Masak asam pedas memang senang tapi kalau ada bantuan bahan ini pasti buat rasanya lebih sedap. Menu ini antara makanan yang cukup disukai suami dan anak-anak.
Apa kata untuk menu berbuka petang nanti, ibu-ibu cuba buat asam pedas untuk hidangan seisi keluarga.
Asam pedas ni mcm2 versi… ade yg bubuh daun kari.. ade yg bubuh daun kunyit.. ade yg bubuh daun kesom & bunga kantan..so terpulang pada masing2 tuk mevariasikan masakan itu. SEBAB KITA MASAK DIA.. BUKAN DIA MASAK KITA..
Bahan-bahan
Bawang merah*
Bawang putih*
Halia*
Belacan*
Ketumbar*
Jintan manis*
Jintan putih*
Lada hitam*
Belacan*
Bahan bertanda * dikisar hingga lumat.
Cili giling
Serai dititik
Asam jawa
Serbuk kunyit
Halba
Daun kesom
Daun limau purut
Ikan pilihan
Bendi
Ads
Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik & serbuk kunyit.
3. Tumis sehingga pecah minyak.
Ads
4. Bila bahan tumis dah pecah minyak..masukkan air asam jawa dan sedikit air. Ikut byk mana yg nak air tu.
5. Renihkan seketika lalu masukkan bendi.
7 Kemudian masukkan pula daun kesom & daun limau purut.
Ads
8. Bila bendi dah separuh masak.. masukkan ikan, garam & serbuk perasa.. renihkan sehingga ikan masak.
9. Boleh dihidangkan utk keluarga tercinta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tiba bulan Ramadan, biasanya kita teringin untuk mencuba pelbagai makanan.
Kalau anda teringin nak makan apa-apa mee sup yang macam sup Chinese, boleh cuba resepi kuey teow sup paling simple ala kopitiam.
Paling ringkas tapi sedap sehingga menjilat jari. Padu! Memang terlajak sedap ni pastinya tak cukup semangkuk.
Jom tengok resipi ni yang sudah tular di media sosial.
KUETIAW SOUP CHINESE STYLE
Jumpa resepi ni lalu kat FB juga jadi kita cuba la buat Sedap sangat uolls try la. Menu ni Sesuai sangat buat para Isteri dan ibu2 yang bekerja tu sebab mudah dan cepat untuk disediakan. Hanya amik masa sejam je kelentang kelentung utk disiapkan kol 7 tepat dah ready dh semua
Ni saya share resepinya.. (lama xshare resepi sini)
📌kueyTeow 📌Ayam bahagian isi (dicarik2) 📌Fish Ball 📌Fish Cake 📌Baby Pak Choy (sy guna yg ni) 📌Halia 2 inci 📌2 Ketul Kiub Maggi ayam 📌Bawang putih 📌Cili potong, Kicap Manis/masin, minyak bijan sikit
Cara2nya :- 1- Rebus isi ayam dan Fishball tanpa minyak, masukkan sekali halia yg dihiris dan Kiub Maggi Ayam 2 ketul. Dah masak tu Angkat isi ayam dan sejukkn utk dicarik2.
2- Sementara tunggu sup dia masak tu korang Goreng la bawang putih yang dicincang halus tu hingga garing keperangan. Lebihkan minyak sebab nak buat minyak bawang. Dah garing masukkan kedalam bekas or mangkuk sekali dgn minyaknya.
3- Goreng kejap Fish Cake dan ketepikan
4- Celur Baby pak choy atau apa2 sayur yang dipilih.
5- Cili potong tu nak potong pastu tambah kicap je boleh.. nak tumis kejap pastu tambah kicap pun boleh. Ikut selera masing2 Mudah bukan?
Bintang kecil: Puasa Tu Wajib, Tiada Puasa ‘Yang Yuk’ | Hikayat 1001 Malam | BINTANG KECIL
Episod 3 : Abdul Mukmin VS Abdul Fajir
Berpuasa jadi bekalan dan perisai orang beriman dan supaya tak terjebak ke lembah maksiat serta kejahatan. Sebab tu bulan puasa ni kita kena jadikan diri kita lebih ke arah Abdul Mukmin dan elak jauh-jauh dari Abdul Fajir. Nak tahu apa tu Abdul Mukmin dan Abdul Fajir, kenalah saksikan 1001 Malam di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan ini pada jam 6.30 petang bersama pengacara jemputan PU RIZ. Jangan lupa kawan-kawan Bintang Kecil semua!
Program ini disokong sepenuhnya oleh TATEH, jenama yang Prihatin, Selesa dan Dipercayai.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil #BintangKecil #KitakanJuara #1001Malam
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengambilan makanan yang berkhasiat akan dapat memberi manfaat untuk diri kita menjadi lebih sihat dan bertenaga. Umpamanya dengan mengamalkan minum jus buah-buahan. Sebagaimana umum mengetahui, minuman berasaskan jus buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan serat yang diperlukan oleh tubuh badan. Bahkan jika kesihatan terganggu, ramai juga menyarankan agar minum jus buah-buahan.
Salah satu buah yang enak dibuat jus adalah buah epal dan tahukah anda epal ini jika dicampur dengan beberapa bahan lain berperanan untuk menurunkan kolestrol dan boleh juga sebagai egen membuang toksin dalam badan, melawaskan pembuangan air kecil dan banyak lagi manfaatnya.
Ini didetail lagi melalui perkongsian daripada dua orang wanita ini di facebook. Nak tahu caranya, ini perkongsiannya;
PETUA BUANG TOKSIN DAN TURUNKAN KOLESTEROL DENGAN JUS EPAL KAYU MANIS
Mustahil la kita nak elak dari toksin. Sebab toksin ada kat mana-mana. Dalam udara yang kita sedut atau dalam makanan dan minuman yang kita ambil. Jadi kalau badan kita gagal untuk de-tox secara semulajadi, kita akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan usus dan juga kembung.
Epal ni banyak serat dan untuk membuang toksin. Manakala kulit kayu manis pula menstabilkan kadar gula dalam darah. Gabungan 2 bahan ni dapat kurangkan lemak dan turunkan paras kolestrol dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan.
So simple tapi menyihatkan kan.. Jom kita buat!
Bahan-bahan:
2 biji epal hijau
2 batang kulit kayu manis
air
Caranya:
1. Blender epal hijau dan tapiskan.
2. Masukkan kulit kayu manis tadi kedalam Jus epal yang telah ditapis tadi.
(kalau nak pakai serbuk kayu manis pun boleh)
3. Biarkan sejuk 1-2 jam didalam peti sejuk dan diminum ketika hendak mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.
Bagi yang berdiet tu boleh jadikan snek minum petang dan sebelum tidur. Selamat mencuba!
Menakala Hafiezah Abu Zarin Pijahjeff yang juga merupakan pesakit batu karang turut mengamalkan epal sebagai bahan yag dicampur dengan bahan lain untuk meredakan masalah kesihatannya.
Menurutnya berkongsi petua, “Saya sebagai pesakit batu karang dalam buah pinggang dan pundi kencing. Kepada yang kencing tak lawas ka, kencing rasa sakit ka,batu karang ka, kencing kotor ka, apa sahaja la yang berkaitan dengan buah pinggang dan pundi kencing, bole cuba resepi ni…doktor yang bagi..”
Air ini sangat bagus untuk cuci buah pinggang dan pundi kencing..doktor pesan cuba amal untuk 30 hari. 1 hari minum 1 kali sahaja…terpulang nak minum waktu mana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.