Memiliki perkakasan memasak yang canggih tentunya dapat memudahkan urusan ibu di dapur untuk menyediakan pelbagai hidangan. Dan kali ini, seorang ibu ini berkongsi pengalamannya menyediakan kek hari jadi anaknya dengan menyediakan resipi Burnt Cheese Cake yang dimasak menggunakan Air Fryer dan hasil tekstur kek tersebut cukup lembut dan menjadi!

Jadi buat anda yang ingin mencuba resipi istimewa ini dan cukup mudah penyediaannya, di sini dikongsikan untuk manfaat bersama. Jom semak.


“Semalam (100320) sempena bday anak bujang sulung sy yg ke 12, gigih la sy mencari resepi buat burnt cheese cake (fav anak ni) guna airfryer sbb sy xde oven 😅. Jadinya cari pny cari jumpa resepi tu dan tak sangka hasil pertama kali buat tros cantik kejadiannya sampaikan bday boy mkn setgh dr kek tu 😅. Layan kan je laaa
Terima kasih pada si pemberi resepi. Mmg mudah dan sedap. Bwh ni sy sertakan blk resepi sy dan step2 utk buat Burnt Cheesecake Airfryer ni- Eikha Zakaria

Bahan-bahan:


Cream cheese 250g
Whipping cream 125ml
3 biji telur
1/2 cawan gula pasir halus
Tepung gandum 2sb
Esen vanila 1sk
Perahan lemon 1sb (optional) – saya tak letak pun 

Cara penyediaan:

IKLAN

1. Blend kan je semua bahan-bahan tadi satu per satu untuk dapatkan tekstur kek yang menarik. Mixer pun boleh je guna, tapi sebab saya malas nak basuh part2 mixer tu jadinya blender la cara paling senang. Dah ada benda senang buat apa nak susahkan. Hehe

Notakaki: Make sure blender korg tu bersih suci la dari segala bau Makcik2 segala bawang, geng-geng kunyit halia, para-para cili padi dan seangkatannya pulak. Kang dari nak jadi Burnt Cheesecake jadi Burnt Cheleecake plak kang 😂

IKLAN
2. Dh blend semua bahan2 td sila tuang dlm acuan yang korang nak guna
Saya guna loyang 6” sbb Airfryer saya xde la besar pun.
Notakaki: Sapukan seluruh dlm loyang tu dgn butter sikit utk tidak bg kek melekat sbb resepi ni mmg x pakai baking paper.

3. Pastu letak pelan-pelan dlm Airfryer.
4. Letak suhu 180𝕠
Masa 25-30 min (bergantung pada burnt yang korg nak dapatkan tu)
Sy memula buat 25min..pastu tengok macam tak cukup burn teros tambh lagi 5min
5. Tadaaa…hasil AF selama 30min. Biarkan sejuk suhu bilik untuk seketika sebelum keluarkan dari loyang
Jeng jeng jeng
Bangga hakak tengok hasil 1st time buat kek guna AF ni. Cantikkannnn 😍 (terpaksa puji diri sendiri 😁) Dah kuar cantik dari loyang tu, korg leh la sejukkan dalam peti ais untuk beberapa jam lagi utk mendapatkan tekstur kek yang lagi umpph 

Letak lilin letak topper HB jadila kek birthday anak sulung saya. Saya tak reti menghias jadinya simple is easy. Hehe Kalau korg nak hias dengan icing sugar pun boleh, nak letak strowberi ke, coklat potong-potong ke, terpulang la

Hasil potongan slice. Cantikkan?? Smooth je tekstur kek ni. Yg penting sedap. Makan sesejuk lagi sedap tauu

Meh sy kasi Zoom sikitt..
Ok dah. Tu je cite hari ni yang nak saya share. Jadinya sila la buat pada penggemar-penggemar Burnt Cheesecake ni. Memang mudah dan sedap. Tak tipu
SELAMAT MENCUBA.