Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Cadar putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Sebelum ada yang berfikir untuk membuang perabot lama, apa kata anda fikir-fikirkan dahulu untuk memberi ilham dan nafas baharu pada penggunaan perabot lama tersebut. Ini sebagaimana perkongsian idea kreatif daripada Che Puteh Osman ini apabila melakukan pengubahusuaian meja lama menjadi kerusi ala-ala ottoman yang menarik dan praktikal.
Nak tahu langkah-langkah yang dilakukan, ikuti perkongsiannya di sini.
Projek cari penyakit versi tak ingat ke berapa dah. Minggu lepas saya cuba nak beri wajah baru pada meja sisi Lack yang saya beli dari IKEA hampir 8 tahun lalu.
Mejanya pun dah tak berapa elok. Saya godek-godek kain lama, ada lebihan kain yang saya guna dulu. Beli paku payung dan span untuk perabot. Lebih tebal dan kenyal banding span biasa. Bolehlah ‘repurpose’ semula meja ini.
Langkah pertama : Tanggalkan kaki meja.
Langkah ke dua : Ambil kain dan tebarkan dan letakkan span yang diukur mengikut saiz meja ditengah-tengah lain. Kemudian letakkan meja seperti di dalam gambar.
Langkah ke tiga: Paku kemas menggunakan paku payung.
Langkah ke empat : Tinggalkan bahagian bucu seperti ini.
Tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa bila mana anak yang dididik dan ditatang bagai minyak yang penuh sudah berjaya. Malah, penceraian antara ibu dan ayah bukan penghalang untuk anak-anak tidak boleh berjaya. Itu yang berjaya dibuktikan oleh kedua pelakon ini yang sentiasa bekerjasa dalam membesarkan anak-anak meskipun telah berpisah
Pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi baru-baru ini begitu teruja meraikan anak sulung mereka, Mohamed Danish Hakim di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 peringkat Negeri Selangor hari ini.
Berkongsi berita gembira itu di laman instagramnya, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 41, anaknya diraikan kali ketiga dalam majlis penganugerahan itu.
“Mohamed Danish Hakim Al Hafiz dan sahabatnya telah berjaya menghafal al-Quran diraikan lagi hari ini di peringkat Negeri Selangor.
“Alhamdulillah. Murah rezeki anak-anak ini. Tiga kali dah diraikan termasuk kali ini. Syukur, Terima Kasih ALLAH untuk segala nikmat dan rezeki yang telah dikurniakan,” katanya.
Hadir bersama Norman dalam majlis tersebut, Abby menerusi kapsyennya memberitahu suaminya, Jaiezzany dan isteri kepada Norman, Memey Suhaiza ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan.
“Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga. Apa yg penting kerjasama hehe,” Tulis Abby.
Menurut Abby, anaknya Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan pada hari tersebut. Kali ini Peringkat Negeri Selangor pula.
“Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia,”ujarnya.
Perkongsian tersebut mendapat komen dari netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan syuur selain mendoakan kebahagian kepada kedua-dua keluarga berkenaan.
Boleh dikatakan setiap rumah tentu ada menggunakan bateri untuk alatan elektronik berfungsi dengan baik. Sama ada gunakan bateri untuk jam dinding, alat kawalan jauh, kereta mainan anak-anak dan sebagainya.
Pun begitu, menjadi kebiasaan bateri yang difikirkan sudah ‘lemau’ kurang ‘power’ tidak dibuang begitu sahaja, bahkan masih tetap disimpan dengan harapan boleh digunakan kembali. Bahkan sering juga terjadi tercampur antara bateri lama dan baru, maklumlah diletakkan di dalam satu tempat yang sama.
Bila alatan tidak dapat berfungsi atau contohnya tiba-tiba jam dinding ‘mati’ mula lah mencari bateri yang ada dan dicuba satu persatu bateri yang ada untuk lihat bateri mana yang masih elok.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya ada cara paling mudah untuk anda pastikan bateri mana satu yang ada ‘power’ antara banyak-banyak bateri yang telah disimpan itu. Caranya mudah sebagaimana perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @jason_jezi.
Hanya dengan melihat lantunan bateri yang dijatuhkan ke atas permukaan rata sudah dapat ditentukan mana satu yang ada ‘power’ atau sebaliknya. Sekelip mata sahaja usaha ini, kita sudah tahu keputusan bateri mana yang masih boleh digunakan berbanding check satu persatu yang tentunya mengambi masa yang panjang. Ikut nasib, kadang-kadang cepat ada masa lambat.
Terangnya di dalam perkongsian video tersebut, bateri yang mempunyai kuasa akan kekal pada kedudukan menegak manakala yang tidak ada power akan melantun tinggi dan kedudukannya tidak stabil.
Untuk lebih mudah faham bagi membezakan bateri yang ‘power’ atau ‘kosong’ boleh lihat video ini.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.