Dalam rutin harian yang kadang kelam-kabut, waktu makan bersama anak-anak sebenarnya adalah golden time yang paling berharga. Masa inilah ibu ayah boleh connect, gelak sama-sama, dan paling penting dapat membentuk tabiat makan yang sihat dari kecil.
Tapi jujurlah, bukan senang nak pujuk anak makan benda berkhasiat, apatah lagi kalau dia jenis cerewet dan anti susu. Kat sinilah ibu ayah kena jadi kreatif dan bijak memilih makanan yang bukan saja sedap, tapi bernutrisi. Salah satu pilihan yang semakin ramai ibu ayah suka? Pocky Susu Baharu!
Bukan Sekadar Snek – Ini Cara Bijak Nak Bawakan Kebaikan Susu Dalam Setiap Kunyahan Rangup!
Untuk anak-anak yang selalu mengelak bila nampak susu, Pocky Susu datang sebagai penyelamat. Ia adalah snek biskut rangup yang bukan saja buat anak senyum lebar, tapi juga penuh manfaat tersembunyi yang buat ibu ayah senang hati.
Pocky Susu bukan biasa-biasa tau! Setiap stik mengandungi susu Hokkaido premium dari Jepun, tinggi kalsium dan serat, serta direka untuk kemudahan anak-anak nikmati tanpa comot!
Apa Istimewanya Susu Hokkaido?
Susu dari Hokkaido terkenal sebagai salah satu susu terbaik di dunia. Lembu-lembu di sana dijaga rapi, bebas stres dan hidup di persekitaran semula jadi yang sejuk dan bersih. Hasilnya?
Susu yang lebih kaya, lebih pekat dan berkrim. Bila susu sehebat ini dijadikan lapisan luar untuk biskut Pocky Susu, memang tak hairan anak-anak sukaaa sangat!
Ads
Tinggi Kalsium, Tulang Pun Kuat
Kalsium penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak. Setiap batang Pocky Susu mengandungi kalsium yang bantu anak membesar dengan sihat, lebih kuat dan aktif. Ini bukan snek kosong, tapi biskut stik berkhasiat yang bantu mereka terus melompat, menari dan bermain dengan bertenaga!
Diperkaya Serat, Perut Anak Pun Happy
Pernah ada isu anak susah nak ke tandas? Itu antara tanda kurang serat dalam diet. Dengan Pocky Susu, ibu ayah tak perlu risau sebab stik biskutnya diperbuat daripada gandum penuh yang tinggi serat. Perut kenyang, sistem penghadaman pun lancar.
Tak Comot, Tak Renyah, Tak Tinggal Serpihan
Satu lagi sebab kenapa Pocky Susu ni memang snek ‘mesra ibu ayah’ adalah kerana ia tak comotkan tangan anak! Salutan krim susunya tak melekat di tangan dan tak tinggal serdak di lantai. Anak makan dengan seronok, ibu tak pening kepala nak sapu sana-sini lepas tu.
Ads
Senang Bawa, Sesuai Untuk Semua Masa
Setiap pek Pocky Susu dibungkus secara individu dan ringan jadi senang je nak selit dalam beg sekolah,lunchbox, poket ayah atau handbag ibu. Nak makan waktu rehat, masa dalam kereta, lepas balik sekolah, atau masa piknik hujung minggu pun boleh. Bila-bila masa, Pocky Susu sentiasa ready jadi teman anak.
Gabungan Sempurna Susu Berkrim & Biskut Gandum Penuh
Pocky Susu tampil dengan stik biskut gandum penuh yang rangup, disalut krim susu Hokkaido yang kaya dengan rasa vanila lembut dan tekstur berkrim. Gabungan ini bukan sahaja memikat selera anak, malah membuatkan ibu ayah pun curi-curi rasa sama! Teksturnya smooth, rasanya subtle tapi cukup memuaskan. Dengan satu gigitan, confirm nak lagi.
#SusuRangupDanSihat – Snek Bijak Zaman Baharu
Menerusi kempen #SusuRangupDanSihat, Pocky Susu bawa misi untuk bantu ibu bapa tanam tabiat pemakanan sihat sejak kecil.
Ads
Dengan penglibatan Yana Samsudin dan ramai ibu influencer lain, Pocky turut turun padang ke 50 sekolah di Lembah Klang dan juga melancarkan dunia digital Pocky Nutriverse iaitu satu platform maya interaktif yang seronok untuk anak-anak belajar tentang kebaikan nutrisi secara seronok!
Dengan harga mampu milik dari RM3.40, ibu ayah boleh dapatkan Pocky Susu di pasar raya utama dan juga Shopee. Bila kita jadikan waktu “makan susu” (yang sedap dan rangup pulak tu!) lebih menyeronokkan, sebenarnya kita sedang cipta memori manis yang anak akan kenang sehingga mereka dewasa.
Jom nikmati Pocky Susu bersama anak tersayang!
Nak tengok keterujaan anak-anak dengan dunia Pocky Susu? Jom layan video ni!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Puding Cendol, Rasa Lemak-lemak Manis, Makan Sejuk-sejuk Sedap
Puding cendol sering menjadi pilihan apabila setiap kali ada jamuan atau makan-makan selepas mesyuarat di pejabat. Puding cendol juga menjadi pilihan sajian pencuci mulut yang cukup popular.
Sedap dimakan ketika sejuk jadi sebaiknya biarkan ia sejuk di dalam peti sejuk dahulu barulah boleh dihidang. Rasanya lemak-lemak manis. Anak-anak mesti suka apatahlagi dapat kunyah-kunyah cendol yang dicampurkan bersama.
Berikut dikongsikan resipi untuk membuat puding cendol.
RESIPI PUDING CENDOL
BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.
4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.
5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.
7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.
9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.
10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.
Tular baru-baru ini sebuah l video masakan seorang chef dari BBC Food gara-gara membasuh nasi yang sedang ditanak dengan air paip. Rata-rata memebri komen tindakan chef tersebut dan mengatakan cara tersebut salah.
Seorang ahli kimia iaitu Dr Che Puteh Osman menerusi laman Twitter berkongsi mengenai nutrisi dan teknik itu sebenarnya adalah cara yang betul dan sihat.
Saya agak tertinggal isu beras yang dimasak dan direbus sebelum ditapis, dan dibasuh dengan air sejuk. Ramai orang mengkritik cara chef tersebut, tanpa mereka sedar kaedah tersebut sama seperti pembuatan parboiled rice, sejenis beras rendah kanji dan rendah indeks glisemik.
Beras mempunyai kanji amylopectin dan amylose. Amylopectin adalah beratus unit glukosa yang diikat dengan ikatan alfa glukosidik pada lokasi 1->4 dan akan membentuk ranting pada setiap 25 unit glukosa dengan ikatan 1->6. Amylopectin lebih mudah dicerna berbanding amylose
Amylose pula hanya diikat dengan ikatan glikosidik alfa pada lokai 1->4. Ia lebih sukar dicerna enzim amylase. Jadi, beras tinggi kandungan amylose akan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Beras tinggi amylopectin akan lebih mudah dicerna dan lebih tinggi indeks glisemik
Amylose pula hanya diikat dengan ikatan glikosidik alfa pada lokai 1->4. Ia lebih sukar dicerna enzim amylase. Jadi, beras tinggi kandungan amylose akan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Beras tinggi amylopectin akan lebih mudah dicerna dan lebih tinggi indeks glisemik
Menurut Dr Che Puteh lagi, proses membuang air rebusan nasi membantu menyingkirkan sebahagian kanji di dalam beras.
Dia juga turut orang ramai agar terbuka dalam menerima serta mengaplikasikan teknik atau kaedah terbaru yang berbeza.
Apabila beras direbus dan air rebusan dibuang, kita membuang sebahagian kanji. Proses membasuh dengan air sejuk untuk menggalakkan retrogradasi dalam proses pengelatinan kanji. Hasilnya beras, lebih berbutir dan tidak melekit.
Orang kata lain padang, lain belalang. Maka kita raikan perbezaan dan belajar kaedah baru. Mungkin anda ingin mencuba untuk menghasilkan nasi seperti di hotel-hotel terkemuka.
Dalam perkongsian di laman facebook ada menyatakan indeks glisemik (IG) merupakan penanda berapa cepat sesuatu makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan gula dalam darah seseorang selepas makanan itu dimakan.
Amalan pengambilan makanan rendah IG merupakan salah satu cara untuk mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah IG. Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana IG. Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi IG.
Justeru, pengambilan makanan rendah IG merupakan satu cara mengawal paras gula dalam darah selain mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesi persekolahan bakal beroperasi semula selepas Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah diedarkan bermula esok (Khamis). Memetik laporan Bernama, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihak KPM belum menetapkan tarikh pembukaan namun menjelaskan garis panduan terbabit sebagai persediaan awal pihak sekolah sebelum memulakan operasi persekolahan.
Jelasnya, pembukaan semula sekolah hanya akan melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja dengan hampir 3,000 sekolah menengah. Ujarnya, garis panduan berkenaan dihasilkan secara terperinci dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sehubungan itu, katanya ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan berharap ibu bapa memainkan peranan mendisiplinkan anak mereka supaya membiasakan diri dengan penjarakkan sosial. “Kita keluarkan garis panduan ini bagi melihat kaedah yang perlu dilakukan dalam konteks pembukaan sekolah dan persiapan sewajarnya harus dilakukan oleh pihak sekolah bagi memastikan bila sahaja kita umumkan pembukaan, maka setiap sekolah telah bersedia.
“Kementerian sentiasa berbincang dengan pihak sekolah iaitu ruang yang boleh ditambah baik dalam garis panduan itu akan kita lakukan.
“Apa yang penting semua pihak mainkan peranan iaitu pengurusan sekolah, guru termasuk ibu bapa. Misalnya, jika anak bergejala, tidak perlu hantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik dari Bernama.
Tambahnya, pematuhan Garis Panduan tersebut akan dipantau oleh jabatan pelajaran negeri dan pejabat pelajaran daerah. “Saya juga akan singgah di sekolah-sekolah untuk melihat pelaksanaan garis panduan yang telah diadakan dan kita yakin pihak pengurusan sekolah dan juga guru akan bantu kementerian agar garis panduan ini akan dipatuhi.
“Apabila Kementerian Kesihatan dan MKN merasakan sudah sampai masanya sekolah dibuka, maka kita akan umumkan dua minggu sebelum ia dibuka. Kami belum menetapkan sebarang tarikh untuk pembukaan sekolah,” katanya ketika ditanya tarikh pembukaan sesi persekolahan.
Sementara itu, menerusi facebooknya, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memuat naik beberapa keping gambar sempena lawatan kerja bersama Menteri Pendidikan di sebuah sekolah. Pada petang semalam, saya telah berpeluang untuk turut serta lawatan kerja YB Dr Mohd Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan ke SMK Engku Husain, Semenyih, Selangor bagi tujuan persediaan pembukaan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Turut hadir sama adalah pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan wakil Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM. Kami telah diberi taklimat oleh Pengetua sekolah mengenai simulasi pengoperasian pengurusan sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang akan diamalkan adalah berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah Pasca Perintah Kawalan Pergerakan. Garis panduan yang disediakan pihak KPM adalah hasil kerjasama dengan MKN dan KKM serta membabitkan prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini, tarikh pembukaan sekolah akan dimaklumkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sekolah dibuka berdasarkan nasihat daripada KKM dan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Keutamaan akan diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM. KKM amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh barisan tenaga pengajar dan pengurusan sekolah dalam memastikan pematuhan kepada garis panduan yang disediakan.
Terima kasih kepada semua guru di atas dedikasi dan pengorbanan anda dalam mendidik anak-anak kita semua yang merupakan aset berharga negara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di