Zaman sosial media sekarang ni, semua benda nak dimuat naik. Tak kira lah benda yang positif atau negatif, dah menjadi kebiasaan pula orang ramai nak kongsikan.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis trafik yang seolah-olah mengantuk dan kelihatan terhuyung-hayang di tepi jalan ketika menjalankan tugas menjaga lalu lintas.
Perkara ini sekali gus membuatkan orang awam bimbang dengan tindakannya yang boleh mengundang bahaya dan mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon, Nabila Huda.
Nabila yang juga anak kepada penyanyi, Amy Search tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan sesetengah netizen yang semakin kurang sensitif.
Nabila turut mempersoalkan ke mana perginya adab dan rasa simpati individu yang menyebarkan video tersebut sehingga tular demi meraih viewers di ruangan komen.
“Ni la masalahnya..Semua benda nak di record tanpa izin pastu post kat social media..kan lebih baik berhenti tepi,pergi lah tanya tuan tu ok ke tak,offer dia air ke,tanya if he need food ke or help..ini sibukkkkkkkkkk lahhh nak record, nak post, nak viral, nak viewers..mana adab? Mana rasa simpati ? Memang suka eh post untuk kasi orang ketawa..you think this is funny ?” tulisnya di Instagram Xtra.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah telah mengesahkan kejadian terbabit berlaku di Bulatan Uplands, Kuching pada Jumaat lalu.
Ads
Malah, pihak mereka juga mengambil tindakan untuk meneliti tahap kesihatan anggota trafik tersebut.
Meninjau komen lain di perkongsian tersebut, rata-rata turut meluahkan rasa kesal terhadap individu yang merekod kejadian tersebut. Malah, ada yang membayangkan jika orang tua mereka di situasi sebegitu.
Kisah benar ini membuatkan sayu hati membacanya. Sebuah perkongsian cerita dilaman facebook oleh seorang Doktor Bius, DrHanaHadzrami yang menyingkap bahawa kehidupan harus ditunjungi sebuah kasih sayang.
Ia berkisar seorang pesakit belum berkahwin tetapi dilimpahi kasih sayang orang yang menyayanginya. Sebaliknya pula kisah seorang pesakitnya yang mempunyai keluarga tetapi anak-anak tidak menghiraukannya ekoran kesilapan masa silam hidupnya.
Semoga kisah ini menjadi kite motivasi untuk berbuat baik kepad sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Apa yang pasti, kasih sayang adalah tunjung kebahagiaan abadi.
KANDUNG
Encik Azlan baru saja kami selesaikan kemasukannya ke ICU. Pernafasannya dah distabilkan dengan mesin bantuan, jantungnya stabil dengan sokongan dua jenis ubat penampung tekanan darah.
Sekarang kami perlu beritahu ahli keluarga Encik Azlan tentang perkembangannya. Dia kritikal tetapi agak stabil buat masa sekarang.
“Dia single doktor. Takde isteri, takde anak”, beritahu misi kepada saya.
Alahai. Kesiannya sebatang kara, fikir saya.
“Takkan takde sesiapa tinggal dengan dia? Adik beradik ke, mak ayah ke?” Tanya saya.
BELUM BERKAHWIN TETAPI DILIMPAHI KASIH SAYANG
Tiba-tiba ada tiga anak remaja masuk ke ICU menerpa kearah kami.
“Doktor, pesakit yang baru masuk tadi pakcik kami. Macam mana dia sekarang?” tanya mereka.
Rupanya Encik Azlan ini walaupun masih bujang, tetapi dikelilingi oleh ramai ahli keluarga yang menyayanginya.
“Acik Lan ni umpama bapak kami doktor. Dia adik mak saya. Lepas ayah kami meninggal dulu, dialah yang bersusah payah tolong mak besarkan kami semua. Dia buat banyak kerja sambilan nak sekolahkan kami. Tak sempat nak fikirkan diri sendiri, makwe pun takde. Kesian dia.”
Bersungguh mereka cerita pada saya.
Belas hati saya mendengarkan pengorbanan pesakit ini.
ADA KELUARGA TIADA KEBAHAGIAAN
Mata saya melirik ke pesakit katil hadapan Encik Azlan. Kisahnya jauh berbeza.
Ada isteri, ada anak tetapi tiada siapa berada di sisi. Bersusah payah kami mencari saudara-maranya sehingga memerlukan khidmat polis. Barulah muncul seorang anak lelakinya.
Itupun nampak seperti tak peduli. Hanya sanggup bayar bil tapi tak mahu terlibat untuk menyambung penjagaannya apabila dia bakal pulang ke rumah nanti.
“Dia memang bapa kandung saya doktor. Tapi dia dah tinggalkan saya dan adik beradik lebih 20 tahun. Langsung tiada khabar berita setelah dia ceraikan mak saya.”
“Saya ingat lagi dulu dia layan saya dan adik beradik macam kami ni peminta sedekah. Padahal kami dah tiada pilihan lain jumpa dia minta duit belanja, makan nasi dengan garam telur je masa tu. Sampai hampir kami kena berhenti sekolah. Doktor nak saya jaga dia sekarang?”
“Saya sanggup maafkan dia. Tapi tak sanggup nak terima dia sebab apa yang dia buat pada mak dan adik-adik saya.”
“Maafkan saya doktor. Doktor carilah bini dia sekarang dengan anak-anak tiri yang dia bela dulu. Kalau tak jumpa juga, hantarkan saja dia ke rumah kebajikan. Saya akan bayar.” Tegas anaknya.
Saya terdiam.
Dulu saya sangka anak-anak yang abaikan ibubapa semuanya derhaka. Saya tak tahu kisah sesetengah mereka yang terlebih dahulu dizalimi oleh ibubapa sendiri.
Ada yang banyak kali berkahwin namun sepi tanpa kasih sayang. Ada yang tak berkahwin langsung tetapi dilimpahi kasih sayang.
Seperti Encik Azlan. Berebut-rebut anak saudara menziarahinya ketika sakit dan melayannya sebaik saja pulih dari koma.
Pada kita ibubapa; usah ingat kita selamanya akan muda, sihat dan kaya. Suatu hari kita akan tua, akan sakit dan akan mati. Saham apa yang kita jadikan bekal dikala itu?
Tiada saham yang lebih berharga dari anak-anak soleh. Tak kira anak kandung atau anak jagaan.
. .
Hana Hadzrami هَلْ جَزَآءُ ٱلْإِحْسَٰنِ إِلَّا ٱلْإِحْسَٰنُ
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik, melainkan balasan yang baik juga? [Quran 55:60]
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘75% Daripada Populasi Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Walau RM1000’.- Bank Negara Malaysia.
Sejak akhir-akhir ini, heboh di media sosial dengan amaran dari Bank Dunia yang berkenaan krisis ekonomi global yang bakal melanda pada tahun depan iaitu 2023.
Malah kenyataan daripada Bank Negara Malaysia juga membuatkan kita tidak keruan apabila dikatakan majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walau RM1000!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Bank Negara Malaysia, 75% daripada populasi rakyat Malaysia tidak miliki sebarang simpanan walau RM1000 sekalipun.
Menarik dengan perkongsian saudara, Azmil Azali yang menjelaskan bagaimana situasi itu berlaku. Seterusnya ikuti perkongsiannya
Macam mana boleh jadi begini, adakah wang rakyat Malaysia banyak habis dekat Honda ketam second hand recon dan RXZ?
Banyak alasan yang akan diberikan seperti gaji kecil, banyak komitmen dan harga barang serupa yahudi.
Tak boleh dinafikan semua itu betul sebab dah lah gaji kecik, kena bayar kereta, rumah, coway dan kad kredit.
Lepas tu harga makanan seperti ayam pun mahal, macam manalah nak cekau duit buat simpanan. Dah tukar kerajaan pun sama je, harga barang tetap tinggi dan ringgit makin jatuh.
Tapi sebenarnya, faktor utama kita tak dapat simpan duit adalah kerana pengurusan kewangan yang sangat lemah.
Dapat duit je habis dan sampai hujung bulan, kita termenung sendiri mengenangkan ke mana duit telah hilang. Jadi simpanlah duit walaupun RM1 sehari.
Timang cahaya mata pertama pada usia 80 tahun, Pak Yob terharu selepas 10 tahun menanti. Lelaki yang mesra disapa Pak Yob itu tidak dapat menahan rasa gembira dan sebak apabila mendapat zuriat pertamanya pada usianya sudah mencecah 80 tahun.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ummimakhapakyob, kelihatan Pak Yob sedang mengiqamatkan bayi perempuan yang baru lahir itu. Video Pak Yob mengiqamatkan anak perempuan sulungnya mendapat perhatian warga maya sehingga tular di media sosial.
Menurut Ummi, cahaya mata yang dinantikan itu dilahirkan pada 31 Mei yang lalu di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh, Pulau Pinang.
“Kurniaan zuriat dari Allah di usia ayahnya umur 80 tahun, 9.30 malam hari Jumaat 31 Mei 2024 puteri kami dilahirkan,” tulis Ummi menerusi ruang kapsyen.
Difahamkan jarak usia antara suami isteri yang menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang adalah 38 tahun.
Video tersebut menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang berkongsi kegembiraan dengan kelahiran tersebut. Ada juga yang tidak menyangka Pak Ayob sudah berusia 80 tahun.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.