Bak kata orang dulu, mulut ibu tu masin. Ia dikatakan mendoakan buat anak. Jadi jangan main sebut je perkara yang tidak elok untuk anak. Sebab tu, jika orang dulu-dulu, marah anak akan kata, “bertuahnya anak!”
Nyata pelbagai cabaran apabila bergelar ibu bapa. Salah satunya ialah cabaran dalam mendidik anak-anak. Kadang-kala, karenah anak-anak membuatkan kita hilang sabar sehingga melontar kata-kata agak kasar kepada anak. Perkongsian puan Effy Sueffy bermanfaat dijadikan panduan. Moga kita muhasabah diri dalam mendidik anak.
Gambar hiasan
Musim cuti macam sekarang, anak-anak meriahlah kat rumah. Berkumpul pulak adik-beradik. Banyaklah ragam masing-masing, kan?
Mak-mak masa macam ni, ramailah yang cakap diri jadi naga, harimau, singa semua.
Itu mak. Kalau ayahnya agak bertukar jadi t-rex kot. Huhu.
Apa pun, dalam kita melepaskan rasa geram dek banyaknya ragam anak-anak, kena tahu juga beberapa perkataan larangan yang tak sepatutnya disebut kepada anak-anak.
Jom kita semak apakah perkataan larangan tersebut.
1. Degil.
Anak-anak biasalah, tengah nak belajar. Kadang terbuatlah benda yang kita tegah. Tiba-tiba tereksiden pulak. Aduh!
Dan kita terbiasa laju menyebut, “Itulah, degil sangat! Kan dah sakit”.
Ads
Degil yang kita sebut pada mereka, degillah jadinya. Sebab itu doa kita untuk anak-anak.
2. Nakal.
Sama macam degil, ini perkataan yang selalu kita sebut dengan lancar pada anak-anak. Anak aktif lebih sikit, kita dah tak senang duduk.
Kita yang selalu sebut nakal, nakal, nakal. Bila anak betul-betul jadi nakal, kita salahkan anak.
Ads
3. Bodoh.
Ini mungkin tak ramai mak ayah yang sebut. Tapi jangan terperanjat kalau terdengar ada juga mak ayah yang laju saja membodohkan anak-anak.
Cuma sebab anak tak pandai jawab soalan matematik, atau tak tahu macam mana nak kemaskan pakaian. Bukanlah sesuatu yang pelik pun. Kadang-kadang anak taktau sebab tak diajar.
Kenapa dibodohkan anak sedangkan kitalah yang menjadikan mereka ‘bodoh’? ?
4. Kurang ajar.
“Kurang ajarlah kau!” “Siapa ajar kau kurang ajar ni?”
Ads
Perkataan tu kita dengar pun tak suka. Apa lagi anak-anak. Sakit hati rasa.
Lama-lama anak simpan dalam hati. Jadi dendam. Dan doa itulah yang jadi penghias diri mereka.
5. Pemalas.
Siapa tak pernah sebut anak pemalas?
Bila kita minta tolong, anak tak bergerak. Lambat. Kita tak sabar,
“Hei, kenapa pemalas ni? Kan dah suruh dari tadi”.
“Suruh kemas tu pun malas. Apalah nak jadi kau ni?”
Jadi pemalaslah anak tu. Dah itu yang kita sebut selalu. Dapatlah. . . . Ini perkataan terlarang yang paling popular di kalangan mak ayah. Saya sendiri kadang terlintas juga dalam hati. Cepat-cepat istighfar. Cepat-cepat sebut Na’uzubillahi minzalik.
Semoga apa yang kita terlepas cakap, tak jadi doa. Terbatal dari dimakbulkan. Sebab apa saja perkataan yang terlafaz dari mulut kita mak ayah (terutama mak), adalah doa yang tak terhijab. Termakbul sekalipun terlafaz tanpa niat.
Semoga kita dapat menggantikan perkataan yang lebih baik dan penuh hikmah bila nak menegur anak-anak. Marah anak memang perlu, tapi eloklah kita marah dengan perkataan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berakhir sudah penderitaan yang ditanggung adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus sejak lahir lagi. Penderitaan yang dialaminya itu menyebabkan kepalanya semakin membesar disebabkan terkumpulnya air dari otak.
Terbaru, menerusi Facebook Syahir Syafiq, lelaki itu berkongsi berita bahawa adik Umairah telah pergi menghadap ilahi. Lebih menyedihkan, dia sepatutnya menjalani pembedahan hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Perancangan Allah lebih hebat
Syahir sebelum ini memuat naik satu perkongsian memberitahu allahyarham bakal menjalani pembedahan. Menurutnya, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, pembedahan membuang cecair tersebut bakal berlangsung. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila dia dijemput dahulu oleh Ilahi.
Dalam pada itu, Syahir turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan berdoa kepada adik Umaira selama ini. Dia turut mendoakan kanak-kanak itu tenang dan gembira bermain di dalam syurga.
Selain Syahir, turut berkongsi berita yang sama adalah SweetDhuha.
Pemergian Jannah sangat mengejutkan kerana dia sepatutnya menjalani 0peration di HUKM kali pertama dalam hidupnya. Sebelum itu, dia juga pernah beberapa kali mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di pusat rawatan sama sambil dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak yang telah menyumbangkan sebuah unit kenderaan ambulan khas bagi tujuan tersebut.
Terdahulu, pergerakan adik Jannah difahamkan semakin terbatas sejak dia berusia 8 bulan dan hanya mampu berinteraksi sambil dalam posisi baring apabila keadaan kepalanya yang semakin membengkak.
Rata-rata netizen yang membaca kisah adik Nur Humaira mengakui sedih dengan berita tersebut dan mendoakan semoga keluarga allahyarham sabar dengan dugaan tersebut.
Sempena hari ibu yang disambut setiap tahun pada 14 Mei, ramai yang mengambil peluang untuk mengucapkan penghargaan kepada insan tersayang yang bergelar ibu lebih-lebih lagi di media sosial.
Siapa sangka, dalam banyak ucapan yang tular di sosial media, video ucapan hari ibu oleh anak sulung penyanyi tanah air, Allahyarhamah Siti Sarah menjadi tumpuan dan mengundang air mata orang ramai.
Dalam video tersebut, Uwais Al Qarni dilihat meminta datuknya, Raissuddin Hamzah berhenti sebentar di pusara ibunya secara tiba-tiba sewaktu baru pulang dari bermain golf.
Selepas sampai di tanah perkuburan, Raissuddin segera keluar dari kereta untuk menemani cucunya namun Uwais meminta izin untuk pergi ke pusara ibu seorang diri.
Akur dengan permintaan anak sulung kepada arwah Siti Sarah dan pelawak, Shuib Sepahtu, selebriti era 80an itu hanya mengangguk dan membiarkan kanak-kanak terbabit bersendirian.
Dapat dilihat Uwais yang benar-benar merindui sosok ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.
Walaupun video yang dikongsikan mungkin sekadar lakonan, namun ramai memahami bahawa perasaan dan realitinya adalah sama memandangkan Uwais kehilangan insan yang paling penting dalam kehidupannya di usia yang sangat muda.
Dalam pada itu, ayah Uwais yang juga pelakon, pelawak dan DJ radio telah memuat juga video yang sama dan meninggalkan kapsyen yang juga cukup menyentuh hati apabila mengakui arwah isterinya akan sentiada hidup dalam setiap diri keluarga sampai hujung nafas.
“Selamat Hari Ibu buat Kesayangan @sitisarahraissuddin ❤️Tahniah @suciuwais dan Tuan Pengarah @raissuddin_hamzah ,,, Siti akan sentiasa hidup dalam setiap diri keluarga kita sampai lah dihujung nafas yg terakhir.Proud @lovetahq Good Job 👌 Bagus nya la hai anak daddy Uwais berlakon,sebijik mcm Ibu 🥹 Sayangg Uwais” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton video terbabit.
Mereka juga menitipkan doa dan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham dan berharap agar keluarga arwah Siti Sarah terutamanya anak-anak terus kuat dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T.
Untuk rekod, Shuib pernah bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah yang merupakan seorang penyanyi terkenal sekitar Februari 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata Uwais Al Qarni, Dzahira Talita Zahr,Ariq Matin dan Ayash Affan.
Sumber: Instagram sitisarahraissuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon cantik manis, Amyra Rosli semalam selamat melahirkan anak keduanya. Perkara itu diumumkan suaminya, pelakon Amar Baharin menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Amar meluahkan rasa gembira dan syukur menerima ahli baru dalam keluarganya.
Bismillahi Allahuakhbar ❤️ Alhamdulillah isteri saya Nur Amira Izzati dah selamat melahirkan anak perempuan kami pagi tadi. Baby sihat & Isteri saya juga selamat. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Barakallahu Fik 🙏🏻
Perkongsian tersebut turut dimuat naik bersama sekeping gambar tanpa menunjukkan wajah bayi perempuannya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata sebelum ini iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun. .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari ini, tepat jam 10 30 pagi tadi, ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang sudah pun menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2024 boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka.