Telur diakui cukup banyak sekali digunakan dalam kehidupan harian kita. Sama ada untuk penyediaan hidangan yang menyelerakan malah bermanfaat untuk menjaga kesihatan hatta untuk tujuan penjangaan kecantikan sekali pun.

Antara kebaikkan putih telur yang diketahui umum adalah seperti berikut :

1. Menghilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata

Lingkaran hitam di bawah mata yang muncul disebabkan kurang tidur boleh dihilangkan dengan putih telur. Caranya mudah sahaja, pukul putih telur dan sapukan pada bawah mata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan, anda boleh menambah hirisan timun dan letak di mata anda untuk kesan yang lebih berganda.

2. Melembutkan Kulit Wajah & Kecilkan Pori

Kandungan protein yang terdapat pada putih telur memiliki khasiat dalam membantu melembutkan kulit wajah serta mengecilkan pori-pori. Campur putih telur dan yogurt, kemudian aplikasikan sebagai maskar. Manakala untuk menghilangkan jerawat pula, ambil putih telur tersebut, sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit sehingga ia kering. Setelah itu bilas sehingga bersih. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

3. Terbaik Untuk Rambut

Putih telur boleh menambah volume rambut agar menjadi lebih tebal dan juga mencegah rambut anda daripada rosak. Caranya mudah, basahkan rambut dengan air, kemudian sapukan putih telur pada rambut hingga ke kulit kepala sehingga rata. Urut lembut dan biarkan selama sejam sebelum dibersihkan dengan air sejuk. Untuk menghilangkan bau hanyir tersebut, adan boleh gunakan syampu ketika mencucinya.

 

IKLAN

Selain itu juga, melalui perkongsian daripada Muka Cantik byKakYa di akaun fbnya dan turut berkongsi cara bagaimana untuk menghasilkan masker bagi menghilangkan bintik hitam dan jeragat. Nak tahu lanjut, jom semak.


Menghilangkan bintik hitam

Cara-cara buat masker hilangkan bintik hitam atau jeragat secara tradisional dengan bahan-bahan semula jadi dan sedia ada di rumah.

Cantik Dengan Putih Telur. Ibu2 Boleh Sangatlah Amalkan!

Bahan-bahan:

IKLAN

kunyit hidup
beras yang direndam
air limau nipis
putih telur

Cara buat :

  1. Beras dan kunyit perlu ditumbuk sehingga lumat.
  2. Kemudian perah limau nipis dan masukkan putih telur.

Cantik Dengan Putih Telur. Ibu2 Boleh Sangatlah Amalkan!

Adunan yg telah siap! ready untuk disapu di muka dan tunggu sehingga kering. Bila dah kering, bilas dgn air suam..ingat air suam tau untuk mengekalkan kelembapan kulit.


 

IKLAN

Melicinkan wajah

Manakala petua yang dikongsi oleh  Adrizq Radiance Serum dalam penjagaan kecantikan dengan menggunakan telur lebih kepada bertujuan untuk melicinkan wajah. Ini katanya.

“Assalamualaikum. Sapa pernah buat petua ni untuk Licinkan kulit wajah. Cara dia mudah jer. Hanya guna putih telur.

(Telur kuning tu jangan buang buat goreng kepit dalam roti with mayo & sayur pun bagus. Lagi pun telur kuning bagus untuk kesihatan jantung.)

Cantik Dengan Putih Telur. Ibu2 Boleh Sangatlah Amalkan!

Okay putih telur tu sapu kat seluruh wajah. Biarkan kering selama 1 jam. Time ni kalau boleh toksah dok cakap..diam jer tau Selepas 1 jam boleh lah basuh muka. Nak guna air suam atau air biasa pun boleh. Buat 2 kali seminggu Best sangat boleh licinkan kulit muka. Tak caya kena buat. ”

Sumber : Adrizq Radiance Serum

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI