Amalan meracun tumbuh-tumbuhan yang ditaman memanglah bertujuan untuk memastikan pokok bebas serangan serangga perosak dan yang penting dapat hidup dengan subur.
Namun mengenangkan bahaya racun kimia jika tidak diurus dengan baik, ada baiknya kita beralih pada racun yang boleh disediakan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah.
Pastinya, racun ini tidak mendatangkan kesan bahaya pada keluarga namun berkesan untuk mengatasi masalah-masalah serangan serangga perosak pada tanaman. Hal ini telah dikongsikan oleh dua orang yang dikenali sebagai Nur Amirul dan Azman di laman sosial. Kedua-duanya pula menggunakan bahan berbeza dan semoga ini dapat memberi idea dan variasi menjaga pokok-pokok yang ditanam di laman rumah. Jom semak perkongsian mereka.
“Di sini saya akan kongsikan secara ringkas buat racun organik bawang putih lak untuk racun serangga.. Boleh guna utk pokok cili dan lain2 pokok”-Nur Amirul Nur Azmi via KGTTS
Bahan-bahan:
200 gram bawang putih
3 sudu besar ketumbar
500ml minyak
Ads
Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan tersebut dengan minyak
2. Masak menggunakkan kaedah double boiling selama 3 – 4 jam dengan api perlahan
3. Selepas itu tapis dan boleh digunakan.
Ini pula perkongsian ilmu daripada Azman Mohamed Ali via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri yang berkongsi cara untuk penyediaan baja menggunakan daun durian belanda yang dikatakan sesuai untuk menghindarkan maslaah Hama Trips daun cili yang kerinting. Nak tahu lanjut jom semak.
“Ok…siap…kena tunggu 2 hari baru boleh guna….Racun Organic dari daun Durian Belanda…untuk menghindarkan Hama Trips daun cili yang keriting….tak sabar rasanya nak cuba guna….”-Azman
Ads
Bahan-bahan :
50 helai daun belanda
2.5 liter air
Ads
8 ml serbuk pencuci kain
Cara penyediaan:
Ambil daun durian belanda yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda-dikoyak-koyakkan dan ditumbuk.
Masukkan daun yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas berisi air 2.5 liter.
Kacau rata dan masukan bersma 8ml serbuk sabun basuh.
Kemudian masukan air dalam botol dan tutup.
Biarkan selama 2 hari dan selepas 2 hari tapis ambil airnya sahaja.
Ekstra info :
“Untuk penggunan 1 liter boleh di campurkan dengan 5 liter air biasa , masukan dalam botol spay dan spary pada keseluruhan daun pokok cili, lakukan setiap dua hari. Hasilnya daun cili mula segar. Semburkan seminggu sekali.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang PKP ramai yang duduk di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk menghilangkan rasa bosan. Ia termasuk melakukan dekorasi kediaman.
Bagaimanapun apa sahaja yang melibatkan tata hias kita perlu mengutamakan keselamatan.
Seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Athirah Noor cakna mengenai bahaya soket yang di cat dengan warna tertentu. Dengan itu beliau telah menyenaraikan beberapa panduan untuk mengelak bahaya. Semua ini adalah rentitan daripada soalan sepengguna lain yang bertanya kesan jika berbuat demikian.
Maaf tanya. Boleh atau tidak spray soket mcm ni?
Ada kesan apa2 tak tentang pengaliran haba/etc?
=================================
Updated : 9.19 pm
Terima kasih semua yg bagi respon. Terhibur saya baca komen semua orang. Macam-macam ragam. . Ramai yang kecam, tak kurang juga yang share ilmu..ada juga geng backup. Ada yg panggil saya abang. Tu lucu Thanks guys!! Faham memasing tgh PKP ni, mood ramai yg ke “laut”. Sensitipp! Nasib baik saya baca tadi dlm keadaan tgh tunggu waktu berbuka puasa. Kalau tak, agaknya saya pun terlayan balas komen semua.
Ok. Let I make it clear & summarize kan utk kita semua berdasarkan comment thread yg saya perhatikan dan baca daripad perkongsian masing-masing.
Nota: Photo di atas adalah hasil screenshot dari orang lain dan group lain, saya tutup nama asal sbb saya nak elak mereka yg dikecam pula.
**tujuan asal posting utk bertanya pendapat sebab bukan bidang saya utk saya pastikan, terima kasih bg yg berkongsi pendapat dan ilmu.
Ok. bawah ni saya listkan beberapa pilihan yg sy sempat grab utk rujukan kita semua terutamanya untuk orang yang jenis macam saya belum tahu :
1. Boleh buat, TAPI tutup lubang 3 pin soket tu dgn apa2 dulu sebelum spray utk elakkan sebarang kecelakaan yg tak diingini terutamanya melibatkan arus aliran elektrik.
2. Boleh buat, TAPI buka dulu ‘casing’ nya. tunggu betul2 kering baru pasang semula.
3. Boleh buat, TAPI memerlukan jenis cat tertentu. (Boleh cuba scroll semula dlm comment thread).
4. Boleh buat, TAPI tak digalakkan. Utk elak apa2 perkara yg tak diingini di kemudian hari. Terutamanya litar pintas.
5. Terus beli dan ganti baru. Jika nak yg berwarna, sudah ada produk soket berwarna dijual dlm pasaran. Cuma pastikan ada SIRIM.
**jadi kesimpulan saya : lebih baik jangan dibuat dan gantikan sajalah dgn yg baharu.
Mengundang bahaya
Dalam pada tinjuan komen mendapati netizen beranggapan cara itu mengundang bahaya.
antaranya
” Mmg nice tapi bahaya sbb paint material tu kita tak tau samada kalis api ke tak. Brg2 melibatkn heat, elektrik socket mcmni takleh buat suka2. Even nak bersihkn pun kena hati2.
“Tak digalakkan spray.. sbb cat spray antara bahan mudah bakar
Keluarga: Apa yang pasti, pastikan bahan yang digunakan selamat agar tidak mengundang bahaya.
DIET… sebut sahaja sudah membayangkan betapa sukarnya untuk mengatakan TIDAK kepada makanan yang selama ini menjadi kegemaran kita. Tetapi demi menjaga penampilan dan bentuk badan yang diingini, kenalah berkorban sikit kan.
Bukan hanya wanita, malah lelaki juga sangat menitikberatkan hal ini. Tidak mustahil la apa jua petua atau tip yang dikongsikan akan dicuba untuk melihat keberkesanannya.
Perkongsian dari lelaki muda bernama Harith Faisal mungkin dapat membantu anda yang sedang berkira-kira untuk berdiet.
Dengan hanya 2 bulan mengamalkan diet tersebut, lelaki ini berjaya menurunkan 10 kg. Wow menarik juga kan, yang penting diet nya hanya fokus kepada pengambilan makanan terutama pada waktu sarapan pagi.
Saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
SARAPAN NASI LEMAK PARU
Nak ceritanya, dulu-dulu saya ni peminat tegar nasi lemak tambah paru sambal. Memang sedap ya amat. Dalam seminggu, empat lima hari memang itulah sarapan saya. Sekarang dah insaf taubat nasuha. Okay habis cerita nasi lemak.
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
PAKAI SUSU SEGAR JENAMA APA
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
BOSAN SARAPAN YANG SAMA
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
JADUAL MAKAN SEHARI
9.00 am: Oat smoothies + air kosong
11.00 am: Teh hijau + air kosong
1.00 pm: Buah + teh hijau
3.00 pm: Air kosong
6.00 pm: Ayam dan sayur grill + air kosong
9.00 pm: Teh hijau
Untuk makan malam, saya memang ambil sebelum pukul 7 malam. Nasi suku pinggan masa makan malam. Tapi saya tak makan nasi hari-hari pun. Ikut mood.
ENJOY MY DIET
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
PENAFIAN
Panjang dah saya kongsikan dalam artikel ni. Kalau kau perasan, kat wall Facebook saya banyak sharing pasal kewangan dan hartanah je sebelum ni. Tapi apalah guna jaga kewangan saja kalau tahap kesihatan ke laut.
Jadi, supaya orang tak salah faham, saya nak tegaskan kat sini yang saya bukanlah dietitian, dan bukan juga doktor. Apa yang saya cerita ni adalah apa yang saya lalui sendiri.
Hari tu masa viral pasal teh hijau, dengar cerita banyak tempat kehabisan stok teh hijau terutamanya Speedmart. Entah-entah kali ni, susu Farm Fresh pulak yang habis stok. Baik kau cepat-cepat beli kejap lagi. Haha! – HF
Lama tak mendengar khabar pelakon kecil molek ini. Dalam diam-diam rupanya Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri sudahpun memiliki lima anak. Baru-baru ini penulis bertemu dengan isteri kesayangan Datuk Mohd Sumali Reduan dalam satu majlis pelancaran produk penjagaan diri bayi, Mek Kembang Baby.
“Kehidupan saya mencabar kerana anak masih kecil dan masa cukup terhad. Saya uruskan anak-anak sendiri kerana tak punya pembantu rumah, saya uruskan semua nya sendiri, hantar dan ambil anak sekolah. Yang sulung tingkatan tiga, kedua tingkatan dua, ada juga yang bakal duduki UPSR tahun ini, ada darjah 4, darjah 1 dan juga yang bongsu setahun sebulan.
“Memang agak padat jadual dan masa saya singkat,. Sebab itu saya tak ambil tawaran berlakon dengan mana-mana penerbit. Tetapi ada juga lakonan saya di bawah terbitan sendiri drama Hero bomba. Akan ada lagi drama terbaru di bawah syarikat saya sendiri.
“Soal tak cukup masa saya tiada masalah kerana boleh uruskan sendiri. Saya pula jenis orang yang simple, mungkin orang nampak saya bergaya tetapi apa yang selesa saya pakai dan muka akan letakkan sedikit solekan kerana kadang-kadang ada yang ajak untuk bergambar.
Ditanya soal menjaga anak ramai dalam usia yang masih mudah, akui Anne Ngasri ia bukan sesuatu yang mudah tetapi menyeronokkan.
“Jujurnya cukup mencabar menjaga anak ramai sendiri. Memandangkan usia berbeza dan sekolah berbeza. Dengan anak kecil, mana nak kemas rumah, memasak dan sebagainya.
“Tetapi alhamdullah cabaran itu membuatkan saya sangat seronok dan masa yang penuh itu tak membuatkan saya sempat memikirkan benda negatif. Mudah-mudahan Allah sentiasa positifkan diri saya, kerana hari-hari terpaksa uruskan anak-anak. Jadi bila nak buat sesuatu yang negatif saya akan fikirkan anak-anak.
Tambahnya lagi, dalam kehidupan ini dia selalu fikir dan anggap apa yang dilakukan adalah ingin membuat yang terbaik.
“Selain berlakon, saya juga mempunyai bsines sendiri iaitu shawl selain memiliki produk kecantikan iaitu foundation dan juga serum. Nawaitu saya dalam bidang ini adalah untuk membantu ekonomi kawan-kawan serta orang lain.
“Dalam kehidupan kalau kita mempunyai anak ramai itu satu kurniaan dan ini cukup istimewa yang Allah berikan pada kita. Jadi patut hargai dan tidak akan rasa beban apabila sudah bersedia dari awal. Dari awal mengandung kita sudah bersedia untuk menerima tanggung jawab.
“Saya sendiri berkahwin dalam usia 21 tahun, saya sudah bersedia untuk jadi seorang ibu. Alhamdulillah, dalam usia 36 tahun, saya ada enam anak dan saya bersyukur kerana sejak dulu lagi saya sudah bersedia setiap kali mengandung dan memiliki anak ramai.
Sedari usia 4 tahun, Anne sudah bekerja dan akuinya masa lebih banyak bersama keluarga dibandingkan dengan orang luar.
“Saya rasa seronok sangat. Sebab itu saya tiada untuk kawan-kawan kerana sibuk dengan keluarga. Tetapi saya ada me time dengan bercuti dengan kawan-kawan seperti 2 hari satu malam. Tetapi sejak kecil lagi saya sudah bekerja sedari umur 4 tahun lagi.
“Jadi tak banyak masa dengan orang lain, sebaliknya banyak masa dengan keluarga. Setiap minggu sekurang-kurangnya satu hari akan keluar minum bersama. Kawan baik saya adalah Darling itulah BFF saya. Saya okey je dan sekurang-kurangnya kawan atau kakak saya itu adalah the best,” ujar Anne lagi sebelum menutup perbualan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.