Adakah anda perasan, perangai kita sebagai ibu bapa dalam sedar atau tidak mesti lebih kurang sama dengan perangai anak-anak kita. Mana tidaknya, sepanjang hari mereka bersama kita. Baik tindak tanduk kita, baiklah jadinya anak-anak kita.
Begitu juga halnya dalam bangun di awal pagi, jika ibu ayah jenis sambung tidur atau bangun lewat tidak hairanlah anak-anak pun liat bangun pagi. Alangkah ruginya andai seisi keluarga berbuat demikian.
Ini kerana menjadi morning person terlalu banyak kebaikkannya, selain apa yang semua sedia maklum bagus dari aspek kesihatan tubuh badan, bangun awal juga adalah satu cara untuk membuka pintu rezeki malah ada kaintannya juga dalam membentuk anak-anak yang hebat.
Ini sebagaimana perkongsian yang ditulis oleh Najmi Nawawi di akaun facebooknya. Menurutnya ibu ayah perlu bangun pagi menjadi morning person untuk jadi orang yang hebat dan dalam masa yang sama memberi contoh terbaik buat anak-anak.
KITA PERLU JADI MORNING PERSON
Ya betul. Orang yang bangun di awal pagi ialah morning person. Menurut kajian oleh sekumpulan penyelidik University of Leipzig, setiap manusia yang mahu melakukan sesuatu yang benar-benar memberi impak kepada diri sendiri harus bangun awal di awal pagi.
Banyak contoh orang hebat dunia seperti CEO Disney, Bob Iger, dan CEO Twitter, Jack Dorsey sudah terjaga pada pukul 5.30 pagi setiap hari. Atau lihat sahaja kepada icon parenting tempatan seperti Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau sentiasa memanfaatkan waktu pagi sebaik-baiknya untuk pastikan anak-anak mendapat yang terbaik.
Kita perlu bangun di awal pagi, untuk jadi orang yang hebat dan mampu memberi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Malulah, kalau anak-anak yang bangun terlebih dahulu dari kita. Anak yang hebat kebiasaannya datang dari ibu bapa yang hebat.
Sekiranya kita tahu diri kita ialah orang yang susah bangun pagi, maka kita perlu ubah rutin harian kita agar dapat bangun di awal pagi. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga kita abaikan yang lain. Pastinya kita tidak mahu terlepas kebaikan untuk bangun di awal pagi.
Solat subuh ialah perkara yang paling utama dan umpama kunci kejayaan sesebuah keluarga. Kita wajib didik anak kita untuk bangun pagi bukan untuk pergi kerja (mencari rezeki) tetapi untuk sujud beribadah kepada (pemberi rezeki) terlebih dahulu.
Sekiranya perkara asas seperti ini sudah gagal, definisi kejayaan kehidupan pasti diletakkan pada wang ringgit semata-mata bukan keredhaan Allah yang menjadi paksi utama.
Selain itu, faktor kesihatan juga menjadi tuntutan. Ianya bermula dengan sarapan pagi. Kerana jika kita dan anak-anak tidak mengambil sarapan, ia boleh merosakkan sel-sel otak kita kerana kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
Dengan bersarapan, fikiran akan lebih segar dan dapat kurangkan tekanan, ini sangat penting untuk pastikan tenaga yang positif sepanjang hari.
Dibantu juga dengan hormon-hormon kortisol yang mula meningkat dalam badan untuk menyediakan badan kita bekerja dengan baik. Seterusnya menjadikan kita manusia yang berkualiti kepada pasangan, anak-anak dan juga kerjaya.
Begitu juga dari sudut memberi contoh ikutan yang baik untuk anak-anak. Khususnya seorang ketua keluarga (ayah), perlu sentiasa ingat bahawa anak-anak lebih cenderung untuk ikut sifat dan perwatakan si ayah meskipun mereka rapat dengan si ibu. Setiap perbuatan kita akan sentiasa diperhatikan anak-anak.
Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan berkawan dengan orang-orang yang salah. Carilah sahabat- sahabat yang membuatkan diri kita menjadi lebih baik dan sekali gus semakin dekat dengan Allah.
Malah kita juga sering mendengar orang dulu-dulu berpesan, katanya berkawan biarlah beribu, berkasih pula biarlah pada yang satu. Ada juga yang berkata, kawan sejati susah hendak ditemui. Begitu juga katanya, bukan semua orang kita boleh buat kawan.
Hal ini elok juga dikongsi kepada anak- anak agar mereka tidak tersilap memilih kawan, bimbang merosakkan diri.
Untuk itu, menarik juga untuk difahami perkongsian di akaun Fb Hajjah Rohana Saad.
BUKAN SEMUA ORANG KITA BOLEH BUAT KAWAN
Ada orang kata berkawan biar beribu, berkasih hanya satu. Ada juga yang kata kawan sejati susah nak di temui. Ada lain berkata kawan lain, sahabat lain. Ada juga kita jumpa kawan makan kawan kan?
Memang ada spesis insan yang pada dasarnya pijak semut tak mati. Depan kita kemain lembut, manis budi bicaranya. Belakang kita dialah raja segala setan yang bertopengkan manusia. Kawan boleh jadi lawan kita seandainya kita tersalah pilih kawan. Berkawanlah sampai berpuluh tahun sekalipun, tetapi seandainya kita tersalah langkah, kita akan habis! Kawan kita pun belum tentu membantu kita.
Hindari kawan yang mengajak kita membenci orang yang tak di sukai nya, kerana suatu hari ada satu pekara yang membuat dia tidak menyenangi kita. Dia akan mengajak orang lain pula membenci kita. Orang yang bersikap macam ini memang harus di jauhi. Dia menjadi jarum mencucuk orang dengan hasutan dan hasad dengki yang membuku di dadanya.
Ada juga kawan yang tak mampu simpan rahsia sendiri adalah orang yang takkan boleh simpan rahsia orang lain.. kalau benda yang tak sepatutnya dia boleh cerita dengan kita tak mustahil rahsia kita pun dia boleh share dengan orang lain. Hari ni mungkin dia kawan tapi akan datang belum tentu jadi kawan, kita kena sentiasa berpada pada dengan sesiapa saja.
Zaman sekarang semuanya dihujung jari, macam-macam info dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk pengguna dan semua itu cukup memudahkan kita. Selain untuk tujuan shoping online umpamanya yang mana memang diakui ramai antara kita suka akan adanya aplikasi pembelian dalam talian ini, pun begitu tidak dinafikan dalam pada masa yang sama kita kaum ibu-ibu juga bijak dalam menabung dan melabur di Amanah Saham Bumiputra (ASB).
Jika sebelum ini transaksi dilakukan melalui bank-bank tertentu dan ada caj yang dikenakan, pun kini adalah lebih bagus jika dilakukan melalui MyASNB yang mana tiada caj dikenalan. Ingin tahu detail langkah-langkahnya, ini dikongsikan oleh Nur Aliah. Jom fahaminya.
Ruginya Kalau Tak Tahu Cara Paling Mudah Nak Simpan Duit #ASB Melalui MyASNB
Lia yakin dan percaya hampir 80% penduduk Malaysia tak tahu lagi ada cara yang sangat mudah untuk simpan duit ASB ni tanpa ada bank charges RM1.00 !
Seperti yang kita semua tahu, kalau nak simpan duit ASB melalui Maybank atau CIMB, biasa akan dikenakan charges RM1.00 sekali transaksi. Cara yang Lia nak guide ni tak ada sikit pon apa-apa caj yang dikenakan.
Terbukti sebabnya Lia dah cuba simpan duit ASB melalui MyASNB dan guna bank CIMB dan Maybank untuk transfer, berita gembiranya adalah kedua-duanya tidak dikenakan apa-apa caj pon.
Lebih dasyat lagi, dari semua bank tempatan dan oversea pon boleh seperti HSBC, OCBC dan lain-lain.
Jadi mulai dari hari ini kita boleh la simpan duit ASB dengan senang hati. Di bawah ni Lia akan kongsikan step-by-step cara paling mudah untuk simpan duit ASB melalui MyASNB.
Semoga bermanfaat!
Nota tambahan : Transaksi hanya boleh dibuat dari hari ahad hingga jumaat dari 7am – 6pm sahaja. Kecuali hari sabtu dan cuti umum.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.