Anda impikan tubuh yang kurus langsing, tapi masalahnya walau pun sudah berdiet dan mengawal pemakanan dalam tempoh yang lama tapi hasrat itu tidak jua tercapai.

Ada juga sesetengah yang selepas berhempas pula berdiet untuk dapatkan berat badan ideal akhirnya impian itu berjaya direalisasikan. Namun mengecewakan berat badan itu hanya kekal seketika, kemudian naik mencanak semula.

Nak nak lagi di musim perayaan begini kan. Memang susah nak berdiet, juadah raya terhidang di meja, tak mampu nak tolak kan!

Jika dua situasi ini anda alami berkemungkinan anda telah melakukan kebanyakan daripada 7 kesalahan diet ini.

1. Meninggalkan sarapan

Jika selalu meninggalkan sarapan, bermakna kita telah membuat satu kesalahan besar dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Sangat penting untuk memulakan hari dengan makanan tinggi protein dan serat kerana ia mampu meningkatkan kadar metabolisme.

Mengabaikan sarapan juga menyebabkan perut kelaparan sepanjang hari dan sudahnya kita makan dengan lebih kerap dalam kuantiti yang banyak.

2. Tak bersenam

Jangan fikir berat akan turun jika hanya menahan lapar sahaja tanpa melakukan sebarang senaman. Pengawalan makanan dan senaman haruslah seiring bagi memastikan diet berjaya dan berat badan turun lebih cepat.

Pelbagaikan juga jenis senaman, jika bosan berjoging cuba lakukan aktiviti lain seperti berenang dan bermain badminton.

3. Ambil makanan ringan

Kebanyakan daripada kita terlalu cerewet dalam pengambilan kalori dalam makanan. Mungkin ada yang menghindar daripada mengambil makanan berat yang mempunyai kalori yang tinggi.

Tapi sedar kah anda makanan ringan yang anda ambil walaupun hanya sepotong kuih atau sesudu aiskrim kalorinya adalah tinggi. kalorinya.

4. Banyak makan makanan rendah lemak

IKLAN

Pastinya ramai yang terkejut bahawa sebenarnya makanan rendah lemak mampu merosakkan diet. Ini kerana, makanan rendah lemak bukanlah bermaksud rendah kalori.

Anda tidak harus sewenang-wenangnya mengambil makanan rendah lemak dalam kuantiti yang banyak kerana inilah yang akan menambah berat badan.

5. Minum minuman berkalori

Ramai pasti sedar tentang minuman berkalori. Namun ramai juga yang mengabaikannya. Sebagai contoh, terdapat beberapa jenis kopi yang mengandungi lebih 500 kalori. Minuman bergas dan jus buah juga mengandungi kalori tertentu.

Tambah buruk lagi apabila minuman ini tidak mampu mengurangkan rasa lapar malah memerlukan kita untuk mengambil hidangan yang lain.

IKLAN

6. Kurang minum air putih

Air medium yang sangat penting dalam membantu membakar kalori. Jika anda kurang meminum air putih, tubuh akan dehidrasi sekali gus menurunkan tahap metabolisme. Jika itu berlaku, maka penurunan berat badan akan jadi lambat.

Kajian menunjukkan orang dewasa yang minum lapan gelas air setiap hari mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Disarankan juga jika berasa lapar, minum segelas air terlebih dahulu, kemungkinan badan anda kekurangan air dan bukannya disebabkan lapar.

7) Menimbang berat badan setiap hari

Jangan lakukan ini jika mahu diet anda berhasil. Menimbang terlalu kerap membuat anda berasa tertekan. Seeloknya timbang berat secara mingguan. Jangan tetapkan berapa kilo anda perlu hilang untuk seminggu atau dalam tempoh masa tertentu.

Ini kerana ia boleh menambah tekanan sekiranya ia tidak menepati jangkaan. Lebih baik jika anda pasti kan setiap kali timbangan, berat menurun dan bukannya naik!