Sakit mata juga bila kita lihat plastik-plastik makanan atau plastik barangan andai diletakkan secara tidak terurus di ruangan dapur. Memang nampak serabut digumpal-gumpal. Hendak dibuang terasa macam ada kegunaan lain pula di masa akan datang.
Jadi apa kata untuk menyimpan semua palstik-plastik ini, kita gunakan teknik lipatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Abylla Amjah ini. Semoga bermanfaat.
Tip Jimat Ruang Untuk Simpan Plastik
Step 1 : Plastik di lipat dua.
Ads
Step 2 : Kemudian dilipat sekali lagi.
Step 3 : Lipat bentuk segi tiga pada bahagian bawah dan lakukan hingga ke atas.
Ads
Step 4 : Kemudian ambil bahagian tangkai plastik dan selitkan pada kawasan yang dibulatkan dengan warna pink ini.
Ads
Step 5 : Sekali gus lipatan plastik terlipat kemas.
Step 6: Akhir sekali letakkan satu bekas di dalam laci kabinet dapur. Simpan plastik yang siap dilipat tadi di dalam bekas tersebut.
sumber : Abylla Amjah Via kelab kaki deko barang eco/mr. diy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di dalam sesebuah rumahtangga kena ada sifat memberi dan menerima Suami isteri kena saling bekerjasama antara satu sama lain Baik dalam semua hal termasuklah di dapur.
Kalau suami tak pandai masak, memadai tolong isteri kemas dapur atau cuci pinggan mangkuk. Tetapi kalau dapat suami yang rajin turun ke dapur satu ‘bonus’ Nak nak lagi yang rajin sediakan hidangan buat sekeluarga. Ada saja menu yang dicuba, walaupun mungkin biasa-biasa sahaja tapi air tangan itu yang penting.
Demikian juga dengan Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.
Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.
Sering memuat naik menu masakannya, sehinggakan ada yang memberi komen kononnya apa yang dilakukannya olehnya tidak special lagi. Namun, bapa kepada empat cahaya mata ini mempunyai pandangannya yang tersendiri. “Apabila kau sebagai suami dan ayah selalu masak setiap hari, tak jadi special dah la. Kalau tak pernah masak tiba-tiba masak barulah special, barulah excited. Kalau sekali-sekala masak baru special. Kalau selalu masak, jadi biasa la…” ulasnya kepada saya, entah apa tujuannya, hanya dia dan Tuhan saja tahu. Tak. Salah tu. Salah bagi saya. Tak perlu tunggu tak pernah masak tiba-tiba masak baru nak rasa special. Tak perlu setahun sekali masak baru nak rasa special. Tak perlu guna bahan-bahan mentah yang super-duper mahal untuk hasilkan hidangan masakan special. Tak perlu masak dalam keadaan sakit terbaring lumpuh baru nak kategorikan masakan itu special. Tak perlu masak pada hari raya baru nak rasa hidangan itu special. Tak perlu makan di restoran bertaraf seribu bintang baru nak rasa special. Tak perlu makan hidangan berharga sejuta ringgit sepinggan baru nak rasa special. Tak. Dalam hidup ini special dan istimewa itu bukan pada kebendaan, tetapi terletak pada rasa, perasaan dan bagaimana kita menghargai. “What’s the special ingredient you use to make this special noodle soup?” tanya Po, si Kung Fu Panda. Jawab ayahnya, Mr Ping, “Nothing!” “You don’t put anything special to make this special noodle soup?” tanya Po lagi. “No, no special ingredient at all,” jawab Mr Ping. “So how is this soup special?” tak habis lagi soalan Po. “To make it special, you don’t have to put anything special or different to make it special. You just have to think it is special, you have to feel it is special, it will become special,” jawab Mr Ping sambil menunjukkan sup yang dimasaknya sejak Po kecil, hingga Po dewasa, penuh kasih sayang, usaha mengerah keringat mencari rezeki, dengan mata berkaca-kaca. Petikan satu babak dalam filem Kung Fu Panda, tak ingat filem 1, 2 atau 3.
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana tiada bahan-bahan special? Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana dimasak setiap hari? Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana hidangan untuk si anak itu adalah sup yang sama yang dihidang kepada para tetamu dan para pelanggan? No, no, no, special itu bukan sebab berbeza, pelik, jarang-jarang, tiba-tiba, out of the world… Special itu apabila kita fikir dan rasa ianya adalah special. And yes, appreciate our little things. Yang biasa, yang selalu kita nampak dan lihat, itulah yang special, apabila kita fikir, anggap dan rasa itu special. Hargai ibu bapa kita, pasangan suami/isteri kita, anak-anak kita, adik-beradik kita, keluarga kita, rakan-rakan baik kita, apa saja mereka buat untuk kita, doa-doa mereka, masakan mereka, senyuman mereka…… These are so special, not everyone has these. Jangan tunggu kita kehilangannya baru kita nak mengakui itu special. Jangan tunggu kita kehilangannya…. Saya, seorang lelaki bergelar suami, ayah dan anak, fikir keluarga saya adalah special dalam hidup saya, setiap hari, setiap saat, setiap ketika. Tak perlu tunggu tarikh hari lahir, hari raya, hari ulangtahun atau hari kematian untuk merasakan special. #SuamiMasak#SarapanPagi#BihunGorengJagung#DapurDrSyahr#KeluargaDrSyahr#DiariPapaSyahr 10/12/2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian yang cukup menyentuh hati, seorang anak bernama Aidil yang masih kecil namun besar jiwanya. Tahu akan ibunya tidak sihat membuatkan dia menguruskan diri sendiri.
Dalam masa yang sama masih sempat menyediakan keperluan ibunya yang sedang sakit. Itulah yang dikongsikan oleh puan Maria سيتي ماريه menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Allahuakbar..bila bdn diuji dgn khdiran sakit..mata seolah tkunci nk bgun, nk xnk kena bgun utk solt dan nk sedia sarapan utk aidil(bujang)..
Samar2 je Dr jauh nmpk pinggan berisi roti Bakar, tlur rbus Dan ubt2..haa ada note. Sekali lg aidil sediakan utk mama sblm dia ke sekolah..
Rupanya mama dah tlwt,dia dah ke bus stop rupanya..
Biasanya setiap kali bangun pagi, tengok wajah untuk kusam di cermin, terus rasa stress. Ini menunjukan bahawa kulit wajah bermasalah.
Penjagaan wajah merupakan salah satu perkara yang penting lebih-lebih lagi jika anda bekerja dan perlu berhadapan dengan orang ramai setiap hari.
Begitu juga bagi yang bekerja di luar. Sudah tentu terdedah dengan cahaya matahari. Justeri, kulit perlu lindungi.
Nak tahu lanjut ikuti pesanan oleh pakar Kimia ini, Fatimah Salim menerusi perkongsian facebooknya.
Biasa saya tidak manjakan kulit kalau duduk di rumah, cukup setakat pakai pelembab. Pelindung cahaya matahari juga saya tidak pakai kerana yakin dengan cermin rumah yang tinted. Namun disebabkan cuaca panas yang amat, hari ini saja saya sudah 3 kali pakai pelindung cahaya matahari (pagi, lepas zuhur dan lepas azar). Tahukah anda pemakaian pelindung cahaya matahari SANGAT penting? YA. Terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit yang cerah disebabkan kurangnya pigmen melanin. Selain memberikan warna kepada kulit, melanin merupakan bahan kimia semula jadi yang dihasilkan oleh kulit yang mana berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari yang berlebihan. Nak tahu lebih mengenai pelindung kulit daripada cahaya matahari ini, jom baca ulasan yang pernah saya kongsikan dulu
PELINDUNG CAHAYA MATAHARI
Kita selalu dengar mengenai produk penjagaan kulit yang dikenali sebagai pelindung cahaya matahari (sun protection). Daripada beberapa maklumat yang saya perolehi, ramai yang keliru dengan istilah “Chemical and Physical sun protection”, begitu juga dengan istilah “sunblock” (penghalang matahari) dan “sunscreen” (pengadang matahari).
Maka artikel ini akan cuba untuk menjelaskan perbezaan, dan keperluan mereka ini dari sudut kimia. Sebelum itu mari kita ulangkaji dulu apa itu cahaya matahari (tenaga apa yang terdapat di dalamnya) dan struktur kimia kulit agar kita jelas tentang fungsi perlindungan yang dimaksudkan, juga jenis interaksi kimia yang mampu dihasilkan.
Apakah yang Membentuk Cahaya Matahari? Cahaya matahari ialah sebahagian daripada gelombang elektromagnet (electromagnetic wave) bersifat gabungan cahaya dan haba yang dipancarkan oleh matahari. Sinaran yang sampai kepada kita telah ditapis oleh lapisan atmosfera bumi yang mana terdiri daripada tiga kumpulan tenaga iaitu ~5% ultraungu (Ultra Violet: kurang dari 400 nm), ~43% cahaya Nampak (visible: 400 – 700 nm), dan ~55% inframerah (IR: lebih dari 700 nm).
Antara jenis tenaga yang dibawa oleh cahaya matahari ini, tenaga UV merupakan tenaga yang paling kuat yang mana mampu berinteraksi dengan sel kulit, seterusnya menyebabkan perubahan kepada struktur kimia kulit kita. Tenaga UV yang sampai kepada kulit kita ini diklasifikasikan kepada dua, mengikut jumlah kerosakkan yang mampu dilakukannya iaitu dikenali sebagai ultra violet ageing (UVA: 320 – 400 nm), dan ultra violet burning (UVB: 290 – 320 nm).
Dan cahaya UV inilah yang harus dielakkan dari mencapai ke permukaan kulit kita kerana ianya mampu menggelapkan dan membakar lapisan kulit (sunburn), seterusnya menyumbang kepada masalah kulit yang lebih teruk termasuklah penuaan pramatang dan kanser.
Bagaimanakah Struktur Kimia Kulit? Kulit kita ialah epitilium berlintap (stratified epithelium), di mana setiap lapisan mengandungi jenis sel yang berlainan dan menjalankan fungsi yang berlainan. Ianya terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu epidermis, dermis dan hypodermis. Di sini kita akan memberi tumpuan kepada lapisan paling luar iaitu lapisan epidermis yang mana terbentuk daripada dua lapisan utama yang dipanggil lapisan corneum (mengandungi sel-sel mati dan mengelupas), dan Malpighian (mengandungi pigment melanin yang memberi warna kepada kulit).
Lapisan corneum terbentuk dari bahan-bahan kimia semulajadi seperti ceramides, cholesterol dan free fatty acids. Antara bahan-bahan kimia ini, ceramides mendominasi (~50%) dan terbentuk dari molekul berkomponen sphingoid (sphingosine, phytosphingosine, 6-hydroxysphingosine atau dihydrosphingosine) yang memiliki sifat hydrophobic (tidak suka air) dan hydrophilic (suka air) – rujuk gambar di bawah
👇🏻.Bahagian hydrophilic ini mampu membentuk ikatan hydrogen (Hydrogen bond) dengan bahan kimia di dalam formulasi pelindung cahaya matahari yang digunakan pada kulit. Lapisan Malpighian mengandungi sel-sel aktif yang berperanan menggantikan sel-sel mati pada lapisan corneum tadi dan berfungsi sebagai pelindung dari pancaran cahaya matahari.
Walaupun kulit secara semulajadi mempunyai pelindung cahaya matahari, namun disebabkan oleh pelbagai faktor (genetik, diet pemakanan, stress, aktiviti harian, perubahan hormone, usia, jantina dan pemakaian produk harian) akan penyumbang kepada kepelbagian komposisi bahan kimia kulit.
Tambahan pula kita berada di negara Malaysia yang beriklim panas (dan lembab), kita memerlukan perlindungan tambahan iaitu dengan memakai pelindung cahaya matahari yang bersesuian.
Apakah itu Pelindung Cahaya Matahari?
Pelindung cahaya matahari ialah formulasi produk berupa losen, gel, lilin (waxes) atau semburan yang mengandungi campuran bahan kimia aktif yang dipakai pada permukaan luar kulit (topikal) bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari. Pelindung cahaya matahari ini diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu kimia dan fizikal – lihat contoh gambar di bawah.
Pelindung cahaya matahari kimia mengandungi bahan kimia organik seperti octylcrylen, avobenzone, actinoxate… yang mudah larut dalam air, larutan organik atau minyak. Disebabkan oleh sifat keterlarutan, bahan kimia ini mampu membentuk ikatan hydrogen dengan struktur kimia kulit dan menghasilkan kemasan kepada si pemakai.
Bahan kimia pelindung ini akan menyerap cahaya UV yang terkena padanya dan menukarkan tenaga UV ini kepada sinaran electromagnet yang lebih rendah tenaga (kurang mudarat) iaitu infrared (IR) untuk dibebaskan. Pelindung cahaya matahari kimia biasanya menjadi pilihan kerana ianya mudah penyerap dalam kulit dan memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh, namun boleh menyebabkan kerengsaan kulit kerana cahaya yang diserap oleh bahan kimia tadi berbentuk haba yang boleh dipindahkan kepada sel kulit.
Namun kesan ini bergantung kepada tahap sensitiviti kulit masing-masing. Pelindung cahaya matahari fizikal pula mengandungi bahan kimia tidak organik seperti zinc oxide, titanium dioxide…yang tidak larut. Maka ianya tidak akan membentuk ikatan hydrogen dengan struktur kulit, namun bergantung kepada jumlahnya, mungkin mengaruh (induced) daya electrostatik dengan komponen kulit tadi.
Pada awalnya, mekanisma perlindungan oleh bahan kimia ini diterangkan sebagai memantulkan (reflect) atau menyelerakkan (scatters) cahaya UV menjauhi kulit. Namun, kajian mutakhir membuktikan bahawa mekanisma lindungan ini hanyalah benar jika partikel bahan kimia yang digunakan adalah bersaiz besar.
Memandangkan kini banyak penambahbaikan telah dibuat seperti mengecilkan saiz partikel (nanoteknologi) bahan kimia bermetal ini juga sebenarnya menyerap cahaya UV. Pelindung cahaya matahari jenis fizikal kurang digemari kerana melekit, sifat metalik bahan kimia yang digunakan (berkilat pada kulit) dan kurang kemasan (finishing) pada kulit, namun pelindung cahaya matahari jenis ini lebih selamat dan sesuai untuk jenis kulit sensitif.
Terdapat juga pelindung cahaya matahari yang mengandungi bahan kimia yang bersifat fizikal dan kimia (hybrid) seperti bisoctrizole atau lebih dikenali dengan nama Tinosorb M. Bahan kimia jenis ini menjadi bahan penstabil bahan kimia organik sedia ada, agar kurang termusnah dek kerana serapan cahaya UV yang berlebihan.
Di masa yang sama ianya juga mempunyai jangkauan lindungan UVA dan UVB yang lebih luas serta lebih stabil daripada pelindung cahaya matahari jenis kimia dan fizikal bersendirian. Namun, pengunaan pelindung cahaya matahari jenis ini tidak diketahui kesan jangka panjangnya pada kulit.
Apa pula perbezaan “Sunblock” dan “Sunscreen”?
Sebenarnya sunblock dan sunscreen adalah bertujuan yang sama iaitu memberikan perlindungan kepada lapisan luar kulit daripada terkena cahaya UV matahari. Asalnya istilah “sunblock” digunakan untuk pelindung cahaya matahari yang bersifat fizikal kerana mekanisma lindungan dengan pemantulan atau penyelerakkan tadi.
Namun setelah dibuktikan melalui kajian mutakhir yang mana mekanisma lindungannya juga adalah melalui serapan (absorption), maka istilah “sunblock” ditarik semula dan diseragamkan kepada istilah “sunscreen” sahaja. Walaubagaimanapun, konsep awal ini masih lagi digunakan secara meluas oleh penerang awam (baca: kebiasaan).
Bagaimana Memilih Pelindung Cahaya Matahari? Selain daripada mengambil kira kesesuaian kulit, pemilihan dalam pelindung cahaya matahari juga dinilai dengan melihat Sun Protection Factor (SPF) dan Protection against UVA (PA) [atau biasa dinyatakan ‘broad spectrum protection’ sahaja] yang mampu ditawarkan oleh produk tersebut.
SPF merupakan skala yang digunakan untuk menilai daya tahan bahan kimia di dalam formulasi pelindung cahaya matahari melawan cahaya UV selama 10 minit sebelum sampai ke lapisan kulit.
Ianya diukur dengan kadar serendah 2 sehingga 100. SPF dikira dengan mengunakan formula matematik yang komplex namun boleh diringkaskan seperti: Contoh, produk yang mempunyai SPF 15 mampu bertahan di bawah terik matahari selama 150 minit (15 x 10) sebelum permukaan kulit terbakar (sunburn).
Namun, kesilapan yang biasa berlaku adalah dengan menganggap tempoh keberkesanan pelindungan boleh diambil secara terus dari hasil pendaraban ini. Faktor lain juga harus diambil perhatian kerana jumlah pendedahan matahari terhadap kulit adalah lebih bergantung kepada tempoh masa yang dihabiskan di bawah matahari, keterikan cahaya matahari (jumlah cahaya UV pada ketika itu), dan ketahanan bahan kimia pelindung sebelum termusnah.
Juga kandungan lain di dalam formulasi pelindung cahaya matahari seperti bahan kimia barium sulfate dan talcum (talc). Dan yang paling penting ialah cara pemakaian yang betul (jumlah yang perlu disapu pada kulit) mengikut kesesuian aktiviti.
Nota Kaki: Jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, mohon rujuk pakar kulit untuk cadangan pilihan pelindung cahaya matahari yang bersesuaian.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.