Sejuk perut ibu mengandung. Demikian yang boleh diungkapkan dengan kisah pasangan suami isteri ini yang memiliki 9 anak bergelar hafiz.
Tatkala ditanya resipi kejayaan mendidik anak-anaknya, si ibu Rosmunainah Asmuni, 65 mengakui Al-Quran merupakan kunci kepada kecerdasan fikiran. Malah akui ibu bertuah ini, untuk bergelar hafiz, tidak semestinya seseorang itu perlu dilahirkan sebagai seorang genius, sebaliknya hanya memerlukan keinginan sahaja.
Pasangan yang menguruskan Akademik Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Terengganu ini berkongsi resipi mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“Al-Quran bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua, bermakna orang biasa juga boleh hafiz dan hafizah, asalkan ada keinginan.
“Malah, selepas bergelar hafiz, lebih mudah untuk menghadam ilmu lain dengan lebih cepat berbanding orang biasa dan tidak keterlaluan jika dikatakan, ia kunci untuk menjadi seorang genius.
“Saya dan suami (Hussin Ismail, 65) mendidik semua sembilan anak saya menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini.
Semua sembilan anaknya terdiri daripada Siti Nuur Izzati, 38, kini menjadi pengurus di Maahad Tahfiz Al-Nursi, Shah Alam; Mohd Saifullah, 37, (Ketua Eksekutif Akmal); Mohd Fakhrurrazi, 35, (bekas peserta program Imam Muda musim ke-2 dan penyelia pentadbiran Akmal di Shah Alam); Siti Fatimatuzzahra, 33, (pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor); Siti Nuur Nazifah, 31, (guru tahfiz ulul albab); Mohd Iqbal, 29, (penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Zulqornain, 26, (Timbalan penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Khidhir, 23, dan Mohd Danial, 21, kedua-duanya masih menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan.
Ads
Jaga makan minum anak
Kata Rosmunainah, dia dan suami tidak mengamalkan petua atau ritual tertentu, tetapi menjaga makan dan minum anak-anaknya.
“Cuma apabila kakak yang sulung (Siti Nuur Izati) dan anak kedua kami (Mohd Saifullah) bergelar hafiz, lebih mudah untuk semua adik mereka turut sama menjadi hafiz,” katanya.
Keberkesanan amalan menghafal al-Quran turut diakui Hussin dengan mengambil contoh anak sulungnya, Siti Nuur Izati yang mampu menjadi pelajar terbaik zon utara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU) lebih 20 tahun lalu sebelum menjadi penuntut terbaik di Universiti Al-Azhar, Mesir ketika melanjutkan pelajaran ke negara itu.
Ads
“Begitu juga anak kedua, Mohd Saifullah yang belajar sekolah tahfiz di Lahore, Pakistan, kemudian belajar di Universiti Al-Ulum, Yaman dan menjadi penuntut terbaik di sana. Bila balik Malaysia selepas pulang dari Yaman, baru dia ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan dapat keputusan cemerlang.
“Anak ketujuh (Mohd Zulqornain) pula ambil UPSRI (Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam) pada usia sembilan tahun, kemudian PMR (12 tahun) dan SPM (14 tahun).
“Dia dapat tawaran ke UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) tetapi tak pergi, sebaliknya dia masuk Universiti Al-Iman, Sana’a Yaman pada usia 16 tahun.
“Ini buktinya al-Quran adalah mukjizat dan memang sudah dijanjikan Allah, bila dah hafal lebih 6,000 ayat, maka mudah untuk menghafal benda lain,” katanya.
Ads
Kongsi kaedah dengan orang lain
Menurutnya, kejayaan mendidik sembilan anak bergelar hafiz membuatkan dia semakin bersemangat berkongsi kaedah dengan orang lain.
Daripada situ katanya, timbul idea untuk mewujudkan Akmal yang kini mempunyai 80 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa setahun.
“Kami menggunakan kaedah fast track iaitu revolusi hafazan al-Quran dalam tempoh setahun. Ia membabitkan pengurusan masa, suasana, makan minum dan kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar,” katanya.
Ibu mana tak cemas, hati mana yang tak gusar bila mana anak yang disayangi tiba-tiba ‘hilang’. Namun segala kerisauan lenyap bila menerima berita daripada si anak akan ‘kehilangannya’ itu. Lebih menyentuh hati ibu ini bila mengetahui keberadaan si anak tersebut.
Demikian kisah yang dikongsikan oleh puan Ruhaidini Abd Kadir menerusi laman facebooknya baru-baru ini. Beliau awalnya ingin mengajak bersarapan bersama sempena hari jadi si anak tetapi diberitahu yang anak tiada di rumah kerana sudah keluar dengan rakan-rakannya. Benar! Semalam (15hb Ogos) merupakan ulang tahun Aiman Zaharudin yang ke-21.
Selepas waktu Syuruk semalam, saya mencari aiman untuk sama-sama bersarapan pagi. Namun, dimaklumkan oleh pembantu rumah – awal pagi lagi aiman telah keluar dengan rakan-rakan baiknya; Luqman, Azmil, Harun, Naim dan Manol.
Rupa-rupanya Aiman memilih pendekatan yang berbeza dalam menyambut hari kelahirannya. Dia bersama rakan-rakan meraikan hari jadi dengan membersihkan tanah perkuburan. Membuatkan si ibu hilang kata-kata dek kerana terharu dan tersentuh hati. Rupa-rupanya, Aiman memilih untuk meraikan hari jadinya pada 15 Ogos 2020 dengan sahabat dunia akhiratnya – membersihkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi.
Dari Syuruk hingga selesai Zuhur, Aiman dan rakan karib bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan yang merupakan ‘rumah kediaman’ terakhir kita di dunia yang fana ini.
Saya sebagai ibu yang melahirkan aiman ke dunia ini; hilang kata-kata!
#myaiman #myheart #mysoul
(Man…terima kasih untuk sebuah kasih sayang man yang sangat berharga)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Susu antara minuman yang digemari oleh seisi keluarga, dari anak kecil hingga yang telah berusia akan mengamalkan minum susu untuk mendapatkan sumber nutrisi yang diperlukan tubuh. Jadi bolehlah dikatakan dalam peti sejuk akan sentiasa ada stok susu, Sama ada susu segar, susu UHT, susu kotak atau susu tepung untuk dijadikan pilihan bagi seisi keluarga menikmati keenakan rasa susu mengikut keperluan masing-masing.
Pun begitu, tahukah anda bahawa susu ini tidak tahan lama walaupun di simpan di dalam peti sejuk. Difahamkan melalui perkongsian Public Health Malaysia, susu yang telah dibuka dan jika tidak habis diminum, dan bila disimpan dalam peti sejuk hanya bertahan 3 hari. Jika tidak habis juga dalam tempoh tersebut, ia perlu dibuang kerana kualiti susu tersebut menurun!
Mungkin ada yang tidak tahu hal ini dan untuk lebih detail jom baca perkongsian penuh di bawah ini.
Photo by Monika Grabkowska on Unsplash
Susu botol/kotak (Pastur)
– Jika disimpan di peti sejuk dan belum dibuka – tahan sehingga tarikh luput atau 5 hari selepas beli (mana-mana lebih awal)
– Jika dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 3 hari.
– Jika diletakkan diluar – habiskan dalam masa tiga jam. Tidak digalakkan letak semula di peti sejuk jika sudah terdedah pada suhu bilik pada waktu yang lama.
Susu UHT atau dikenali susu kotak sekolah
– Kotak yang belum dibuka – Tahan sehingga tarikh luput
– Jika dibuka – perlu simpan di peti sejuk dan dianggap seperti susu segar. Tahan 3 hari
– Jika dibuka dan diletak pada suhu bilik- perlu habiskan dalam masa tiga jam. Jangan letak semula dalam peti sejuk.
Photo by Shreyak Singh on Unsplash
Susu tepung
– Belum dibuka – boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika sudah dibuka (refil) dan masuk dalam tin lama – tahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).
– Jika dibancuh, tahan sehingga 3 hari jika diletak di dalam peti sejuk. Jika diletak diluar, habiskan dalam masa tiga jam.
Photo by Debby Hudson on Unsplash
Susu frozen
– Tahan 3 bulan.
– Jika dicairkan, dipanaskan dan diletakkan di suhu bilik, habiskan dalam masa 3 jam.
Yougurt
– Belum dibuka dan disimpan di peti sejuk – tahan sehingga 2 minggu
– Jika dibuka – habiskan dalam masa sejam. Jika pek besar, ambil kuantiti yang diperlukan dan masukkan semula dalam peti sejuk. Tahan sehingga 5 -7 hari jika penyimpanan di peti sejuk.
*Penting:
Ketahanan susu juga bergantung kepada faktor seperti keadaan peti sejuk dan juga suhu persekitran anda. Pastikan anda amalkan LIHAT, HIDU dan RASA sebelum meminum susu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mula dibuka secara dalam talian hari ini dengan melibatkan dua kategori kriteria kelayakan pemohon membabitkan lapan juta ahli.
Bagi pemohon yang tergolong dalam kategori 1, ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020 dan pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.
Kriteria permohonan bagi kategori 1 melibatkan ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Selain itu ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan atau ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020 turut boleh mengemukakan permohonan dalam kategori ini.
CARA PERMOHONAN I-SINAR KWSP KATEGORI 1 TANPA I-AKAUN
Berikut dikongsikan langkah membuat permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP melalui posting Syima Rifqi Aisy di Facebook yang telah berjaya membuat diproses untuk kelulusan.
Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/ . Masukkan nombor IC dan butiran yang diperlukan.
Pilih amaun berdasarkan kelayakan.
Akan keluar notis begini. Isi maklumat pemohon.
Double check semua maklumat. Kemudian tetapkan jumlah bayaran bulan pertama.
Klik ‘Teruskan’.
Buat pengesahan pemohon. Pastikan semua maklumat betul, terutama sekali akaun bank. Bila dah ok, tekan ‘tick’ dalam kotak kosong tu.
Selesai!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.