Cara Buat Chicken Chop Homemade Yang Cukup Mudah Tapi Sedap. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya

Share

Selalu kalau teringin kita order atau makan di restoran kan. Apa kata kali ini cuba buat sendiri chicken chop. Biasa kita kongsi resipi air tangan kaum ibu, kali ini admin tampilkan resiopi dari kaum bapa.

Mudah dan simple je resipi yang dikongsikan oleh saudara Azahari Abdullah. Jom ibu-ibu kita cuba buat sendiri di rumah, jimat pun jimat kan.

 

Ayam peha 

1 Cawan Tepung Gandum + 1 Cawan Tepung Beras

1 sudu teh serbuk cili atau paprika

( semua digaulkan sekali )

Ayam digaulkan dengan garam

Celup ayam di dalam susu cair + Susu Low Fat @ full cream

Celupkan kedalam tepung

Celupkan kedalam telur

Celupkan kedalam tepung sekali lagi

Dan terus goreng.

Cara buat Sos Lada Hitam:

1 sudu besar Butter dipanaskan

1 sudu Tepung Gandum dimasukan kedalam butter

1/2 cawan susu cair

Sedikit air

1 Sudu biji Lada Hitam di hancurkan/blend

1 sudu sos cili

1 sudu serbuk Brown Sauce @ glaze

1 @ 2 sudu kicap pekat

Masak sehingga pekat dan tambahkan air jika perlu

Cara buat Coleslaw:

Kobis di cincang

Carot di cincang

Air gula

Mayonis

Susu cair + Low fat@ full cream

Campurkan semua.

*Jom Follow

ARTIKEL MENARIK: Senangnya Nak Buat Dadih Susu Full Cream Sedap & Berkhasiat. Tekstur Lembut Cair Di Mulut. Buat Sendiri Puas Hati!

 

 

IKLAN