“Cantik, Bersih & kemas. Teruja Tengok.” Wanita Ni Transform Rumah Kampung Jadi Ala Kondo Buat Ramai Kagum!

Share

Luaran nampak biasa sahaja , namun melangkah kaki ke dalam mata terpegun dengan susun atur dan pilihan tema yang cukup menarik diterjemahkan oleh pemilik kediaman ini , puan Yanie Shafiin.

Hi semua..just sharing my humble kitchen…rumah kampung, sebelum n selepas..Semua bentuk asal dikekalkan, cuma dinding luar bahagian dapur jer terpaksa ditukar kerana papan sedia ada terlampau teruk.

Selepas makeover inilah hasilnya. Sangat superb. Cantik, bersih dan susunan begitu kemas serta menarik. Itulah yang boleh diungkapkan apabila melihat dekorasi kediaman ini. Siapa sangka dapur rumah kampung yang biasa sahaja luarannya berubah ala-ala kondo di dalamnya. Jangan limitkan rumah kampung kononnya tak boleh buat deko ala-ala rumah moden. Janji kreatif dan bijak menyusun atur kedudukan perabot di dalamnya. Selain itu, pemilihan cat yang sesuai serta hiasan turut memainkan peranan.Semoga  dapat menjadi inspirasi untuk anda yang ada rumah kampung tapi tak ada idea nak deko macam mana.

IKLAN