyah Anak Ibu, Jadi anak solehah, baik hati, mendengar kata, bijaksana, pandai menjaga hati, taat pada ibu ayah, hormat orang tua dan membesarlah untuk menjadi insan yang berguna.
Dah semakin membesar anak ibu, semalam 19 Mac 2021, Aafiyah genap 3 tahun.
Ibu, ayah, semua, sayang Aafiyah. ❤️❤️❤️
Semoga Allah sentiasa melindungi Aafiyah dan doa ibu ayah sentiasa mengiringimu….
Titipan doa dan perkongsian video tersebut mengundang sebak ramai.
Anak saya 19 Mac 2021 genap 11 tahun. Mohon doakan dia jadi anak yang soleh berjaya dunia akhirat… Happy birthday #aafiyahanakibu ..semoga jadi anak solehah penyejuk hati ayah bonda. Amin
Comel.. Cerdikk laaa aafiyah syg ni…. 😍😘 Ya ALLAH.. Semoga ada rezeki ak dan suami ak dikurniakan zuriat yg soleh solehah cerdik penyejuk ayah ibu suatu hari nnt.. Amiiiinnnn 🤲🤲🤲😢
Happy Belated Birthday Aafiyah😍😍sebaya anak aunty. Memahami kegembiraan seorang ibu setiap kali birthday anaknya❤️❤️semoga Allah merahmati dan memberkati seluruh hidupmu Siti Aafiyah Khalid
😍😍😍 semoga Aafiyah sihat selalu dan menjadi anak yg solehah buat ibu dan ayah serta menjadi kakak yg baik😍😍❤️❤️
Im so touched!
Selamat Hari Jadi Aafiyah! Semoga jadi anak Yang solehah dan jadi Kakak Yang sayang kepada Adik ❤️❤️❤️❤️❤️
Ouh ni la kan yang bidadari cilik yang muncul selepas 11 tahun tu😍lama tau kami tunggu Aafiyah..😘
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.