“Kata-kata hadis ‘tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad’ juga sentiasa jadi pegangan, kerana itulah Tok Wan tidak endahkan pandangan negatif,” katanya.

Meskipun sudah berstatus moyang yang mempunyai 38 cicit, namun seorang warga emas berusia 87 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuk menggenggam segulung ijazah.

Wan Zainun Wan Abd Manan yang berasal dari Kuala Terengganu dan merupakan bekas pendidik menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam pada Majlis Konvokesyen ke-23 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

“Buku Ibarat Kawan Baik.” Tok Wan 38 Cicit Buktikan Usia 87 Tahun Bukan Penghalang Genggam Ijazah

Pada majlis berkenaan, Wan Zainun yang bersara sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, Kuala Terengganu pada tahun 1987 turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Lebih mesra dipanggil Tok Wan, dia berkata, biarpun pernah menerima pandangan sinis kerana masih belajar pada usia emas namun semua itu dianggap pemangkin semangat untuk membuktikan usia bukanlah halangan.

IKLAN

“Tok Wan memang minat belajar, dalami ilmu kerana dengan belajar buatkan diri rasa lebih sihat kerana otak sentiasa berfikir. Tambahan pula buku sudah jadi kawan karib sejak dulu lagi kerana Tok Wan bekas pendidik.

Wan Zainun berkata, sepanjang tempoh belajar bermula tahun 2014 lalu, beliau akui menghadapi kekangan tertentu tetapi semua itu tidak pernah lunturkan semangatnya.

“Buku Ibarat Kawan Baik.” Tok Wan 38 Cicit Buktikan Usia 87 Tahun Bukan Penghalang Genggam Ijazah

IKLAN

“Cabaran paling besar ialah teknologi, Tok Wan tidak tahu gunakan internet. Namun atas sokongan seluruh ahli keluarga terutamanya menantu yang sanggup ambil dan hantar Tok Wan ulang alik dari rumah ke kampus, beli buku-buku, bantu cari maklumat di internet, syukur akhirnya Tok Wan berjaya,” katanya yang telah kehilangan suami pada tahun 2000.

Tambah Wan Zainun, kejayaannya itu diharapkan menjadi pemangkin semangat kepada cucu cicitnya agar sentiasa mencintai ilmu selain contoh kepada warga emas seusianya agar tidak jadikan umur sebagai halangan untuk belajar.

“Buku Ibarat Kawan Baik.” Tok Wan 38 Cicit Buktikan Usia 87 Tahun Bukan Penghalang Genggam Ijazah

IKLAN

Kejayaan dan kegembiraan warga emas yang turut mempunyai tujuh anak serta 29 cucu itu dikongsikan kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas majlis konvokesyen.

“Apabila kita sentiasa belajar ia akan jadikan kita sentiasa berfikir sekaligus jadikan diri semakin sihat. Jika keadaan mengizinkan, Tok Wan berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi lagi selepas ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI