Kucing putih jadi teman Norhamimah lawat kubur suami, “Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi.” Kucing adalah antara haiwan peliharaan yang paling popular di seluruh dunia. Dengan kecomelan rupa paras, perangai yang manja, dan personaliti yang unik, kucing telah mencuri hati ramai pencinta haiwan.
Kucing Putih Jadi Teman Norhamimah Lawat Kubur Suami
Bagi Norhamimah, wanita berusia 46 tahun ini, memiliki seekor kucing berwarna putih yang diberi nama Uteh bukan hanya menceriakan hidup malah menjadi peneman setia setiap kali Norhamimah Khalid ke tanah perkuburan.
Menurut Norhamimah, Uteh mula manja dengannya sejak kerap menziarahi pusara Allahyarham suaminya, Azharuddin Said yang meninggal dunia dua tahun lalu akibat serangan jantung.
Ibu lima anak itu berkata, Uteh asalnya kucing buangan yang tidak terurus namun menjadi gebu selepas Norhamimah memberi makan serta menyediakan tempat tidur buat haiwan itu dekat pondok di luar tanah perkuburan.
“Saya jumpa Uteh beberapa bulan selepas suami meninggal dunia dan ia nampak kurus, selain badan berkurap.
“Disebabkan kasihan dan sayangkan kucing, saya mandikan Uteh dan memberinya makan serta minum hingga jadi comel seperti sekarang.
“Waktu Saya Baca Doa, Uteh Pasti Duduk Di Tepi”
“Saya sediakan juga kotak dekat pondok untuk Uteh tidur dan setiap kali datang, Uteh akan sambut saya kemudian saya berinya makan.
“Waktu saya baca doa, Uteh pasti duduk di tepi saya sebagai peneman seolah-olah tak nak saya sedih,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak pemergian suaminya pada 15 November 2022, hampir setiap hari dia akan ke tanah perkuburan untuk menziarah pusara.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak membawa Uteh pulang ke rumah kerana haiwan itu dilihat lebih selesa tinggal di situ.
Ads
“Saya memang sayang Uteh namun biarkannya hidup bebas kerana nampak Uteh sihat di situ (sekitar tanah perkuburan).
“Ikutkan saya tak risau sangat dengannya cuma pernah tak keruan selepas ke tanah perkuburan baru-baru ini dan tak nampak kelibatnya.
“Lima hari juga Uteh hilang… cari pun tak jumpa sampai saya nekad cari dengan muat naik hantaran dalam kumpulan WhatsApp kawasan perumahan.
“Tapi saya lega kerana tak lama selepas itu, Uteh muncul semula,” katanya.
Norhamimah berkata, sejak berkongsi kisah Uteh di TikTok, ada yang menghantar kiriman mesej kepadanya dan menyatakan hasrat memelihara kucing kesayangannya itu.
“Mulanya nak bagi kemudian tak jadi lepaskan kerana berat hati.
Ads
“Jika Uteh tiada nanti, sunyilah saya kerana tiada peneman bila menziarahi kubur suami.
“Lagipun, Uteh mengingatkan saya dengan suami yang sayangkan kucing dan gemar membawa balik haiwan itu ke rumah,” katanya.
Wanita ini jiwanya ‘fragile’ mudah tersentuh dan beremosi. Jika tidak dapat mengendalikan diri dengan sempurna boleh memberi tekanan pada diri.
Sehubungan itu, wanita sibuk mana pun memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Masa ini juga digelar ‘me time’ menjadi terapi buat diri wanita terutama yang bergelar isteri dan ibu yang sibuk menguruskan rumahtangga.
Apa yang merisaukan, apabila wanita mula mengalami tekanan hingga memberi impak kepada orang sekeliling termasuk suami dan anak-anak.
Hati-hati bila ada tanda ni, jika ada cepat-cepat cari masa untuk berehat atau melakukan aktiviti yang disukai. Jangan sampai makan diri, nanti keluarga binasa. Apa pun buatlah kata hati, jika rasa penat, berehatlah dulu, tenangkan minda agar dapat menguruskan keluarga dengan sempurna.
Tanda-tanda isteri sangat perlukan me-time
– Mudah menjerit Bila tahap irritability meningkat, anak silap sikit je dah mampu buat kita menjerit. Makin sibuk, makin tinggi tahap irritability. – Cepat sentap Tak boleh silap cakap sikit, melenting. Walaupun tahu anak tu tak sengaja tapi tetap rasa sentap. – Susah nak sangka baik Cepat nampak anak nakal, degil, lasak dan buas sedangkan sebenarnya anak tu nak bermain, nak perhatian dan nak manja-manja je. – Rasa tak tenteram Hidup serba tak kena. Buat kerja pun rasa tak syok. Itu natijah jiwa yang sering di abai dan tak di nurture sebaik-baiknya. – Suka cari gaduh Bila otak dah tepu, semua benda jadi tak kena. Bukan dengan anak je, dengan pasangan pun boleh jadi bergaduh kalau ada tak kena di mata. – Cakap kasar Ibu yang ayu dan lemah lembut pun boleh berubah cara cakapnya jadi kasar dan kesat. Bahasa kau aku dengan anak. Ini antara kesan dari burnout berpanjangan.
Masa untuk bertenang
Me-time la sebelum ia menjadi parah! Buatlah sekali sehari. Tak dapat sehari sekali, buat la seminggu sekali. Tak dapat seminggu sekali, buat la sebulan sekali. Tak dapat juga sebulan, buat la walau sekali pun bila ada peluang. Lebih baik buat dari tak buat langsung. Sungguh itu la big faktor sikap kita jadi baik atau teruk.
Membesarkan anak-anak sendirian tanpa kehadiran insan bernama suami di sisi bukanlah sesutau yang mudah. Perit mata memandang, perit lagi bahu yang memikul.
Apatahlagi dengan pandangan serong sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda atau ibu tunggal. Namun selebriti bernama Rita Rudaini tidak punya masa untuk meratap malah dia bangkit dan berjuang demi anak-anaknya.
Nyata dia berjaya mendidik dan membesarkan anak-anaknya sendirian dengan baik malah dua hero kesayangan yang juga buah hati pengarang jantungnya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.
Anaknya Airit Rayyan Rizqin 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7. Kedua-dua mereka cukup sayang dan rapat dengan mommynya ini.
Menerusi instagramnya baru-baru ini, Rita memuat naik satu gambar bersama anak-anak sambil mengimbau kenangan ketika membesarkan mereka.
“Tak sangka…boleh buat sendiri sorang2…Struggle gak dulu,dua2 masih kecik berebut nk dukung walaupon ada stroller…pastu bila mlm,budak2 dah tido,baru mommy lps nangis sorg2 sbb penat…
“Cakap dalam hati ‘cpt la besar,cpt la berjln,mommy xlarat sorg2’ …bila teringat smua tu mcm rasa nk ulang balik zaman dorg kecik..rindu nak dukung dorang pulak,” tulisnya dikapsyen.
Sejak kebelakangan ini banyak kisah orang hilang dilaporkan di media sosial. Tidak terkecuali, seorang wanita warga emas juga dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, ditemukan dalam keadaan lemah berhampiran lopak air di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Parit Sayang, Senggarang di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa, Painah Siwan, 79, ditemui oleh orang awam yang turut menyertai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 11.25 pagi kira-kira 900 meter dari pos kawalan operasi.
“Ketika mangsa ditemukan terdapat bersamanya sepasang selipar dan lidi daun kelapa sawit.
“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan semula ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari sepanjang tempoh pencarian.
Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul.
“Syukur Alhamdulillah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting emak ditemui dalam keadaan selamat.
“Ketika ini emak berada di hospital bagi mendapatkan rawatan kerana keadaannya masih lagi lemah dan buat masa ini biarlah dia berehat dahulu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Painah dilaporkan hilang oleh anaknya apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit berhampiran rumahnya di Kampung Parit Sayang di sini, Rabu lalu.
Susulan itu, satu pasukan SAR dilancarkan membabitkan 187 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Sumber : HMetro
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
“Pengebumian enam beranak tragedi Sungai Korok paling penyayat Hati"- Setiausaha Masjid kongsi detik sayu. Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan Islam Masjid At-Taqwa apabila enam sekeluarga yang ditemukan lemas dalam kereta di Sungai Korok dikebumikan serentak dalam satu liang lahad, baru-baru ini.