Hampas kelapa jika dilumurkan pda bahagian kulit, ia mampu menjadikan kulit terasa lebih halus, lembab, cerah,  menanggalkan kulit mati, meredakan masalah kegatalan kulit dan menyelesaikan masalah jerawat dan jeragat.

Mungkin ada yang tidak percaya keberkesanan menggunakan hampas kelapa ini bagi yang belum pernah mencubanya.

Jadi ayuh kita semak beberapa perkongsian daripada rakan fb mengenai kesan yang mereka perolehi setelah mengamalkan petua kecantikan menggunakan hampas kelapa ini. Jom semak!


PERKONGSIAN 1:  Sarifa Redzuan II

Okay, resipi yang cikgu nak berkongsi ini boleh digunakan sebagai scrub untuk muka dan seluruh badan.

Bahan-bahannya :

7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula biasa atau gula perang
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Tara dah siap!

Cara guna :

  1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan scrub muka atau badan
  2. Kalau mahu kesan lebih power boleh perah sedikit air limau kasturi @ atau lemon dan scrublah di badan dan muka.

  • Amalkan seminggu 2-3 kali.
  • Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak di campur air.

PERKONGSIAN 2 : Nur Hafizah Sharudin

HAMPAS BUKAN SEBARANG HAMPAS

IKLAN

Memandangkan kerja akak ni dok jaga pokok kelapa, ni akak nak kongsi sikit petua orang dulu-dulu.( errrr…..petua orang-orang lama macam akak ni …hik hik hik…)

Korang pernah tengok tak hampas kelapa? Hampas nyor kata orang Perak.

Masa zaman akak kecik-kecik dulu, selepas je mak akak habis perah kelapa untuk keluarkan santannya, hampas kelapa tu akak simpan… ( kadang-kadang bila mood akak rajin, atau kena paksa, baru akak tolong perahkan…hik hik hik)

Apa guna hampas kelapa ni?
Haaaaaaaaa…..ni yang akak nak bagitahu ni. Bagi yang ada ternakan seperti ayam ke….itik ke….hampas ni akan diberi sebagai makanan tambahan. Bukan main laju je dema-dema membalun hampas kelapa yang masih segar itu.

TAPI….. akak pulak akan gunakan hampas kelapa ini sebagai scrub untuk badan….
Hhhaaaaaa…..Best woo! Cer cuba! Selepas basahkan badan, ambik hampas kelapa tadi, tenyeh satu badan. Selepas itu, bilas dengan air. Perrrggghhh! Korang mesti rasa kulit badan korang licin dan segar. Tak caya? Cuba dulu…..

IKLAN

Ya la kan….Akak ni orang kampung, so akak guna je apa-apa bahan yang ada kat keliling kampung.


PERKONGSIAN 3 : Suzilawani Sidik

HAMPAS KELAPA BUANG DAKI KEPALA BABY

Semalam Sue botakkan kepala baby Aus. Pastu ada daki air di ubun-ubun kepalanya. Pastu teringat tips yang kak ipar Sue bagitau guna hampas kelapa untuk buang daki.

Caranya:
Ambik segenggam hampas kelapa dan letakkan dalam kain tuala kecil. Ikatkan dan boleh gosok kepala baby secara lembut pada tempat yang berdaki tu. Sambil tu ramas sikit kelapa tu bagi ia keluar sedikit air. Dalam masa tak sampai 5 minit daki tersebut akan hilang.

So jimat kan. Guna barangan yang ada kat dapur aje. Tak payah guna produk bagai. Selamat mencuba mommys.