Usai memilih untuk berhijrah dan mengenakan hijab, penampilan Datin Lisa Surihani sering meraih perhatian ramai.
Setiap kali tampil di khalayak, walaupun kurang mengenakan makeup dan mengenakan tudung yang simple, namun tetap kelihatan cantik.
Terbaru, menerusi akaun Instagram muliknya, isteri kesayangan Dato Yusry ini memuatnaik beberapa gambar ketika berada di sebuah pusat jagaan orang-orang tua.
Difahamkan kehadiran Lisa di lokasi berkenaan adalah untuk melakukan shooting bagi sebuah rancangan program amal.
Lisa berkongsi cerita mengenai kehidupan harian warga emas di sana. Selain itu, dia juga turut membantu mengemas bilik tidur di pusat jagaan tersebut.
Ads
“lsBismillah. Semlm saya dan Iman Muda Hassan Adli shoot utk satu episode rancangan Jejak 3 (sebuah program amal) di mana saya dapat peluang utk melawat Pusat Jagaan Al Fikrah di Kajang. Di sana, saya bersama team Jejak 3, berkolaborasi dgn NGO dan 8 orang sukarelawan yang teramat baik menyantuni penghuni penghuni di sana serta membuat sedikit kemas kemas di bilik tdur mereka. Ayahanda dan ibunda di sana semua ramah mesra.
“Penjaga di sana juga menjaga mereka dgn amat baik sekali. Selain daripada menjaga mereka setiap hari, mereka juga pastikan membawa penghuni utk appointment doctor di klinik dan hospital. MasyaAllah. Setiap hari ada mengaji. Belajar agama. Asatizah dtg melawat mereka mengajar tentang Islam. Sembahyang jemaah sama2 setiap waktu solat. MasyaAllah.
“🥹🥹🥹 Ya Allah , permudahkan lah segala urusan mereka. Lawatlah mereka. Luangkan sedikit masa. Dngar cerita mereka. Dngar luahan mereka. Tolong penjaga di sana dgn memberikan sumbangan utk membantu maintain dan mempermudahkan mereka utk menjaga Ayahanda dan Ibunda sana.
Perkongsian itu telah menarik perhatian ramai peminatnya. Lebih-lebih lagi penampilan dalam gambar tersebut.
Ads
Dia mengenakan seluar jeans longgar dan bertudung sarung sahaja. Namun aura cantik dan menawan membuatkan ramai yang memujinya tampak begitu manis sekali.
kaiyisah Mashallah Tabarakallah to have been given this rezeki from Allah to use your platform for amal jariah Subhanallah. Truly Allah has blessed you sister I’m so happy for you 🥲🤲🏻❤️
izrienna I adore you so much ❤️ semoga terus istiqamah. I love youuu
tyratrisyia Aku suka artis ni. Lisa n miss nina. Aku mengharapkan lisa dan miss nina berhijrah dan aku hrpkn lisa dahulu pd aku lisa tak seseksi miss nina dan mungkin miss nina tak akn berhijrah tp Allah bg hidayah pd miss nina dahulu. Hidayah milik Allah. Alhamdulillah kini lisa pula. Istiqomah benda yg plg mahal. Suka tgk 2 idola ini. Moga menjadi contoh
noor.faizahs Suka sangat penampilan lisa mcm ni..sopan je
Tidak dinafikan semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Memang benar tugas mengasuh dan mendidik tidak pernah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab dan hormat-menghormati.
Sebagaimana perkongsian cikgu ini, menjelaskan bagaimana petingnya mendidik anak sikap bertanggungjawab dalam hidup termasuk sikap berterus terang untuk mengelak anasir negatif dalam hidup anak.
Ikuti perkongsian ini.
Wow terkejut saya bila dapat screenshot ini. Seorang anak memohon izin untuk menonton filem. Filem adaptasi kartun jer. Dora and Lost City of Gold. Tapi anak Ini masih menghormati ibunya.
Benda simple, hanya Nak tonton sahaja tetapi dia sangat percaya pada ibunya. Cuba lihat anak-anak kita, adakah hendak tonton satu-satu filem, drama atau kartun perlu pengesahan dari kita? Saya rasa tak kot.
Saya yakin dan percaya Puan Raudzah Arippin telah didik anaknya Widaad dari awal lagi. Cikgu Ini Kongsikan 5 Cara Didik Anak Sikap Suka Berbincang Sebelum buat Keputusan.
DIDIK ANAK SIKAP TANGGUNGJAWAB
Saya Kongsikan 5 perkara cara awal ajar anak untuk bertanggungjawab seperti Widaad.
1. Ajar minta izin
Anak-anak perlu ditekankan mengenai mohon keizinan. Tak kisah nak minta barang atau nak buat sesuatu. Janji minta izin. Biasakan anak-anak mohon keizinan jika barang itu bukan hak kepunyaan kita.
Sebelum nak ajar anak-anak mohon izin, kita sebagai ibu ayah juga perlu mohon izin jika nak ambil barang anak, masuk bilik anak atau pinjam barang anak.
Bila kita mohon izin pada anak, anak-anak sendiri akan ikut contoh kita sebagai ibu ayah dalam berkomunikasi.
2. Berikan kepercayaan
Kita biasa melarang anak buat sesuatu. Kita takut dan risau jika beri kesan yang buruk kepada anak. Itu sangkaan kita.
Sebenarnya anak-anak kita hendak mencuba sesuatu benda yang baru. Walaupun benda baru itu kita dah lalui. Bagi saya biar mereka lalui dengan seliaan dan kepercayaan kita.
Dari situ jika ada baik buruk, kita terangkan dan rasional kan mengapa boleh, mengapa tak boleh. Anak-anak ini bila dia hadapi kesan buruk ada seperti sakit barulah mereka faham.
3. Raikan minat anak
Anak-anak kita ada minat masing-masing. Ibu ayah berperanan cari dan cungkil minat anak. Selami minat anak dan tunjukkan bersama dalam minat anak.
Sampai satu masa, si anak akan ada persoalan terhadap minat dia. Maka mereka akan tahu ibu ayahnya tempat rujuk. Sebab itu jangan sesekali nafikan minat anak atau paksa anak supaya meminati minat kita. Padah akan menjelma.
4. Jadikan rakan sembang
Tadi saya ada tuliskan, ibu ayah perlu menyelami minat anak. Kesannya anak akan tanya soalan kepada kita. Pelbagai persoalan akan dihujani. Lebih banyak komunikasi maka kita akan lebih rapat dengan anak.
Jangan harapkan anak sahaja bertanya. Sesekali kita perlu turunkan IQ kita. Tanya anak tu, kenapa begini hadi begini. Ini adalah untuk latih anak-anak agar berani menyatakan sesuatu dan yakin diri.
Percayalah bila kita dan anak selalu menyembang. Pertalian kita dan anak lebih dari seorang sahabat.
5. Percepatkan permohonan anak.
Seperti Puan Raudzah ini, beliau menunjukkan minat dan berusaha akan menonton dahulu filem Dora sebelum memberi keizinan anaknya menonton.
Maka bila Puan Raudzah sahut permintaan anaknya dan berikan respon secepat mungkin secara tak langsung anaknya sangat percayainya. Saya yakin selepas ini apa sahaja anaknya ingin tonton, pasti keizinan itu di minta dan di respon oleh ibunya.
Secara tak langsung anak akan percaya si ibu. Bayangkan jika Puan ini lambat-lambat respon atau tak respon langsung. Rasa-rasa dengan siapa si anak akan rujuk? Pasti kawan-kawan atau orang yang kita tak kenali latar belakangnya.
Tahniah kepada Puan Raudzah Arippin kerana berjaya groom anak sehingga jadikan puan sebagai rakan karib paling dipercayai.
Ibu ayah,
Sahutlah hasrat anak-anak. Setiap apa hasrat anak-anak kita sahut dengan berhemah dan berhikmah. Jangan terus larang atau menafikan. Cari baik buruk dan rasionalkan. Anak-anak kita sedang belajar, dan kitalah gurunya.
Semoga bermanfaat, Hujung minggu ini nak bawa anak tengok wayang cerita apa?
Seorang bayi perempuan maut dilanggar bas sekolah dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari.
“Siasatan mendapati mangsa berumur setahun empat bulan mengekori kakaknya keluar dari rumah untuk pergi ke bas sekolah di hadapan rumahnya, tanpa disedari oleh kakak mangsa.
“Pemandu bas berkenaan kemudian menyedari bas yang dipandu telah melanggar sesuatu dan mendapati mangsa berada di bawah bas tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian di badan.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Salak dan disahkan meninggal dunia.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
“Pemandu bas merupakan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Saat mahu melahirkan anak, hanya Tuhan yang tahu akan keperitan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh sang ibu. Menahan sakit selama 9 bulan dan kini apabila tiba masa melahirkan umpama nyawa dihujung tanduk.
Jika kelahiran itu berjalan lancar maka tidak akan mengambil masa yang lama, namun jika ia mengalami komplikasi, nyawa ibu dan anak jadi taruhan. Kerana itu, suami harus menghargai jasa dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda.
Jika berpeluang, temani isteri di labour room untuk sama-sama memberi sokongan dan menyaksikan sendiri kepayahan yang terpaksa ditempuhi oleh isteri anda. Apa sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami. Jom baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir .
“Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room”.
Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini.
Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang – tenang je masuk labour room.
Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial – kial nak isi buku pelawat. Tiba – tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain – lain. Pengawal tu pun dah pandang semacam je.
Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala – ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. “Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit”, kata saya kepada diri sendiri. Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room.
Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada.
“Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang”, kata isteriku sambil tersenyum manis. 3 kali dah saya di sini. 3 kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada.
Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang Doktor pelatih lelaki. Awal – awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak Doktor perempuan sahaja. “Boleh, jangan bimbang” katanya.
Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar.
“Puan nak makan ubat tahan sakit tak?”, soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. Kami pun macam terpinga – pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby ok dan bukaan baru 4cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu.
Sambil berbual – bual, saya urut – urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar – sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu.
Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya “contraction” isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit.
Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa – apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila “contraction” itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati.
Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang Doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5cm katenye. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas Doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik.
“Eh, dah boleh dah ni. 8cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?”. Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba – tiba masuk dua orang Doktor Pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu.
Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-
1. Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.
2. Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.
3. Jangan teran sikit – sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.
4. Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama – lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut – sangkut.
5. Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.
6. Set masa bila nak buat “final push”. Masa ni ialah masa untuk teran habis – habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.
Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya “nak potong apa? Jangan !”. Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby.
Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam – dalam dan bersama dengan saya, kami sama – sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh.
Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde ape – ape, tapi sebenarnya amat membantu isteri.
Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali – kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat.
Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah – muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit.
Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga – bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe..
Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin.
1. Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.
2. Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.
3. Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam – jam menunggu.
4. Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.
5. Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.
6. Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.
Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini.
Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh.
Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.
Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE.
Jemput follow saya ?Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa.