
Cara baik pulih penyapu plastik PVC sebenarnya sangat mudah jika tahu teknik yang betul. Dalam urusan rumah tangga, benda kecil seperti penyapu pun memainkan peranan besar. Setiap hari kita guna untuk pastikan lantai bersih dan selesa dipijak anak-anak. Tapi bila penyapu plastik PVC mula kembang dan tak lagi menyapu dengan sempurna, memang rasa geram. Baru guna tak lama, dah kena beli baharu.
Sebenarnya, jangan cepat buang. Penyapu plastik PVC yang sudah kembang masih boleh dibaiki dan digunakan semula. Cara ini bukan sahaja jimat belanja dapur, malah bantu kurangkan pembaziran barangan rumah.
Penyapu jenis PVC diperbuat daripada jalur plastik lembut. Bila kerap terdedah kepada haba, air panas atau disimpan dalam keadaan terhimpit, jalurnya mudah melebar dan tidak lagi rapat. Sebab itu habuk susah nak dikumpulkan walaupun sudah disapu berkali-kali.
Ramai tidak sedar bahawa keadaan ini sebenarnya boleh dipulihkan. Dengan teknik yang sesuai, jalur tersebut boleh dilembutkan semula sebagai sebahagian daripada cara baik pulih penyapu plastik PVC yang praktikal dan menjimatkan.
Berikut ialah cara baik pulih penyapu plastik PVC yang boleh dilakukan sendiri di rumah tanpa kos tambahan:
Hasilnya memang nampak berbeza. Jalur penyapu jadi lebih lembut, rapat dan mudah mengutip habuk seperti biasa. Teknik ini membuktikan bahawa cara baik pulih penyapu plastik PVC
tidaklah sesukar yang disangka.Selain mengetahui cara baik pulih penyapu plastik PVC, penjagaan harian juga penting supaya ia tidak cepat rosak:
Sebagai ibu ayah, setiap penjimatan kecil sebenarnya memberi makna besar dalam pengurusan kewangan keluarga. Dengan mengamalkan cara baik pulih penyapu plastik PVC ini, kita bukan sahaja dapat berjimat, malah membantu mengurangkan pembaziran dalam rumah tangga.
Kadang-kadang, dengan sedikit usaha dan ilmu, barang yang kita sangka sudah rosak masih boleh digunakan semula. Rumah bersih, poket pun tak terbeban. Itu baru bijak urus rumah tangga!
BACA LAGI : Trend Dekor Dengan Pampas Grass, Wanita Ni Buat DIY Guna Penyapu Jadi Hiasan. Memang Menjadi, Modal RM2 Je!