Cara Buat Aiskrim ‘Sebiji’ Baskin Robbins, Senang Sangat Guna 3 Bahan Je. Tuang, Kisar Dah Siap. Memang Sedap!

Share

Buat penggemar aiskrim Baskin Robbin, mesti susah teringin nak makan, nak nak lagi cuaca panas begini. Nak beli agak mahal harganya, apa kata buat je sendiri. Lebih jimat dan anak-anak boleh makan sebanyak yang diingini.

Resipi ini dikongsikan oleh Puan Ameera. 

Selamat mencuba!


Aiskrim Baskin Robbin ❤️

Ibu share lagi resipi 3 bahan termudah!

Bahan-bahan:
Whipping cream 2 kotak kecil
Milo 4 sudu besar
Susu pekat setengah tin

Cara membuat: 
Tidak perlu letak air.

Terus blender semua. Dah blend masuk terus dalam tapawe.

Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.

Dah jadi aiskrim ibu. Baskin robbin buatan sendiri, walahhhhh!Tak percaya? Try la buat. Sumpah sedap.

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍
‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍

IKLAN