Cantik Sungguh Kejadian Puding Koktel Ni, Begini Rupanya Cara Buatnya!

Dari mata turun ke hati, boleh jatuh cinta dibuatnya dengan melihat puding koktel ini. Apatah lagi jika dapat menikmati rasanya.

Jadi buat sesiapa yang teringin dan teruja nak tunjuk skill kepada ahli keluarga bolehlah mencuba untuk buat sendiri puding koktel ini. Mesti dapat pujian dan sekali gus buat anak-anak tidak sabar menikmatinya.

 

 

Malah menarik juga jika dijadikan antara menu istimewa untuk merai tetamu di Aidil Fitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Resipi boleh ikut seperti yang telah dikongsikan oleh puan Mufidah Abdul Hadi Alyunusi ini.

Cantik Sungguh Kejadian Puding Koktel Ni, Begini Rupanya Cara Buatnya!

Puding Koktel

Bahan-bahannya:

18 g agar-agar bertali – direndam 1/2 jam dan kemudian ditoskan

4 cawan (1 liter) air (atau air pandan)

2 cawan (500 ml) susu cair

1 cawan gula (boleh kurangkan)

IKLAN

1 sudu teh serbuk koko

Sedikit pewarna hijau

Sedikit pes pandan (optional – tak nak gunapun tak apa)

Lebih kurang 1 cawan buah-buahan koktel dalam tin – ditoskan sirapnya

Esen vanila (jika tidak menggunakan air atau esen pandan)

 

 

Cara membuatnya:

IKLAN

1.Satukan air (atau air pandan) dan agar-agar dan masak sehingga agar-agar larut. Masukkan susu cair, gula dan vanila (jika menggunakannya). Masak atas api sederhana sambil dikacau selalu sehingga mendidih. Angkat.

2.Tapis adunan tadi dan asingkan lebih kurang 1 – 1 1/4 cawan adunan. Campurkan serbuk koko ke dalam adunan yang masih panas ini dan kacau hingga larut. Jika sukar larut, masak sebentar sambil dikacau hingga koko larut. Ketepikan.

3.Asingkan pula 2 1/2 cawan adunan dan ketepikan. (Biarkan adunan ini berwarna putih)

4.Baki adunan di dalam periuk dicampur dengan pes pandan (jika suka) dan pewarna hijau. Kacau hingga sebati.

5.Tuang 1/2 dari adunan berwarna hijau ke dalam acuan berukuran 7 inci. Ketepikan hingga mengeras.

6.Bila adunan hijau telah mengeras, tuangkan pula 1/2 adunan coklat di atasnya. Ketepikan lagi hingga mengeras.

7.Bila adunan kedua telah mengeras, tuangkan kesemua adunan putih di atasnya (kalau adunan putih sudah sejuk atau mengeras, panaskan dulu sehingga cair semula baru dituangkan atas lapisan kedua).

8.Taburkan buah-buahan koktel ke dalam adunan putih. Jika ada potongan buah yang agak besar, potong dahulu kepada saiz yang lebih kecil. Ketepikan hingga mengeras.

9.Panaskan baki adunan koko dan tuangkan ke atas adunan putih yang telah keras tadi. Bila lapisan ke empat ini telah mengeras, panaskan baki adunan hijau dan tuang ke atasnya.

IKLAN

10.Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Cantik Sungguh Kejadian Puding Koktel Ni, Begini Rupanya Cara Buatnya!

Nota:

Untuk mendapatkan lapisan yang lekat elok antara satu sama lain, sebelum curahkan lapisan yang baru panaskan dulu adunan tersebut. Kemudian baru curahkan.

Selamat Mencuba!

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Cantik Sungguh Kejadian Puding Koktel Ni, Begini Rupanya Cara Buatnya!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI