Rozita Che Wan, atau dikenali juga sebagai Che Ta dikenali kerana penampilannya yang anggun dan gaya fesyennya yang menarik perhatian. Siapa sangka wanita yang dilahirkan pada 9 Disember 1973 ini bakal berusia 50 tahun.
Jika dilihat daripada penampilan dirinya, potongan bentuk badan dan kulit wajah, langsung tidak menampakkan usia sebenarnya. Sangat selektif dalam soal penjagaan kecantikan, Che Ta sering berkongsi tip kecantikan dan fesyen di media sosial, menjadikannya inspirasi kepada ramai peminatnya.
Rahsia Che Ta Kekal Langsing, Patutlah Nampak Awet Muda
Che Ta cukup terkenal dengan kerjaya dalam bidang seni hiburan, terutamanya sebagai seorang pelakon dan model. Selain daripada kerjaya seni hiburan, Che Ta juga dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya. Beliau telah melancarkan beberapa jenama fesyen dan kosmetik yang menjadi pilihan ramai.
Ibu jelita kepada tiga orang anak ini kekal langsing dan ‘bergetah.’ Ramai yang tertanya-tanya bagaimana pelakon Kiah Pekasam ini kekal kurus dengan berat badan ideal walaupun usia melewati 40-an.
Che Ta sebelum ini pernah memuat naik perkongsian di laman Instagramnya, rahsia menjaga tubuhnya dengan berat ideal. Rupa-rupanya, Che Ta rajin mengamalkan minum jus buahan yang dibuat sendiri. Jus ini menggunakan bahan semula jadi yang terdiri daripada buah-buahan.
Walau Nak Masuk Umur 50
Ini antara bahan yang digunakan oleh Che dalam penyediakan jus berkenaan.
– Epal hijau
– Beri hitam
– Kurma
– Delima
– Asam keping
– Sedikit air
Cara membuat:
1. Asam keping direbus bersama sedikit air.
2. Semua buah-buahan dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar dengan air.
3. Masukkan air rebus asam keping.
4. Sambung kisar sebuah bahan hingga halus dan sedia untuk diminum.
Menurut Che Ta dalam video berkenaan, khasiat kurma memberikan tenaga manakala asam keping pula untuk membuang lemak.
Manakala buah-buahan lain berfungsi menyahtoksin. Toksin menjadikan perut buncit sukar untuk dikempiskan. Tambahnya lagi jus tersebut mempunyai rasa seperti yogurt.
Kredit foto: Instagram byRCW (Che Ta)