Cara Buat Baja Semula Jadi Untuk Pokok Hiasan Dalam Rumah Dengan Kulit Pisang. Semudah ABC, Pokok Pun ‘Gembira’!

Share

Kulit pisang banyak manfaatnya, kalau dulu asyik cakap untuk kecantikan kulit. Rupa-rupanya boleh juga dijadikan baja semula jadi untuk pokok hidup dalam rumah.

Macam mana caranya? Mudah jer, jom baca tip yang dikongsikan oleh Huda Zainal

ni.

Rendam kulit pisang 2 hari 2 malam antara tips yang Huda rajin amalkan sebulan sekali untuk baja pokok hidup dalam rumah.
Cara dia semudah ABC.


1. Makan pisang dan ambil kulitnya sahaja.
2. Rendam kulit pisang dalam air selama 2 hari 2 malam.
3. Agihkan air rendaman kulit pisang ke dalam semua pasu.

Bagusnya guna air rendaman kulit pisang sebab air ni tinggi dengan potassium. Terdapat juga kandungan nitrogen, phosphorus dan magnesium yang mampu buat pokok gembira.
Jika risau kehadiran ‘fruits flies’ atau unggas, cairkan bancuhan air rendaman. 1 : 5 (air rendaman kulit pisang : air biasa).

Kulit pusing yang telah direndam, boleh potong kecil-kecil dan tanam sedikit di dalam pasu berpokok. Ini pun boleh jadi baja semulajadi.
Huda Zainal
#zerowastetips

IKLAN