Pengalaman yang mencemaskan buat bapa bernama Mohammad Faris Zakaria yang berkongsi kisah cemas tapi melucukan ketika kehilangan anaknya, Kisah tersebut dimaut naik menerusi grup Anak Sepahkan Apa Hari Ini?
Dia yang ketika itu bersama anak sulung berusia lima tahun pergi berjalan di bahagian barangan elektronik sementara menantikan isterinya membeli barang.
Tanpa sedar anaknya sudah tiada di sisi. Puas dicari sehinggalah dia melihat si anak sedang ralit menonton di hadapan televisyen bertemankan sebuah patung beruang di sebelah.
Walaupun awalnya cuak tiba-tiba si anak ‘hilang’ tetapi apabila melihat situasi si anak yang sedang lepak menonton tv sambil ditemani teddy bear membuatkan ayah ni menarik nafas lega. cari anak tak jumpa, muka ni dah kejung dh.. jumpa selipar sebelah je kat lantai.. sape pulak la rembat budak ni.. panggil2 tak menyahut.. 360 darjah kita toleh berpusing ligat mencari.. ehh, hurmm siniiii.. nasib baik perasan.. ingatkan dah lesap ke mana.
Sedap dia je lepak tengok tv dengan teddy bear display akt electronic section.. pastu slumber je tanya kita, papaaa ada jajan x.? mentang2 port tu deko cantik, geram nak sepah la tuuu.. ni kalau p ikea mungkin tido terus kot.. selubung slimut.. lagi lah kecoh gerakan mencari mangsa hilang report kat Lost n Found..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Keluarga ini sejak dahulu lagi menjadi contoh buat semua. Bukan hanya menjaga kebajikan anak-anak, bahkan hubungan silaturahim antara bekas isteri dan suami ini juga sangat baik.
Terbaru, Memey Suhaiza memuat naik sepotong video pendek berkenaan tanggung jawab suaminya dalam berkongsi rezeki buat dirinya dan juga bekas isteri, Abby Abadi.
See org lelaki… Besar tanggunggjawab.. bayangkan kalau ‘lagi ramai’😆 Lagi besar tanggungan… jadi moral of the story hargailah seadanya❤️ Semoga sentiasa dilimpahkan rezeki semua ketua keluarga ,suami, bapa dlm usaha menjaga tanggungjawab & amanahnya..🤲🏻
Patutlah rezeki keluarga ini cukup murah, ada sahaja tawaran kerja buat Norman yang tidak putus-putus. Mungkin kerana sikap pemurahnya membuatkan rezeki kian bertambah.
Perkongsian Memey tersebut dipuji ramai. Rata-rata menyifatkan sikap prihatin dan pemurah Norman kepada bekas isterinya patut dicontohi semua terutama kepada kaum lelaki.
Mengumpul tabungan mengikut jenis warna duit mungkin sudah terbiasa bagi kita. Ada yang mengumpul untuk tabung anak, travel, simpanan tetap malah tak kurang juga tabungan untuk hadiah diri sendiri.
Berbeza dengan Hani Mynis yang menyediakan sebuah tabung cukup kreatif, mengikut caranya sendiri. Tabungan 52 dan Tabung Suamiku Kaya ni memang unik. Nak tahu tabung jenis apa ni, jom baca.
Selalu ada tabung hijau (rm5) dan tabung oren (rm20) kan, tp tahun ni Hani tak buat tabung warna warni tu dan hanya buat tabung dua ni iaitu tabung 52 minggu dan tabung “suamiku kaya” ?
Masuk tahun ni, ni tahun ke 4 Hani buat cabaran simpanan duit 52 minggu ni. Masa jadi pelajar dulu, memang dihujung tahun dapat kumpul duit ni sangat berguna. Macam dapat duit kutu gitu haha. So dengan duit ni lah kalau hani nak
tebus wish list ke apa.
Percaya tak dengan duit tabung ni dua tahun lepas dapatlah sponsor sikit untuk hantar mummy pergi umrah (alhamdulillah?) dan tahun lepas dapat bagi 30 hadiah sempena besday husband yg ke-30. Semua guna duit sendiri
campur duit tabung ni (padahal student lagi tak bekerja gitu ?).
Untuk tabung “suamiku kaya”, baru tahun ni Hani mula sebenarnya. Sebab nak tolong tambah keberkatan rezeki suami berniaga je. Nak tolong je hahaha ?. Macam Hani pernah mention dulu, walaupun isteri ada pendapatan / duit sendiri,
suami elok juga bagi nafkah @ duit poket untuk isteri sebelum pergi kerja supaya berkat lagi duit suami.
Walaupun dua ringgit insyaAllah ada lah keberkatan dia kat situkan (tetiba bertukar mode ustazah nak bagi tazkirah pulak haha)
Duit poket yang alif beri setiap pagi sebelum kitorang keluar rumah, Hani masukkan dalam tabung sambil berdoa semoga Allah limpahkan banyak rezeki buat suami dan diberkati setiap duit yang masuk. Ha Sebab tu nama tabung ni : tabung suamiku kaya ?? mana tahu berkat doa isteri dan masin mulut suami jadi kaya haha.
Hanya berkongsi, mana yang nak mula tabung 52 weeks tu sempat je mula lagi. Details dalam caption gambar ye ??
Konsep dia setiap minggu masukkan duit ikut lah itu minggu ke berapa kan.
Kalau sekarang ni dah masuk minggu ke 13, boleh masukkan dalam tabung tu RM13. Dan seterusnya. Hani masukkan duit setiap hari Jumaat.
Mana yang baru nak mula minggu ni. Masukkan terus RM91 dalam tabung ni (dah gaji kan haha). So minggu depan teruskan je masukkan RM14 dan seterusnya. Seminggu sekali je masukkan duit, bukan hari-hari. Sebab tu tabung ni namanya
tabung 52 minggu.
Simpan lah dalam bekas apa-apa. Kalau takut terpakai, guna tabung yang tak boleh bukak (jenuh nak bukak, bukan tak boleh haha).
Free printable nak keep track senang. Total RM1378 banyak kan sapa nak bagi haha.
Ada yang nak masukkan nilai-nilai lain. Macam seminggu RM10 ke. Terpulang. Tulis amount kat sini so kita ingat minggu ni dah masuk ke belum duitnya.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hani Mynis
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.