Pelakon Elfira Loy menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah digalas selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.
Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada dua cahaya mata ini berkata, untuk mengekalkan rumah tangga yang harmoni dan bahagia, ia memerlukan banyak pengorbanan.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
Disoal mengapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya memuncak adalah kerana bukan populariti yang dikejarkan selama ini.
Ads
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama.
“Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” jelasnya.
Pada masa sama, Elfira turut memberi menasihatkan kepada pasangan yang ingin berkahwin diusia muda perlu ada ilmu perkahwinan terlebih dahulu.
Ads
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” ujarnya.
Ads
Untuk rekod, Elfira dan suami, Faris Khairol Anwar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Rayyan dan Aria.
Baru-baru ini, penyanyi Liza Hanim ada memuat naik dirinya berduet bersama dua orang anak perempuannya, iaitu Marsya Qistina dan Marissa Qaireen di atas pentas sebuah majlis.
Menurut Liza Hanim, dia dijemput untuk menjayakan majlis Makan Malam Amal Muafakat MRSM Alor Gajah di Shah Alam Convention Centre pada 21 Januari yang lalu. Ujar Liza, majlis tersebut diadakan bagi tujuan mencari dana tambahan untuk program sekolah anak-anak MRSM (sekolah anak keduanya).
Berikutan daripada itu, Liza berkata dia mahu memberikan sesuatu yang istimewa buat penonton yang membeli tiket pada malam tersebut. Oleh sebab itu, dia mengajak kedua-dua anaknya untuk menyanyi bersama.
“Marissa sekolah dekat MRSM. Saja saya nak bagi something istimewa untuk penonton yang beli tiket. Sebab itu saya ajak mereka menyanyi sekali.
“Pasal saya pernah menyanyi dengan Marsya dekat konsert minggu ini di RTM. Kebetulan ni sekolah Marissa, itu saya ajak dia sekali. Sebenarnya macam dah plan awal, tapi takut nak bagitahu mereka sebab takut mereka tak nak menyanyi. Saya bagitahu mereka beberapa sebelum buat persembahan.” katanya memetik laporan dari Oh Bulan.
Diminta untuk mengulas persembahan Marissa pada malam tersebut, Liza berkata anak nombor duanya itu sebenarnya okay sahaja dan seorang yang aktif menyertai pelbagai aktiviti kesenian sejak di bangku sekolah rendah.
“Dia okay saja sebab dekat sekolah dulu dia wakil sekolah dalam aktiviti seni. Sebagai contoh, chorus speaking dan tarian. Jadi ni first time dia menyanyi dengan mak dia. Itu nampak nervous dan keras sikit. Marsya pula dah biasa. Dia memang menyanyi dekat macam-macam tempat seperti konvo universiti. Itu sebab dia nampak lebih relaks.” jelasnya.
Tambahnya, dia berasa sangat teruja apabila dapat berkongsi pentas dengan dua orang anak perempuanya. Malah peminatnya berasa sebak sebaik sahaja melihat mereka bertiga berkongsi satu pentas yang sama.
” Ni first time kami bertiga. Sebelum ni berdua sahaja. Memang sangat excited dan risau dekat mereka dua terutama dekat Marissa. Saya buat macam biasa supaya Marissa relaks sikit. Cuma ada kisah sedikit la, sebab kebanyakan yang datang pada malam itu adalah peminat saya. Jadi mereka sebak apabila tengok kami bertiga di atas pentas.
” Peminat rasa sebak sebab mereka lihat anak saya membesar sampai boleh menyanyi bersama atas pentas. Ramai dm saya cakap sebab dan menangis,” katanya.
Disoal sama ada mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert bersama anak-anak ataupun tidak pada masa hadapan, Liza memberitahu dia ada perancangan untuk membuat showcase. Tambah Liza, kesemua anak-anaknya boleh menyanyi.
“Nak sangat buat showcase dan dalam planning. Saya nak bawa semua anak-anak menyanyi. Pasal semua boleh menyanyi. Anak laki saya yang tiga orang tu boleh menyanyi. Jadi semua kena naik atas pentas dengan mama mereka kata Liza sambil berseloroh. Just nak share moment.” tambahnya.
Setiap ibu bapa punya cara tersendiri Dalam mendidik anak.-anak. Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah namun itulah momen yang cukup manis untuk dikenang kelak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak ramai.
Bagi yang masih kecil, pantang jumpa benda yang menarik perhatian mula merengek nak Minta dibelikan. Terutama apabila dibawa ke kedai atau pasaraya,barang mainan jadi perhatian.
Ibu bernama Mai Izyani berkongsi tip bagaimana dia mendisiplinkan anaknya tatkala dibawa ke kedai.
Hanya dua barang!
Begitulah. Saya ajar Dhuha Mardhiyah untuk jadi anak kecil yang berdisiplin ketika ke kedai. Pesanan “hanya dua barang” ini bermula sejak usia dia dua tahun. Biarkan dia pilih barang, dan dia tahu dia hanya boleh ambil dua barang sahaja untuk dibayar. Tak boleh minta lebih. Dan barang itu masih perlu kelulusan saya. Boleh atau tidak. Jika tidak, tidaklah.
Dan sepanjang proses itu, saya ajar dia hulurkan duit pada cashier. Ok dia belajar ‘barang itu boleh diambil bawa balik lepas bayar.’ Semua kena guna duit. Ingat lagi masa tu perkataan duit pertama yang dia sebut, “Satu PINGGIT.” Ye. Pinggit. Comel sangat.
Kemudian saya mula berikan beg comel untuk dia menabung. Duit-duit orang hulur saya ajar masukkan dalam tu. Dari situ lah, setiap kali keluar, dia akan bawa beg tangan dia sendiri untuk bayar dua barang yang dia nak beli. Walaupun ikut suka dia sahaja nak hulur berapa pada cashier. Barang lima rnggit pun dia letak ‘satu pinggit.’
Sekarang dia empat tahun. Tapi advance cara dia pikir, bila sesekali dia tertinggal beg tangan, dia cakap “Mak… Dhuha pinjam dulu duit mak. Balik rumah Dhuha byar.” Hahaha.
Ceritanya setiap kali keluar dan berhenti kedai, dia tetap mahu beli barang. Tapi hanya dua barang.
Alhamdulillah nenek, makcik-makcik dia kalau bawa dia keluar rasa senang dengan dia. Sebab tak suka-suka nak meminta atau merengek. Paksa mahu itu ini. Buat seperti apa yang mak pesan. Kalau kata tidak, tidaklah dia.
Begitulah. Cara saya ajarkan Dhuha tentang nilai wang dan keinginan. Jangan suka-suka mendesak meminta-minta dengan kerenah seorang kanak-kanak kecil ketika di kedai.
Ini, hanyalah pengalaman peribadi. Ada kebaikan yang boleh diambil untuk dipraktikkan, maka saya berkongsi. 😊
“Ditakdirkan Kubur Bersebelahan, Ayah Pergi Sebulan Selapas Mak.” -Anak Ni Kongsi Cerita Buat Ramai Sebak!
“Bila bercakap berkenaan ready ke tidak. Aku rasa aku dah ready je sebab mak ayah aku dah lama sakit. Sejak aku darjah 2 mak aku dah ada cancer. Ayah aku pulak kena strok tahun 2011.
“Sekarang aku dah 28 tahun. So lama dah aku tengok diorang bertahan dan berjuang untuk terus hidup. Walaupun kami diuji dengan pemergian ibubapa dalam 1 bulan, aku yakin apalah sangat ujian aku ni jika nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin ibubapa mereka pergi secara tiba-tiba,” begitulah respon yang diberikan oleh pemuda bernama Muhammad Firdaus Bin Zulkifli di Twitter bila ada yang bertanyakan persoalan tentang pernah tak korang get ready kehilangan orang yang tersayang?
Tidak dengan itu, turut dikongsikan sekeping gambar yang sangat menyentuh hati warganet. Bila mana kuburan ibu dan ayahnya direzeki bersebelahan di antara satu sama lain.
Berkongsi lanjut bersama Majalah Keluarga bagaimana Muhammad Firdaus Bin Zulkifli bersama empat orang adik beradik yang lain tabah menerima kehilangan insan tersayang dalam jarak tempoh yang dekat, di mana ibunya meninggal dunia selang waktu sebulan sebelum ayahnya pula menyusul. Maka ini jawabnya.
“Pertamanya saya yakin semua yang hidup pasti merasakan mati. Cuma cepat atau lambat. Rezeki saya, sebelum pemergian mereka Allah hadirkan sakit yang kritikal untuk mereka ketika umur saya 8 tahun.
“Jadi dengan sakit tersebut, sejak umur 8 tahun saya sudah ajar diri saya untuk bersedia jika bila-bila masa Allah nak ambil mereka berdua. Sekarang umur saya dah 28 tahun. Allah dah panjangkan umur mereka 20 tahun untuk kami hidup bersama.
“Dan keadaan di akhir hayat mereka, mereka sangat uzur. Maka saya rasa jika ditakdirkan mereka pergi, memang itu lah yang terbaik daripada mereka terus hidup dan menahan sakit yang tiada penghujung,” jelasnya ringkas.
“Atas rasa sayang, wajar lah pemergian mereka sedikit melahirkan rasa gembira kerana tiada lagi sakit untuk mereka. Rasa sedih mesti ada sebab sudah tiada lagi mereka yang kami gelar ibu bapa. Tapi dunia ni hanyalah tempat persinggahan sebelum menuju ke akhirat, kehidupan yang abadi. Esok lusa mungkin bahagian kita pula. Maka sebelum ujian-ujian yang berat semua ni terjadi, banyakkan positif self talk and expacting the worse.
“Jadi bila ia benar-benar terjadi, sekurang kurangnya redha kita dah sampai dulu sebelum emosi yang menguasai diri. Dengan pemergian mereka, peluang berbakti kepada mereka tetap ada iaitu dengan banyak-banyakkan beramal soleh, insha Allah. Ini sahaja jalan yang tinggal buat kami adik beradik dalam nak membuktikan rasa cinta kami kepada kedua ibubapa iaitu dengan banyakkan berdoa buat mereka,” kongsinya lagi dengan tenang.
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Jangan Buang Masa Meratapi
“Jadi di sini bukannya nak banding ujian siapa lebih berat. Cuma nak ingatkan, kita bertemu dekat dunia yang sementara ini adalah untuk berpisah. Dan yakin lah satu hari nnti kita akan dipertemukan semula dengan orang-orang yang kita sayang.
“Kita yang masih hidup ni mestilah teruskan perjuangan kita. Sikit je lagi. Kalau Allah takdir kan kita mati lagi setahun, kita cuma tinggal 1 tahun je lagi untuk kita perbanyakkan bekal untuk hidup sejahtera di akhirat kelak. Dan macam mana kalau Allah takdirkan tinggal 1 bulan?
“Semoga roh ibu bapa kita ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Dalam membuktikan cinta kita kepada kedua ibubapa kita, amalan sahaja lah yang kita boleh perbanyakkan agar kita sama-sama dihimpunkan di tempat terbaik di akhirat sana.
“Akhir kata, untuk perkara-perkara yang kita memang tak boleh ubah walau hebat macam mana sekali pun kita, hadapi lah perkara tersebut dengan sabar dan berhikmah. Lebihkan fokus kepada perkara-perkara yang kita boleh ubah dan bimbing lah diri kepada versi kita yang terbaik.
“Jangan buang masa meratapi hal-hal yang luar dari kemampuan kita. Kebahagiaan itu perlu dibina dan dicari. Ingat, kita tidak akan mendapatkan hasil yang berbeza jika tindakkan yang kita ambil masih sama,” kongsinya lagi.
Bahkan anak muda ini turut berpesan, “Buat kalian yang masih ada ibu bapa, percaya lah peluang untuk berbakti kepada mereka memang betul-betul singkat. Hanya dengan kiraan saat, Allah boleh ubah daripada ada kepada tiada.”
Raya Terasa Pilu
Bercerita tentang sambutan Raya kali ini, lima beradik ini laluinya dengan suasana yang pilu tanpa adanya dua insan tersayang disisi.
“Meskipun Raya disambut sedikit sendu. Tetapi kasih sayang sedara mara dan orang sekeliling meredakan rasa kerinduan kami kepada ibu bapa kami. Perhatian dan sokongan mereka sangat-sangat mendorang kami untuk teruskan melakah dan bersedia dengan perjalanan hidup kami di masa akan datang.
“Walaupun bersedihan, kami bergotong royong pada malam raya untuk masak rendang ayam dan rendang kerang, resepi seperti yang ibu kami selalu masak dulu bagi mengubati rindu kami kepada mereka.
“Kami juga menziarahi sedara mara dan kawan-kawan ibu ayah kami bagi mengekalkan hubungan silaturahim yang sudah dibina sepanjang mereka hidup,” ceritanya panjang lebar.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.