Bungkusan Plastik Nak Simpannya Pun Kena Ada Cara. Barulah Tak Serabot Mata Memandang!

Share

Sakit mata juga bila kita lihat plastik-plastik makanan atau plastik barangan andai diletakkan secara tidak terurus di ruangan dapur. Memang nampak serabut digumpal-gumpal. Hendak dibuang terasa macam ada kegunaan lain pula di masa akan datang.

Jadi apa kata untuk menyimpan semua palstik-plastik ini, kita gunakan teknik lipatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Abylla Amjah ini. Semoga bermanfaat.

Tip Jimat Ruang Untuk Simpan Plastik

Step 1 : Plastik di lipat dua. 

 

Step 2 : Kemudian dilipat sekali lagi.

 

Step 3 :

Lipat bentuk segi tiga pada bahagian bawah dan lakukan hingga ke atas. 

Step 4 : Kemudian ambil bahagian tangkai plastik dan selitkan pada kawasan yang dibulatkan dengan warna pink ini. 

 

Step 5 : Sekali gus lipatan plastik terlipat kemas. 

 

Step 6: Akhir sekali letakkan satu bekas di dalam laci kabinet dapur. Simpan plastik yang siap dilipat tadi di dalam bekas tersebut. 

 

sumber : Abylla Amjah Via kelab kaki deko barang eco/mr. diy

IKLAN