Gambar sekadar hiasan

Apabila melangkah ke alam perkahwinan salah satu cabarannya adalah membesarkan anak-anak. Lebih rumit apabila jarak usia anak agak dekat antara satu sama lain. Lazimnya urusan menguruskan anak-anak diserahkan kepada kaum ibu. Hanya segelintir sahaja para suami mempunyai kesedaran untuk membantu isteri.

Sebagaimana perkongsian seorang wanita ini, beliau dan suami mengunakan pendekatan sistem giliran dalam menguruskan anak-anak.

Moga cara beliau dan suami menjadi inspirasi kita untuk mengasuh anak-anak.

Ikuti perkongsiannya.

Wanita Ini Amalkan Cara Sistem Giliran Dalam Rumahtangga, Agar Pasangan Tahu Kesusahan Dalam Proses Membesarkan Anak-Anak. 
Gambar sekadar hiasan

Sistem giliran. 

Saya masih ingat, ketika anak sulung masih kecil, cabaran menjaganya kurang sedikit. Maklumlah, anak perempuan ni gayanya ayu sedikit. Rezeki anak nombor dua ini lelaki. Memang berbeza watak nya dengan kakaknya.

Sangat aktif dan suka untuk explore sesuatu dengan sungguh sungguh.
Masalah paling besar bila bawa dia ke pasaraya dan kedai makan.
Bila masuk ke kedai memang rasa penat.

IKLAN

Dia sentuh barang barang. Dia lari ke celah celah lorong. Dia panjat kerusi dan meja
Masuk kedai dengan seronok, keluar dengan muka monyok. Jadi, kami suami isteri berbincang untuk mengatasi masalah ini.

Jadi, cara utama untuk berhadapan dengan isu ini adalah menggunakan sistem giliran. Kami banyak bertolak ansur dalam melakukan setiap aktiviti.
Contohnya, bila kami ke kedai dan mahu shopping. Bila suami mahu beli barang saya jagakan anak dan dia shopping dengan tenang. Saya bawa anak ke tempat yang lapang agar mereka boleh menyalurkan tenaga mereka.

Kemudian, apabila tiba giliran saya, suami akan ambil alih tugas dan saya pula memilih barang yang saya mahu. Saya pernah melihat beberapa kali adengan di mana anak yang di dukung meronta ronta mahu turun dan berlari.

Anak yang didukung ibunya itu meronta ronta dan saya melihat kepenatan pada wajah si ibu itu. saya faham betapa letihnya melawan dan menghadapi rontaan si anak.
Oleh kerana itu sejak ada anak kecil, kami jarang shopping bersama dan memilih barang bersama. Biasanya seorang akan jaga anak dn seorang lagi menjalankan misi shopping.

IKLAN

Saya terima hakikat ini kerana saya faham ini lah harga yang harus dibayar apabila ada anak kecil yang aktif. Kadang kadang rasa tak seronok pula shopping bersama berdua, tetapi anak pula menangis dan mengamuk kerana boring.

Akhirnya kami suami isteri juga akan bermasam muka gara gara gara anak.
Sedangkan hakikatnya situasi itu masih boleh diuruskan dengan baik jika masing masing ada kerjasama dan memahami situasi yang masing masing sedang lalui.
Begitu juga di kedai makan.

SALING MEMBANTU

Biasanya kami akan makan mengikut giliran. Apabila giliran saya makan, suami akan bawa anak jalan jalan dan saya akan makan dengan senang dan lapang.
Makan bersama anak kecil biasalah, pingga kita ditarik, tudung kita pun kadang di sapu makanan.

IKLAN

Jadi, pada saya kaedah giliran ini sangat membantu saya dan suami untuk lebih enjoy dan tenang. Sistem giliran ini sebenarnya memang saya aplikasika dalam setiap tugas, bukan sekadar di kedai makan.

Kadang kadang kami ada giliran mandikan anak, giliran buat susu untuk anak dan banyak lagi giliran lain agar kedua duanya berkongsi tanggungjawab.

Apabila kedua dua belah pihak faham dan terima tanggungjawab mereka, masing masing akan mengalah dan bekerjasama agar tempoh mencabar dalam membesarkan anak dapat dilalui dengan lebih baik dan tenang.

Suami dan isteri harus merasa dan berbahagi kesusahan dalam proses membesarkan anak agar masing masing akan terus menghargai peranan masing masing.

Sumber: Puan Farhan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI