Merokok sememangnya mendatangkan banyak keburukan kepada kesihatan seseorang. Namun, bukan mudah untuk berhenti merokok terutamanya bagi perokok tegar.
Oleh itu, sempena kedatangan bulan ramadan yang mulia ini, anda mungkin boleh berubah secara perlahan-lahan dan mengambil inisiatif di bulan yang mulia ini untuk berhenti merokok.
Macam mana anda boleh menahan diri di siang hari dari merokok, perlahan-lahan anda boleh belajar untuk meninggalkan tabiat buruk itu selama-lamanya.
Mari ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tips berhenti merokok semasa bulan puasa.
Ramadan adalah bulan yang penuh kemuliaan. Inilah ketika yang paling sesuai untuk anda memperbanyakkan ibadat dan amal jariah dalam usaha memburu ganjaran pahala.
Selain solat sunat dan sedekah, ada satu lagi perkara yang sepatutnya dilakukan di bulan mulia ini iaitu berhenti merokok. Ingin jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Tip berhenti merokok semasa Ramadan!
Tidak dinafikan, memang susah untuk berhenti dari tabiat buruk yang boleh menjejaskan kesihatan ini.
Bahkan semasa bulan puasa, ada individu yang akan merokok lebih banyak berbanding bulan biasa.
Manakan tidak, golongan perokok tegar kebiasaannya akan memanfaatkan waktu iftar dan sahur sebagai peluang untuk mereka melampiaskan nafsu dengan merokok secara bertalu-talu.
Lebih membimbangkan, golongan ini rela ketepikan makanan dan minuman lazat di atas meja makan terlebih dahulu semata-mata demi sebatang rokok.
Ini adalah satu kebiasaan yang perlu diperbetulkan.
Sila ikuti tip berhenti merokok semasa Ramadan yang kami sediakan ini:
1. Dimulakan dengan nawaitu
Sama seperti ibadat berpuasa, kita perlu memulakannya dengan niat pada malam hari.
Begitulah juga halnya jika kalian ingin berhenti dari tabiat buruk ini. Berniatlah setiap malam untuk keesokan harinya.
Ads
Ini adalah sangat penting untuk anda memperkuatkan mental dan fizikal agar lebih bermotivasi.
Tanamkan dalam hati bahawa anda bukan sahaja boleh menahan diri dari lapar dan dahaga malahan nafsu untuk merokok.
Tiba waktu iftar dan sahur pula, jangan terus pergi merokok. Sebaliknya, ingat kembali nawaitu anda pada malam hari itu!
2. Perlahan tapi konsisten
Ya, memang sukar untuk perokok tegar terus berhenti secara mengejut.
Jadi, jangan lakukannya secara drastik kerana ia boleh memberi kesan kepada tubuh badan anda akibat efek penarikan nikotin.
Jadi, sila lakukannya dengan perlahan tetapi konsisten. Sebagai contoh, anda mungkin boleh mengehadkan satu kotak rokok untuk satu minggu sahaja. Catukan mengikut hari dan cuba mendisiplinkan diri.
Jika berjaya, kurangkan lagi amaun tersebut mengikut peredaran masa. Mungkin satu kotak rokok untuk 2 minggu, 3 minggu atau sebulan? Mungkin disebabkan disiplin yang tinggi, anda dapat menyambut Syawal sebagai individu yang bebas dari rokok?
3. Elak dari perkara yang membuat anda ingin merokok
Ada beberapa perkara yang boleh jadi pemicu untuk keinginan merokok itu datang.
Ads
Antaranya adalah pengambilan air bergas, berkafein atau beralkohol. Maka berhentilah dari mengambilnya bersempena bulan mulia ini.
Dalam pada itu, cuba ambil snek yang lebih sihat seperti buah atau jus yang sudah tentu lebih sihat.
Gula-gula getah juga adalah alternatif terbaik untuk mengalihkan perhatian untuk merokok terutamanya selepas makan.
Jika ingin lebih tekad, anda mungkin boleh sorokkan rokok dan pemetik api dari jangkauan mata serta tangan anda? Cara ini semestinya akan membuat kalian teringat kembali nawaitu yang sudah dipasang sebelum ini.
4. Bertangguh dalam usaha berhenti merokok
Sesungguhnya bertangguh dari beribadat itu adalah sesuatu yang sangat tidak disukai dalam agama Islam.
Pun begitu, bertangguh dalam konteks menghentikan tabiat buruk adalah amat dialu-alukan. Jadi, cuba tanamkan dalam hati anda begini; setiap kali ingin merokok, tangguhkan ia selama 5 minit.
Jika berjaya, ulangilah ia beberapa kali sehinggalah keinginan anda itu hilang dengan sendirinya.
5 minit itu mungkin kelihatan seperti waktu yang singkat dan tidak bermakna, namun bayangkan jika ia didarab beberapa kali? Lama-kelamaan, usaha anda untuk berhenti dari tabiat buruk ini pasti berjaya!
Ads
5. Kekal aktif di bulan Ramadan
Siapa kata Ramadan adalah bulan untuk anda bermalas-malasan dan tidur sahaja sepanjang hari? Anda silap.
Kalian sebenarnya masih boleh kekal aktif di bulan puasa ini dengan pelbagai aktiviti fizikal.
Tiada siapa yang menghalang anda untuk berjoging, berbasikal atau berenang di bulan puasa ini. Dengan aktiviti sihat sebegini, anda sudah pasti dapat mengisi masa lapang pada waktu siang atau malam hari.
Lama-kelamaan, kehidupan sihat yang anda jalani ini akan buat anda sedar bahawa tabiat merokok itu adalah sia-sia dan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda.
Jadi, perbetulkanlah nawaitu anda untuk berhenti merokok mulai hari ini. Akhir kata, jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna!
Rezeki kita berbeza-beza. Ada ibu yang punya rezeki menyusukan anak hingga dua tahun namun ada pula separuh jalan. Tak mengapa, ibu jangan ‘down’.
Banyak faktor kegagalan penyusuan ini. Kurang pengetahuan menjadi penyebab terbesar kegagalan penyusuan dapat dijayakan sebaiknya. Namun terdapat beberapa lagi faktor penyebab penyusuan jadi kurang lancar.
Antara faktornya termasuklah:
Stress atau tekanan persekitaran
Penat dan tertekan dengan persekitaran ketika beberapa minggu pertama selepas bersalin menjadi punca utama ibu tidak dapat menjayakan penyusuan dengan baik. Ditambah pula dengan masalah kecil lain seperti rekahan, melecet, gagal melekap dengan baik yang menjadi punca ibu makin stress.
Kekurangan waktu tidur yang mencukupi juga menambah rasa stress dikalangan ibu yang akhirnya membuatkan terkesan pada masalah lain terutamanya penyusuan.
Apabila badan stress, badan akan kekurangan hormon oksitoksin dan seterusnya membuatkan produksi susu ibu merudum.
Tiada atau bekalan susu ibu rendah
Walaupun mencuba pelbagai cara, namun produksi pengeluaran susu tidaklah sebanyak orang lain. Salah satu punca tiada susu ini disebabkan oleh kemerosotan kesihatan ibu itu sendiri.
Tidak mendapat tidur yang mencukupi, kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan jadual bayi serta peningkatan kadar hormon tertentu seperti kortisol boleh mengurangkan bekalan susu badan secara dramatik.
Antara masalah lain yang boleh menyebabkan ketiadaan susu adalah disebabkan oleh masalah hipoplasia payudara, sindrom ovari polisistik (PCOS), hipotiroidisme di mana kelenjar tiroid kurang aktif lalu fungsi badan menjadi perlahan serta pernah menjalani pembedahan payudara.
Kurangnya Ilmu
Tanpa panduan menyusukan bayi dengan tunjuk ajar yang tepat, penyusuan anak boleh jadi hilang arah. Malah bebanan penyusuan di awal kelahiran dek kerana kurangnya ilmu dalam bidang laktasi membuatkan ada ibu-ibu muda gagal meneruskan penyusuan hingga akhirnya.
Ramai yang mudah berputus asa. Disebabkan itulah bakal ibu perlu mempunyai ilmu penyusuan dan memperbanyakkan informasi agar lebih bersedia menghadapinya.
Pengambilan ubat-ubatan
Ubat-ubatan yang kita ambil saban hari tanpa kita sedari turut memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Walaupun kebanyakan ubat sesuai diambil oleh ibu yang ingin menyusu badan, namun setiap ubat tetap mempunyai risikonya.
Ubat-ubatan terutama kepada rawatan penyakit tertentu kebanyakkannya memberi kesan kepada produksi susu setiap hari. Dapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Kebiasaannya bila musim hujan ini, pengidap asma akan lebih kerap berasa semput. Bila ini yang terjadi, tentunya kita sebagai ibu bapa berasa runsing dengan tahap kesihatan anak yang semakin menurun.
Gambar hiasan
Umumnya, anak-anak yang mengidap penyakit asma ini akan bergantung dengan ‘inhaler’ bagi memberi kelegaan pada saluran pernafasan bila mendapat serangan asma. Atau jika serius, pesakit akan di bawa ke hospital atau klinik untuk mengambil ‘nebuliser’. Melihat keadaan berterusan begini, tentu naluri seorang ibu ingin usahakan pelbagai cara dengan harapan agar anak bebas daripada penyakit yang ditanggung.
Di sini melalui perkongsian Rohana Edi disenaraikan 5 tip atau petua yang boleh diamalkan yang mungkin serasi dengan anak-anak anda. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Pn Rohana Edi
5 Tip Ratawan Alternatif Asma
1. Bawa anak berenang tiap-tiap minggu
Gambar hiasan
Berenang membantu melatih paru-paru anak kita. Paru-paru akan lebih kuat dan mengurangkan asma beransur-ansur.
2.Rebus bawang merah kecil
Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya dan amalkan minum seminggu sekali.
3.Menggunakan madu dan getah betik
Ambil satu sudu besar madu dan 4-5 titik getah betik. Campurkan madu dan getah betik. Berikan anak kita minum sambil baca selawat.
4. Amalkan sirih
Ambil tujuh helai sirih bertemu urat, tujuh helai daun lalang muda dan seulas lengkuas sebesar ibu jari kaki. Rebus dengan 1 liter air hingga mendidih sepenuhnya. Biarkan sejuk dan campurkan setengah gelas air rebusan ini dengan sesudu besar madu dan sesudu kecil air limau nipis. Amalkan setiap malam sebelum tidur.
5.Menggunakan Minyak Herba
Sapu minyak herba ke bahagian dada, leher dan belakang badan.
Jika tak mampu nak buat semua petua di atas pun tak apa. Sekurang-kurangnya, cubalah 2 atau 3 cara untuk kurang kesakitan yang ditanggung oleh anak-anak yang mengidap asma ini. Pun begitu dapatkan juga nasihat dan rawatan doktor demi kebaikan kesihatan anak-anak.
Sumber : Rohana Edi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jenis yang tak boleh tengok petai, mesti nak makan ni memang jenis peminat tegar lah! Tak kira lah makan mentah ke, dimasukkan dalam masakan tertentu ke tak kisah asalkan ada petai.
Dah alang-alang kalau ternampak petai murah jual di pasar malam atau tepi jalan tu, boleh la simpan buat stok! Jadinya stok petai takkan kehabisan lah.. Kan? Tapi nak simpan pun kena tahu caranya supaya petai tahan lama dan sentiasa segar. Haaa nak tahan lama, kenalah ikut cara yang CK ajarkan ni. Harap membantu!
tips simpan petai supaya tahan lama dan masih segar seperti baru dikupas
hai saya CK, cikgu kebun, hari ni CK nk kongsi kat hangpa yang ‘hantu petai’ macam kami suami istri suka makan petai, dikatakan setiap bulan 2-3 kali akan ada menu berasaskan petai.
nasib baik lagi CK dan bidadari CK , kami kedua2 suka makan petai, kalau tandas bau petai okey ja..hehe
sapa2 yang suka makan petai boleh ikut cara CK macam mana nak simpan petai supaya segar dan boleh terus masak bila-bila masa sahaja.
syukur rezeki jugak ayah mertua CK ada tanam petai banyak, lebih 100 pokok petai ada di dusun tu, jadi stok petai sentiasa ada. Kalau nk beli boleh tahan harga dia kan.
Cara-cara hangpa nak simpan petai bagi kekal segar dan tahan lama.
1. setiap kali petai di ambil dan turun dari pokok, selalunya CK akan letak dalam surat khabar dan plastik hitam. letak dalam bilik air. kira tempat sejuk la..
2. kami akan ambil masa untuk kupas petai satu demi satu. caranya potong mata petai tersebut 2 bahagian (rujuk gambar di bawah). supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
3. kupas setiap biji petai dan buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai tersebut, jangan tak buang nanti petai cepat rosak kalau ada selaput tu.
4. Masukkan dalam plastik kecik, bahagikan setiap plastik sekali masak. Nanti senang nak masak terus ambil sahaja.
5. ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen tu.
6. petai akan membeku, kalau hangpa tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
7. rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
8. basuh-basuh dan terus boleh masak bersama daging korban. pehhhh sedap. “sambal petai daging”
hangpa jangan tengok gambar last sekali kalau tak kuat. nanti auto lapar..hehe