Buko Pandan, Manisan Dari Filipina Yang Sangat Sedap. Buat Sendiri Lagi Puas Hati. Ini Resipinya!

Share

Pernah cuba makan Buko Pandan? Manisan yang cukup enak dari Filipina ni.

Cukup menyelerakan lagi-lagi dinikmati ketika cuaca panas. Biasanya kalau beli tak cukup kan, lagi-lagi kalau ramai dengan anak lagi. Jadi, apa kata cuba buat sendiri. Tak susah pun kalau nak cuba di rumah.

Bahan  yang digunapakai pun simple je, jom cuba buat Buko Pandan dengan resipi yang dikongsikan oleh Aisya Humaira ini.

Buko pandan Filipina. Kiub jeli pandan berenang dalam mulut. Buah longan tu tukar ke buah laici tin lagi sedap sebenarnya dan pastikan jangan ambil airnya.

Alang² buat biar puas hati itu banyak isi zie masukkan. simpan dlm peti tahan 3-4hari

Enak dinikmati ketika cuaca panas

Bahan-bahan:

1 pekat agar-agar serbuk perisa pandan masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan

1 cawan teh biji sagu.

1 sudu kecil coconut Pandan Emulco

1 tin krimer sejat cair SAJI Malaysia jika kurang kuah boleh lebihkan

1 cawan teh whipping cream non diary pukul tak perlu sampai kembang

1 cawan air gula ikut manis yang disukai

1 mengkuk isi kelapa

1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja.

➡️Ais secukupnya

➡️ buah logan jika suka. update: sebenarnya buh buah laici yg tin lgi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.

➡️ setengah cawan biji selasih yg telah kembang (rendam dlm air panas)

Cara membuat:

Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar,masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak Cream ikut selera.

siap.

 

* Untuk travel requirements Sabah, Sarawak, Labuan, dan penerbangan international, rujuk link di ruangan komen.

ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!

IKLAN