Pernah viral pakaikan anak yang menghidap kanser otak baju hari raya hingga mengundang sebak warganet.

Namun akhirnya anak syurganya dipanggil Sang Pencipta, pada 1 syawal,  keluarga ini redha ketentuan Ilahi.

Begitulah luahan meruntun jiwa sebuah keluarga dari saudara Rashidee Abd Rashid.

Kala kita gembira  meraikan Aidilfitri , ada yang meratapi pemergian insan tersayang.

 

Pengakhiran Kisah Kakak

Terima kepada semua yang follow kisah kakak sejak setahun yang lepas. Tak sangka juga kisah kakak agak “meletup” beberapa hari yang lalu.

Ramai yang pm kami di messanger yang belum kami buka. Mohon maaf sekali lagi.

IKLAN

Alhamdulillah kami ibubapanya diberi peluang bersama kakak pada kelahiran dan kematiannya.

Berada disisinya ketika kakak sedang nazak. Melihat nyawanya diambil secara perlahan-lahan. Kakak Meninggal Dunia jam 12 tengahari dan dikebumikan jam 5 petang 1 Syawal.

Pernah Viral Pakai Baju Raya Sebelum Hari Raya, Anak Kanser Otak Meninggal Dunia 1 Syawal Undang Sebak Netizen.

Kita sering berdoa agar kita dan keluarga dimasukkan ke syurga, tapi kita tidak tahu bagaimana sebab Allah memasukkan Kita ke syurga. Allah memasukkan kakak ke syurga dengan cara begini menerima penyakit dan Meninggal Dunia sebelum umurnya baligh. Oleh itu, berdoalah agar kita pergi dalam “Khusnul Khatimah”.

Alhamdulillah dan Insyaallah kami redha dengan ujian ini dan bersyukur dengan ujian ini. Jika Allah memberi kami ujian Harta dan Kemahsyuran kami tidak pasti adakah kami dekat atau semakin jauh dengan Allah.

Allah telah memilih kakak ke keluarga kami. Anak pertama yang mengajar kami tanggungjawab ibubapa. Alhamdulillah diberi peluang untuk mengazankan kakak ketika kelahiran dan mengimamkan Solat Jenazah ketika kematian. Kini, masih ada 2 orang lagi puteri yang diamanahkan Allah untuk kami jaga.

IKLAN

Pernah Viral Pakai Baju Raya Sebelum Hari Raya, Anak Kanser Otak Meninggal Dunia 1 Syawal Undang Sebak Netizen.

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”

[HR Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi].

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan karenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah S.W.T akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-Nya untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda Baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “Atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah S.A.W menjawab, “Juga untuk seorang.”

[HR Ahmad dan Al-Hakim]

IKLAN

Terima kasih kepada semua.

” Saat perasaan dan hati kami hampir jatuh, kalian menahan kami dari rebah dan menolak kami semula ke atas”

Terima kasih atas sumbangan, doa, tenaga dan pelbagai lagi bantuan yang kalian hulurkan. Kami tidak dapat membalasnya semua, Cuma kami doakan agar urusan kalian dipermudahkan Allah Di Dunia dan Akhirat.

“Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya. Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya”.

Sumber: Rashidee Abd Rashid

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Pernah Viral Pakai Baju Raya Sebelum Hari Raya, Anak Kanser Otak Meninggal Dunia 1 Syawal Undang Sebak Netizen.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI