Gelagat Jebat Jayden, anak kepada Sharnaaz Ahmad sering mencuri tumpuan ramai. Ada sahaja kaletahnya yang mencuit hati.
Terbaru, ibunya Noor Nabila berkongsi satu rakaman yang memaparkan Jebat Jayden datang mengadu tangannya telah rosak mencuri perhatian warganet.
Kedengaran Jebat yang membahasakan dirinya baby mengadu tangannya ‘rosak’. Ingatkan apalah yang jadi, rupa-rupanya tangan Jebat ‘kecut’ kerana terlalu lama berendam dalam air.
Bukan sekadar mengadu, anak lelaki ini sempat merengek kerisauan melihatkan keadaan tangannya itu.
Ads
Perkongsian Jebat mengadu tangan ‘rosak’ yang dimuat naik menerusi akaun TikTok noorkartini66.
Pepatah Melayu ada menyebut kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Kasih seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik kepada anaknya.
Begitulah kasih seorang bapa Mohamad Iqbal Adib Mohd Afzanizam, 24, terhadap anak tersayang Aydin Malique, 15 bulan yang diuji menghidap penyakit Short Bowel Syndrome (SBS) atau sindrom usus pendek yang berpunca daripada najis berdarah.
Demi menjaga kebajikan anaknya yang sakit, bapa muda ini diberhentikan kerja pada Ogos lalu kerana kerap mengambil cuti menjaga anaknya yang sakit. Dia sebelum ini bekerja sebagai operator pengeluaran di kilang kaca di Sungai Buloh.
Menurut Mohamad Iqbal Adib hampir setahun Aydin dirawat di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur sebelum dibenarkan pulang dan dipantau di rumah.
Mohamad Iqbal Adib yang mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahira Anisha Mohamad Zuber, 23 pada 2019 dikurniakan sepasang bayi kembar, Aydin Malique dan Aydan Malique yang dilahirkan pramatang ketika usia tujuh bulan pada 12 Jun tahun lalu.
“Awalnya, bayi kami dilahirkan sihat, namun selepas dua minggu doktor memaklumkan ada jangkitan kuman pada usus Aydin.
“Sejak lahir, tiga kali Aydin menjalani pembedahan dengan yang pertama bagi memotong usus berukuran 32 sentimeter(sm) dan kedua, membuang usus tidak sihat yang dijalankan di Hospital Selayang.
“Pembedahan ketiga iaitu sambungan usus serta memasukkan tiub gestrol dekat perut dijalankan di HTA, dengan usus kecil kini berukuran 14 cm,” demikian beritahu Mohamad Iqbal Adib.
Bercerita tentang keletah Aydin, Mohamad Iqbal Adib memberitahu Pa&Ma yang anaknya ini seorang yang aktif walaupun perlu menggunakan tiub yang disambung ke perut.
Ditanya sama ada kembarnya Aydan ada mengusik tiub tersebut, bapa muda ini memberitahu Aydan tidak menganggu Aydin.
“Wayar pun dia tak usik. Dia buat hal sendiri sebaliknya Aydin yang suka kacau dia.”
Dari segi perkembangan pula, Aydin kini boleh duduk dan meniarap dan masih belum boleh merangkak.
Si comel ini minum susu menggunakan tiub yang disambung ke perut dan menggunakan wayar CVL (Central Venous Line) yang menghubungkan saluran darah terus ke jantung.
Oleh itu Mohamad Iqbal Adib perlu memantau Aydin ketika dia minum susu menggunakan mesin khas bagi mengelakkan risiko tiub tercabut.
Sebelum ini dia pernah berkongsi video di TikTok yang memberitahu perlu memantau Aydin 24 jam kerana jika tiub saluran jantung tercabut, dia perlu dibedah lagi.
“Aydin kena minum dua jenis susu iaitu susu formula yang disalurkan menggunakan tiub di perut dan ambil masa selama tiga jam. Susu lagi satu susu nutrisi (tpn) yang dibekalkan oleh Farmasi HKL. Susu ni kalau on mesin ambil masa 12 jam.
“Jadi isteri saya akan pasang mesin susu ini waktu malam sebab dia tengah tidur jadi tak banyak pergerakan berlaku.
Bagaimanapun Aydin boleh makan makanan pejal lain seperti roti, bijirin bayi dan nasi tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
Ditanya tentang peluang Aydin untuk kembali normal tanpa perlu bergantung kepada tiub, Mohamad Iqbal Adib memberitahu semuanya bergantung pada dia. Buat masa sekarang Aydin masih lagi memerlukan tiub gestrol di perut & CVL di dada kirinya.
Bapa mana yang tidak resah memikirkan nasib keluarga selepas diberhentikan kerja apatah lagi mempunyai anak yang sedang sakit.
Mohamad Iqbal Adib mengakui sejak diberhentikan kerja, dia hilang punca pendapatan dan tertekan kerana memikirkan tanggungan termasuk kos rawatan anak.
“Saya cuba jual bundle (pakaian terpakai) kerana ramai rakan cadangkan, memandangkan modal tidak terlalu besar.
“Anggaran gaji bersih ketika kerja kilang dulu kira-kira RM1,400 manakala hasil jualan bundle kini tidak menentu, dengan paling sedikit RM20 dan paling banyak antara RM200 ke RM300 sehari.
“Saya baru belajar berniaga, jadi jual murah-murah saja dengan bersiaran langsung di TikTok,” katanya.
“Pernah satu tahap, saya hampir putus asa kerana masalah kewangan namun bangkit semula apabila mengenangkan anak kami.
“Pihak zakat ada beri bantuan untuk anak berdasarkan senarai keperluan dan selebihnya hasil sumbangan orang ramai selepas melihat perkongsian saya mengenai Aydin di TikTok.
Menurutnya dalam sebulan lebih kurang RM400 diperlukan untuk kos perubatan, susu dan keperluan lain untuk Aydin dan Aydan.
Orang ramai yang ingin membantu Mohamad Iqbal Adib boleh menyalurkan sumbangan ke akaun CIMB 7072310580.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi berita gembira kepada umum apabila kembali bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Essam Muhammad.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Mizz Nina meluahkan rasa syukur dengan perkahwinan kali kedua bersama penyanyi rap Amerika Syarikat itu dan menyifatkan sebagai takdir terindah daripada Allah SWT.
Kata Mizz Nina, 43, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
” Bismillahirahmanirahim. Alhamdulilah, segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang indah ini ingin saya kongsikan kepada anda semua. Dan ini pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku kedua 2023, dengan suami tercinta Essam Muhammad dalam majlis tertutup bersama keluarga dan rakan rapat.
” Alhamdulilah, dengan restu ibu bapa kami berdua dapat menyempurnakan separuh lagi agama masing-masing. Kami berdua telah mendedikasikan hidup kami untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.
” Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kita dalam kerja yang kita lakukan adalah berakar pada iman dan asasnya akan sentiasa kerana Allah. Dunia ini sementara dan hari esok tidak pernah dijanjikan. Kami memahami bahawa perkahwinan adalah untuk menumbuhkan cinta, mencari ketenangan dan mempunyai belas kasihan dan bahawa niat utama haruslah sentiasa untuk mencari keredhaan Allah agar kita dapat melangkah melalui pintu-pintu Jannah bersama.” tulisnya di laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, pemilik nama Shazrina Azman memberitahu dia bakal mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, tidak lama lagi.
” Semoga Allah menggunakan bakat dan rezeki yang kita ada untuk memberi manfaat dan memartabatkan Ummah. Semoga Allah menjaga keikhlasan kita, dan sentiasa melindungi kita dalam perjalanan.
” Kami akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup tidak lama lagi di KL in shaa Allah.
” Kami sentiasa bersyukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat kami. Kami menghargai sokongan, kasih sayang dan doa anda. Kami berdoa dan mendoakan yang terbaik untuk Deen, Dunya & Akhirah semua. BarakAllahu feekum!” tambahnya.
Terdahulu, Vokalis Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai pada 4 Ogos 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Sekitar April tahun lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat.
Sumber: Instagram
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini, kisah seorang pemuda yang terserempak dengan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sedang berjalan kaki seorang diri pada waktu malam telah tular di aplikasi TikTok.
Kanak-kanak lelaki itu dipercayai telah melarikan diri dari asrama dan sanggup berjalan kaki lebih dari 10 km untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Rawang, Selangor.
Menerusi hantaran yang dikongsikan @aboyhakimi, kanak-kanak berkenaan dijumpai di tepi highway Sri Gombak pada jam 10 malam dalam keadaan sugul.
Difahamkan kanak-kanak berkenaan bersekolah di Taman Melawati dan melarikan diri dari asrama tanpa pengetahuan gurunya.
“Aku jumpa budak ni jalan kaki kat atas highway. Haih, jalan besar dia jalan kaki,”ujar aboyhakimi.
Apabila ditanya, kanak-kanak berkenaan memberitahu punca dia melarikan diri dari asrama adalah kerana tiada seorang pun yang menyukai dirinya.
“Semua orang tak suka,” jawab kanak-kanak berkenaan.
Apa yang mengejutkan, apabila ditanya di mana rumahnya? Kanak-kanak ini mengatakan yang rumahnya terletak di Rawang dan dia sudah pun berjalan lebih 10 km untuk pulang ke sana.
“Rumah kat Rawang, jauh dik kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar nanti macam mana? Nasib baik abang jumpa,”ujarnya.
Akhirnya lelaki berkenaan bertindak untuk membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis. Tindakan ini adalah sewajarnya kerana bimbang keselamatan kanak-kanak tersebut akan membuat sesuatu yang tidak wajar akibat depresi.
“Last sekali aku bawa pergi ke balai Gombak sebab tak tahu rumah kat mana.
“Kita takut jadi lain, jadi bawa ke balai,”tulisnya.
Lelaki berkenaan berharap agar selepas ini para guru lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak murid terutama yang berada di asrama supaya perkara seperti ini tidak berulang.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.