Di dalam sesebuah rumahtangga kena ada sifat memberi dan menerima Suami isteri kena saling bekerjasama antara satu sama lain Baik dalam semua hal termasuklah di dapur.

Kalau suami tak pandai masak, memadai tolong isteri kemas dapur atau cuci pinggan mangkuk. Tetapi kalau dapat suami yang rajin turun ke dapur satu ‘bonus’ Nak nak lagi yang rajin sediakan hidangan buat sekeluarga. Ada saja menu yang dicuba, walaupun mungkin biasa-biasa sahaja tapi air tangan itu yang penting.

IKLAN
IKLAN
IKLAN

Demikian juga dengan Dr Syahr Musafir. Tugas yang biasanya dipikul kaum ibu itu dilakukan olehnya sendiri tanpa diminta oleh sang isteri.
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”Contoh suami dan ayah mithali kan. Bertuah dapat suami yang ringan tulang begini. Sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan juga bekal untuk di bawa ke sekolah dan juga ke tempat kerja.
Sering memuat naik menu masakannya, sehinggakan ada yang memberi komen kononnya apa yang dilakukannya olehnya tidak special lagi. Namun, bapa kepada empat cahaya mata ini mempunyai pandangannya yang tersendiri.
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”“Apabila kau sebagai suami dan ayah selalu masak setiap hari, tak jadi special dah la. Kalau tak pernah masak tiba-tiba masak barulah special, barulah excited. Kalau sekali-sekala masak baru special. Kalau selalu masak, jadi biasa la…” ulasnya kepada saya, entah apa tujuannya, hanya dia dan Tuhan saja tahu.
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”
Tak. Salah tu.
Salah bagi saya.
Tak perlu tunggu tak pernah masak tiba-tiba masak baru nak rasa special.
Tak perlu setahun sekali masak baru nak rasa special.
Tak perlu guna bahan-bahan mentah yang super-duper mahal untuk hasilkan hidangan masakan special.
Tak perlu masak dalam keadaan sakit terbaring lumpuh baru nak kategorikan masakan itu special.
Tak perlu masak pada hari raya baru nak rasa hidangan itu special.
Tak perlu makan di restoran bertaraf seribu bintang baru nak rasa special.
Tak perlu makan hidangan berharga sejuta ringgit sepinggan baru nak rasa special.
Tak.
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”
Dalam hidup ini special dan istimewa itu bukan pada kebendaan, tetapi terletak pada rasa, perasaan dan bagaimana kita menghargai.
“What’s the special ingredient you use to make this special noodle soup?” tanya Po, si Kung Fu Panda.
Jawab ayahnya, Mr Ping, “Nothing!”
“You don’t put anything special to make this special noodle soup?” tanya Po lagi.
“No, no special ingredient at all,” jawab Mr Ping.
“So how is this soup special?” tak habis lagi soalan Po.
“To make it special, you don’t have to put anything special or different to make it special. You just have to think it is special, you have to feel it is special, it will become special,” jawab Mr Ping sambil menunjukkan sup yang dimasaknya sejak Po kecil, hingga Po dewasa, penuh kasih sayang, usaha mengerah keringat mencari rezeki, dengan mata berkaca-kaca. Petikan satu babak dalam filem Kung Fu Panda, tak ingat filem 1, 2 atau 3.

“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana tiada bahan-bahan special?

Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana dimasak setiap hari?
Cuba bayangkan jika sup itu dikatakan tidak special kerana hidangan untuk si anak itu adalah sup yang sama yang dihidang kepada para tetamu dan para pelanggan?
No, no, no, special itu bukan sebab berbeza, pelik, jarang-jarang, tiba-tiba, out of the world… Special itu apabila kita fikir dan rasa ianya adalah special.
And yes, appreciate our little things.
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”
Yang biasa, yang selalu kita nampak dan lihat, itulah yang special, apabila kita fikir, anggap dan rasa itu special.
Hargai ibu bapa kita, pasangan suami/isteri kita, anak-anak kita, adik-beradik kita, keluarga kita, rakan-rakan baik kita, apa saja mereka buat untuk kita, doa-doa mereka, masakan mereka, senyuman mereka…… These are so special, not everyone has these.
“Apabila Suami Memasak Setiap Hari, Ada Orang Kata Tak Special Dah Berbanding Tak Pernah Atau Jarang Masak Tiba-Tiba Masak.”Jangan tunggu kita kehilangannya baru kita nak mengakui itu special. Jangan tunggu kita kehilangannya….
Saya, seorang lelaki bergelar suami, ayah dan anak, fikir keluarga saya adalah special dalam hidup saya, setiap hari, setiap saat, setiap ketika. Tak perlu tunggu tarikh hari lahir, hari raya, hari ulangtahun atau hari kematian untuk merasakan special.
#SuamiMasak #SarapanPagi #BihunGorengJagung #DapurDrSyahr #KeluargaDrSyahr #DiariPapaSyahr 10/12/2019

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI