Buat penggemar aiskrim Baskin Robbin, mesti susah teringin nak makan, nak nak lagi cuaca panas begini. Nak beli agak mahal harganya, apa kata buat je sendiri. Lebih jimat dan anak-anak boleh makan sebanyak yang diingini.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Ameera. Selamat mencuba!
Aiskrim Baskin Robbin ❤️
Ibu share lagi resipi 3 bahan termudah!
Bahan-bahan:
Whipping cream 2 kotak kecil
Milo 4 sudu besar
Susu pekat setengah tin
Ads
Cara membuat:
Tidak perlu letak air.
Terus blender semua. Dah blend masuk terus dalam tapawe.
Ads
Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
Dah jadi aiskrim ibu. Baskin robbin buatan sendiri, walahhhhh!Tak percaya? Try la buat. Sumpah sedap.
Umum mengetahui pasangan ini sudah pun bercerai pada Julai yang lalu. Biarpun masih berhubung dengan baik kerana anak, timbul persoalan di kalangan peminat mereka berkenaan perjalanan restoran yang diusahakan bersama sebelum ini.
Akhirnya semalam, pelakon ini membuat pengumuman berkenaan restoran tersebut. Setelah beroperasi selama empat tahun lalu, Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim sepakat untuk menutup FizoMawar Kitchen (FCM) di Bangi dan Kelantan yang diusahakan bersama sebelum ini.
Jelas Fizo, keputusan itu adalah pilihan terbaik yang dipersetujui kedua-dua pihak antara dia dan Mawar.
“Berat untuk saya nak umumkan dan saya sudah buat keputusan dan kami berbincang inilah yang terbaik.
“Saya dan Mawar bersetuju untuk menamatkan operasi Fizomawar Kitchen di Bangi dan Kota Bharu.
“Saya percaya Allah ada perancangan yang lebih baik kepada kami selepas ini,” kata Fizo menerusi pengumumannya di Fizo Omar Channel di YouTube.
Sedih dengan keputusan itu, Fizo bagaimanapun akur biarpun mendapat tentangan daripada pelanggan setia mereka.
“Bermacam-macam perasaan sebenarnya. Apabila kami berpisah ramai yang minta jangan tutup restoran ini terutama bagi yang sudah sebati dengan makanan kami.
“Saya tahu ramai yang terkejut tetapi saya terpaksa dan saya minta maaf,” tambahnya.
Fizomawar Kitchen telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan ditutup pada 27 Oktober 2019.
Kata Fizo seramai 300,000 pelanggan telah berkunjung ke restoran tersebut sejak beroperasi.
“Fizomawar Kitchen dibuka pada 2015 dan merupakan hadiah daripada saya kepada Mawar dan ibu saya. Kebanyakan makanan yang disediakan merupakan juadah kegemaran mereka.
“Saya sendiri belajar masakan tersebut di Thailand dan restoran ini ada banyak kenangan,” kata Fizo lagi.
Dalam perancangan lain, Fizo bakal mengadakan majlis khas bersama peminat dan pelanggan tetap Fizomawar Kitchen pada hujung bulan ini dan akan diumumkan kelak.
Fizo dan Mawar bercerai talak satu pada 10 Julai lalu selepas enam tahun berkahwin.
Pasangan yang berkahwin pada November 2013 itu dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Gout merupakan satu bentuk artritis akut yang menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan. Asid urik terhasil daripada pemecahan bahan kimia purin dalam badan.
Kebiasaannya, purin hadir secara semulajadi di dalam badan, tetapi ia juga terdapat dalam sesetengah jenis makanan. Asid urik disingkirkan daripada badan melalui air kencing.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, diet untuk pesakit gout boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam darah. Diet tidak boleh menyembuhkan sakit gout, tetapi ia boleh menurunkan risiko serangan gout dan melambatkan kerosakan sendi. Pesakit gout yang mengamalkan diet bagi gout masih memerlukan ubat-ubatan untuk mengawal kesakitan dan menurunkan paras asid urik.
.
Tujuan pengurusan pemakanan bagi pesakit gout adalah supaya untuk mencapai berat badan ideal dan tabiat pemakanan yang baik, mengelakkan sesetengah makanan yang tinggi kandungan purin, mengambil makanan yang baik dan membantu mengawal paras asid urik
. Prinsip asas diet bagi pesakit gout :
1. Penurunan berat badan – berlebihan berat badan meningkatkan risiko untuk menghidap gout. Kajian mencadangkan penurunan kalori dan berat badan boleh menurunkan paras asid urik dan mengurangkan serangan gout. Penurunan berat badan juga akan mengurangkan tekanan terhadap sendi-sendi.
.
2. Karbohidrat kompleks – makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta bijirin penuh yang membekalkan karbohidrat kompleks. Elakkan makanan dan minuman yang ada kandungan sirap jagung tinggi-fruktosa (high-fructose corn syrup), serta hadkan meminum jus buah-buahan yang semulajadi manis. Metabolism fruktosa dalam badan akan menghasilkan asid urik seterusnya meningkatkan parasnya dalam darah.
.
3. Minuman – kekalkan hidrasi dengan meminum banyak air kosong.
.
4. Lemak – elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak.
.
5. Protein – pilih bahagian daging/ayam tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan kekacang sebagai sumber protein.
. Saranan makanan atau suplemen yang lebih khusus :
.
1. Organ dalaman – elakkan pengambilan organ dalaman seperti hati, paru, perut, limpa dan lain-lain : ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
.
2. Daging merah – hadkan pengambilan daging lembu dan kambing.
.
3. Makanan laut – sesetengah jenis makanan laut seperti ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi berbanding yang lain. Akan tetapi, kebaikan pengambilan ikan adalah lebih banyak berbanding risiko bagi pesakit gout. Oleh itu, pengambilan ikan secara sederhana adalah disarankan.
.
4. Sayur-sayuran tinggi purin – kajian telah menunjukkan bahawa kandungan purin dalam sayur-sayuran seperti bayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.
.
5. Alkohol – Bir dan likuor meningkatkan risiko penyakit gout dan serangan gout berulang. Pengambilan wain secara sederhana pula tidak meningkatkan risiko serangan gout. Elakkan alkohol semasa serangan gout berlaku, dan hadkan alkohol, terutamanya bir pada masa lainnya.
.
6. Makanan dan minuman manis bergula – hadkan/elakkan makanan manis bergula seperti bijirin manis, kuih muih manis dan roti/bakeri. Hadkan pengambilan jus buah-buahan yang semulajadi manis.
.
7. Vitamin C – Vitamin C mungkin membantu menurunkan paras asid urik. Bincang dengan doktor/pegawai dietetik tentang kesesuaian suplemen tambahan 500 mg vitamin C dengan diet serta pelan perubatan anda.
.
8. Kopi – terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan kopi secara sederhana berkemungkinan membantu penurunan risiko gout. Namun, pengambilan kopi mungkin tidak sesuai jika anda mempunyai masalah perubatan yang lain. Berbincanglah dengan pegawai dietetik untuk menentukan kesesuaian jumlah kopi dalam diet anda.
.
Diet bagi pesakit gout boleh membantu menyekat pembentukan asid urik dan meningkatkan penyingkirannya. Namun, diet ini tidak dapat menurunkan kepekatan asid urik secukupnya bagi merawat gout. Ubat-ubatan masih diperlukan disamping diet yang betul untuk membantu mengurangkan kekerapan serangan gout dan tahap keterukan penyakit gout.
.
Diet yang bersesuaian, disamping kawalan kalori dan senaman berterusan adalah perlu untuk memperbaiki tahap kesihatan pesakit gout secara menyeluruh dengan membantu mencapai dan mengekalkan berat badan ideal.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rasanya tak perlu diperkatakan lagi mengenai kelebihan ulaman herba yang satu ini. Pegaga sebenarnya cukup banyak khasiatnya buat tubuh kita.
Samada dimakan mentah bersama nasi sebagai ulam atau rajin sikit boleh hasilkan jus pegaga. Sama-sama punya khasiat yang tersendiri.
Bagi yang amalkan selalu, pegaga juga cukup baik untuk kesihatan kulit malah buat kulit lebih anjal dan sihat. Hebat kan? Nak jus yang sedap dan rasa lain sikit boleh ikut resipi cara Nur Aida Md Zainuddin ni. Sedap!
Pegaga banyak tumbuh meliar tahap kena cabut buang. Jadi hari ni kita cuba buat jus pegaga lemon tanpa gula.
Bahan-bahan:
1 genggam pegaga
1 biji lemon
Air secukupnya
1. Masukkan air dan pegaga dalam pengisar.
2. Kisarkan semuanya hingga sebati.
3. Potong lemon dan letak hirisan lemon dalam mug.
4. Tuang air pegaga dan sedia diminum.
5. Nak simpan dulu bagi sejuk pun okei.
Hmmm rasa dia boleh tahan…. takla teruk sangat. Walaupun tak letak gula tapi rasa masam lemon boleh cover. Sedap!
Ektra Info
Khasiat Jus Pegaga
– menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan
– tingkatkan kecerdasan minda
– merawat parut pembedahan
– hilangkan kesan selulit dan kulit tegang sewaktu mengandung.
– rawat demam panas
– atasi masalah buasir dan penghadaman
– sejukkan badan dan segarkan tubuh
– kurangkan tahap kolesterol dalam tubuh
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.