Selepas setahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, pasangan pelakon, Nad Zainal dan Ungku Ismail diraikan dalam sebuah majlis persandingan.
Menerusi Instagramnya, Nad dan Ungku Ismail memuat naik beberapa momen indah ketika majlis yang berlangsung semalam.
Nad dan Ungku kelihatan cukup anggun dan kacak bila mana memilih tema Melayu Klasik untuk majlis persandingan mereka.
Keduanya tampil mengenakan persalinan busana pengantin songket berona emas ketika berarak menuju ke pelaminan. Cantik dan cukup sempurna.
Ads
Tambah Nad lagi, perancangan untuk mengadakan majlis resepsinya itu telah pun diatur sejak Julai tahun lalu.
“Rancang dari 23 Julai 2023. Akhirnya jadi (terlaksana) pada 24 Februari 2024,” kongsi Nad.
Turut kelihatan berada di atas pelamin ketika pasangan itu bersanding, adalah dua orang cahaya mata Nad, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2 tahun, hasil perkahwinannya pertama bersama bekas suami.
Ads
Fahad dan Kalsom turut sama mengenakan persalinan tradisional berona coklat. Comel sekali. Malah keduanya tak ketinggalan untuk bersanding bersama ibu dan ayahnya.
Nad dan Ungku sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga l di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 23 Januari tahun lalu. Nad bagaimanapun mengumumkan perkara itu selepas seminggu berkahwin pada 29 Januari 2023.
Apabila tiba musim cuti sekolah tentu ibu bapa merancang pelbagai percutian buat anak-anak. Penting ni tau untuk anak-anak. Jika alasan tak ada bajet, kena lah menabung untuk semua ini. Ini kerana bila bawa anak pergi bercuti pelbagai manfaat yang anak-anak dapat.
Jom ikuti perkongsian ibu ini Zainurulazwa Zakaria mengenai kenapa kena bawa anak pergi bercuti.
6 SEBAB SAINTIFIK MENGAPA PERLU BAWA ANAK BERCUTI.
Bawa anak & keluarga pergi bercuti ni perlukan komitmen juga. Tambah anak kecil-kecil, renyah. Kalau bukan kaki jalan, memang konfem x bawa anak berjalan.
Tapi sebolehnya, as parents perlu juga usaha bawa anak-anak bercuti at least SETAHUN SEKALI. Jangan tak tahu, disamping erat hubungan keluarga, ada sebab santifik tau mengapa perlu bawa anak-anak anda bercuti!
1. DAPAT MENCIPTA MEMORI INDAH ZAMAN KANAK-KANAK
Ada kajian oleh Holiday Association di United Kingdom, majoriti respondent bersetuju memori terindah zaman kanak-kanak mereka adalah sewaktu pergi bercuti dengan ahli keluarga.
Alaa anak sekejap je dah besar, kalau tak bawa anak bercuti sekarang, sikit lagi depa dah besar, masuk asrama, kerja & berkahwin.
Alangkah rugi jika anak-anak tiada kenangan indah zaman kanak-kanak.
2. MENGASAH KEMAHIRAN BERFIKIR ANAK-ANAK
Tahu tak, aktiviti ketika bercuti boleh aktifkan beberapa bahagian penting dalam otak anak.
Seperti contoh, aktiviti bina istana pasir, berenang di kolam, berlari-lari di pantai boleh rangsang pemikiran BERMAIN ‘ play system’. Ini sangat penting dalam memperkasakan kebolehan berfikir dan bermain secara bebas.
3. MELAHIRKAN ANAK BER’IQ’ TINGGI
Kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai persikataran mempunyai IQ yang lebih tinggi berbanding yang hanya terperuk di rumah.
Kepelbagaian persekitaran ini akan memberi sumber interaksi dari segi fizikal, sosial & pemikiran pada anak-anak.
Bercuti dikatakan dapat mengasah konsentrasi, menajamkan pemerhatian dan kemahiran untuk belajar.
4. MENINGKATKAN KESIHATAN FIZIKAL ANAK-ANAK
Perasan tak apabila kita membawa orang yang sakit keluar berjalan atau bersiar, mood dan kesihatan nya bertambah baik.
Ini juga yang terjadi pada anak kecil. Keluar dari rutin yang sama, persekitaran yang sama sekali sekali buatkan mood anak lebih ceria, menenangkan minda seterusnya fizikal turut lebih sihat
5. BANTU KURANGKAN HYPER ACTIVE
Kanak-kanak yang di diagnose ADHD seharusnya lebih kerap dibawa ke tempat semulajadi yang hijau.
Kerana persekitaran hijau ni dapat bantu anak lebih fokus, buat anak lebih tenang dan dapat kurangkan tantrum.
Jadi boleh selalu lah plan ke Cameron Highlands ke, janda baik ke atau mana-mana tempat yang serba hijau okey.
6. BUAT ANAK LEBIH POSITIF & GEMBIRA
Selain buatkan family bonding lebih rapat dan akrab, anak-anak pasti lebih gembira. Emosi nya lebih terjaga buatkan anak jadi lebih positif kerana bila kita dalam mood gembira, pelbagai hormon gembira akan terembes.
Bercuti juga salah satu cara paling baik untuk kurangkan ketagihan gajet.
Sebab terakhir adalah kerana kita SEMEMANGNYA BOLEH!
Berhenti beralasan tak cukup duit, tak cukup masa dan sebagai nya. Kerana travel tak semestinya perlukan semua ini. Banyak je percutian bajet dan tips travel sekarang semua di hujung jari.
Setiap hari asyik hadap je kerja pejabat, kerja rumah, ia memang tak kan pernah habis.
Bak kata bijak pandai:
“Waktu muda, kita banyak masa, banyak tenaga, tapi takde duit.
Dah ade duit sikit, masa pulak takde.
Dah tua, masa banyak dan duit pun banyak. Tapi tenaga pulak tiada”
Jadi jom kita hargai apa yang ada dan buat sebaiknya,
Cikjai.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila orang yang disayangi pergi buat selama-lamanya. Lebih memilukan apabila melihat wajah anak-anak yang masih kecil yang tidak mengetahui apa yang berlaku.
Namun siapa kita yang mampu menolak takdirNya. Demikian juga yang berlaku apabila pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya, semalam.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, Muhammad Hamadi Zakaria dan isterinya, Nur Syuhadah Zaini, masing-masing berusia 31 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.
Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi Honda CBR 500R dinaiki pasangan ini tidak sempat mengelak dua motosikal bergesel di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Mangsa gagal mengelak dua motosikal jenis Yamaha LC135 dan Suzuki Axelo yang bergesel di tengah jalan lorong motosikal berkenaan. Dua lagi penunggang motosikal yang parah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut. Mereka yang parah dikenali sebagai Mohd Saad Ismail, 45, dan Sainuddin Sukur, 51.
Menurut Fatimah Mohd Yatim, 60 ibu kepada Nur Syuhadah Zaini, pasangan ini juga telah mengambil cuti untuk menghantar ibu bapa mentua mereka mengerjakan haji.
“DIA dan suami mengambil cuti esok untuk menghantar ibu bapa mentuanya ke Kompleks TH (Tabung Haji) di Sepang, tak sangka hajat mereka itu tak kesampaian,” kata Fatimah Mohd Yatim,60.
“Saya terkejut apabila dihubungi polis menggunakan nombor telefon Hamadi mengatakan bahawa anak dan menantunya maut dalam kemalangan.
“Kali terakhir saya bertemu dengan Syuhadah adalah semalam ketika bersarapan pagi bersama dengannya, namun dia tidak menunjukkan sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya semalam.
Menurutnya lagi, pasangan itu tinggal di Seksyen 19 bersama dua anak perempuan mereka iaitu Hana Safiyyah, 6, dan Hani Safina, 2.
“Anak mereka seolah-olah faham dengan apa yang berlaku, namun masih dalam keadaan kebingungan.
“Patutlah perasaan saya berdebar-debar sejak daripada semalam dan tidak sangka sebenarnya itu adalah petanda dia dan menantu akan pergi selamanya,” katanya.
Sementara itu, Ibu kepada Muhammad Hamadi, Halimah Mohd Isa, 60-an, kelihatan sugul dan menitiskan air mata di surau manakala suaminya Zakaria Tajudin, 60-an, sesekali dilihat mengesat air mata.
Zakaria ketika ditemui berkata, segala yang terjadi itu adalah ketentuan Yang Maha Esa. Jelasnya, anak dan menantunya menaiki motosikal setiap hari ke tempat kerja.
“Terlalu sedih namun saya sekeluarga reda dengan kemalangan yang mengorbankan nyawa anak dan menantu.
“Saya dan isteri akan berangkat mengerjakan ibadah haji, esok (hari ini) dan kedua-dua mereka sudah merancang untuk menghantar kami ke Kompleks Tabung Haji (TH), namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya,” katanya.
Jenazah pasangan ini dikebumikan bersebelahan di antara satu sama lain. Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara serta kenalan kedua-dua pasangan berkenaan menghadiri upacara pengebumian itu.
Lebih menyayat hati, kedua-dua cahaya mata pasangan itu, Hana Safiyyah, 6 dan Hana Safina, turut hadir mengiringi jenazah kedua-dua insan tersayang mereka ke tanah perkuburan.
Anak kecil itu dipangku datuk serta ahli keluarga lain dan reaksi wajah mereka seolah-oleh mengerti bahawa tiada lagi tempat mengadu serta bermanja.
Tular video yang memaparkan wajah tegas Dato’ Sri Siti Nurhaliza di belakang pentas beberapa saat sebelum membuat kemunculan di pentas konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza.
Video pendek itu telah membuatkan pelbagai spekulasi mengenai dirinya yang tidak sedap didengar. Untuk mengelak salah faham, menerusi hantaran Instagram miliknya, beliau menjelaskan ia adalah salah satu prosedur yang wajib diteliti sebelum persembahan bermula.
Suasana di belakang pentas ada 1001 cerita, hanya mereka yang bekerja sahaja yang mengetahui setiap debar memberikan yang terbaik, mengejar masa, memastikan semuanya tepat masa dan tentunya mahu semua hal teknikal berjalan sempurna.
Saya tak sangka pula, momen belakang pentas yang disiarkan dalam Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza mendapat perhatian dan dijadikan berita serta dikongsikan, ada yang kata saya marah (reaksi dan mimik muka dalam video tersebut tanpa suara).
Bila baca komen, alaaa..janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun, tu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat je LED tu akan terbuka dan saya kena menyanyi.
Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tak on atau dibuka. Ear monitor ini sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar suara dan muzik.
Saya muat naik video sebenar supaya tiada spekulasi lagi, saya pun benarkan video tersebut disiarkan dalam siaran Astro sebab saya tahu, ada peminat mahu menonton situasi di belakang pentas. Saya tak marah pun, itu nada suara saya yang mahu memastikan ear monitor saya dibuka dengan segera…dan berjalan secara profesional ke depan pentas, terus menghayati dan menghiburkan penonton.
Setiap persembahan dan konsert ada cabaran dan pengalaman, kena cekap dan pantas menangani. Saya sendiri ada bermacam-macam pengalaman di belakang pentas dalam konsert-konsert sebelum ini.
Ok..dah.dah..takde apa pun kan..chil
TOK TIK SHARE VIDEO PAPARKAN SITUASI SEBENAR
Beliau juga memuat naik video yang memaparkan situasi sebenar di belakang pentas untuk mengelak kekeliruan dikalangan peminatnya.
Sementara itu, para peminatnya turut menyokong cara penyanyi tersohor ini. Malah ada yang teruja melihat ‘comel’ kesayangan mereka. Antara komen peminatnya adalah
“Ya Allah kenapa marah pun rasa lemak merduuuu..”
“Mcmni marah? Please marah lagi. I rela..”
“ni clear. cuak bkn marah lah. gila sapa x cuak weh konsert besar kot…”
“Biasalah tu. kita ni nk masak rendang pun mal dah tnya SANTAN DA BELI LUMMM…apatah lg ni konsert berskala besar..”