Tentu antara kita ada kenangan semasa kecil terutama momen ibu memasak kek di dapur. Aroma kek yang semerbak membangkit selera. Makan panas-panas memang sedap. Pastinya kenangan momen melihat ibu membuat kek dalam kenangan manis anda. Lebih-lebih lagi, kedai yang menjual kek tidak banyak beroperasi ketika itu.
Namun, kini walaupun kedai kek banyak di pasaran termasuk kek dijual di media sosial, ramai juga memilih untuk membuat sendiri. Cara homemade ini lebih fresh dan enak dimakan ketika masih panas-panas. Malah momen membuat kek bersama anak-anak ini menjadi kenangan manis bagi anak-anak apabila mereka dewasa nanti.
Jika ingin mencuba resepi kek legend yang viral ini bersama anak-anak amat berbaloi. Sudahlah rasa sedap, nak buat pun mudah.
Resepi kek kampung ini walaupun biasa-biasa aje, tetapi hasilnya pasti membuat anda puas hati. Gebu dan sedap!
Mak-mak ni, pantang nampak resepi yang mudah dan ringkas penyediaanya mula lah save! Tapi, nak buat tu bila la pula kan. hehe
Yang mana selalu didatangi tetamu, atau orang dalam rumah sering mengadu lapar, sesekali boleh jamu dengan Mee Bandung resipi dari Maryam hussain ni! Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Mudah betul! Jom cuba!
RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE TAPI POWER
Mee bandung kalau silap cara boleh buat rasa muak kerana terlebih pekat atau terlalu cair.
Korang ikut cara dan resepi ni, untuk bagi rasa mee bandung original setaraf hotel lima bintang. Rasa masin, manis, masam secukup rasa. Dimeriahkan dengan hiasan hiasan penambah selera.
Bahan-bahannya:
Bawang putih – dikisar
Bawang merah – dikisar
Cili kering – dipotong dua
Isi ayam / sotong / udang / daging
Kobis / Sawi / Carrot / tomato
Bebola ikan / kek ikan
4 biji telur
Cara memasak
1. Tumis bahan yang telah dikisar dan cili kisar.
2. Masukkan cili kering dan masak sekejap.Kemudian masukkan ayam.
3. Bila ayam dah masak. Masukkan sesudu sos tiram dan sesudu sos cili
4. Air satu jug (ikut suka nak kuah banyak @ sikit). Mendidih je masukkan sayuran dan semua makanan lain seperti fish ball, udang dan sotong, garam, gula sedikit perasa.
5. Masukkan secawan air tepung jagung (kepekatan ikut citarasa). Lastly masuk kan telur 4 biji. Biarkan sehingga telur masak. Sedia untuk dihidang.
Kek yang lembut dan gebu sudah semestinya akan menjadi idaman buat yang gemar makanan pastri. Jika asyik tak jadi atau kek tak naik, banyak puncanya salah satunya penggunaan telur yang salah.
Terdapat pelbagai tip untuk pembuatan kek, biskut, roti dan juga kuih-muih yang melibatkan telur. Fungsi telur adalah untuk menyebatikan semua bahan dalam adunan & melembabkan teksturnya.
Sebagai contoh, dalam pembuatan kek coklat, biasanya telur gred A atau double AA yang akan digunakan kerana saiznya yang lebih besar & supaya kek lebih lembap berbanding menggunakan gred telur yang lain.
Namun, kadang kala, agar sukar memperolehi telur gred A di setengah kedai. Tak perlu risau, jika berlaku situasi begini, ada kiraannya untuk memastikan kek tetap gebu walaupun menggunakan telur gred lain.
Menarik dengan perkongsian ini, ia menjelaskan cara kiraan bagi sebiji telur mengikut gred telur. Biasanya jika sukatan bahan tak tepat seperti terlebih telur akan menyebabkan kek berderai. Jadi cara formula puan Nieza Nor Hamnira ini dapat membantu untuk anda menghasilkan kek yang lebih gebu dan lembut.
Ikuti perkongsian ini.
Selalu share tips ni dalam kelas buat kek je, tapi ni rasa patut juga share secara terbuka dengan sesiapa yang memerlukan. Supaya ramai yang faham yang buat kek ni taklah strict sangat, banyak syarat dan terma. Padahal guna apa ada je pun boleh. Ni nak share tentang penggunaan telur dalam pembuatan kek.
MITOS (KEPERCAYAAN) : Gred telur ikut saiz dia. Nak buat kek kena ada telur gred A. Takde telur gred A tak boleh buat kek.
FAKTA : Gred telur bukan ikut saiz, dia ikut berat. Bukan semua tempat atau kawasan ada jual telur gred A Telur yang selalu ada kat kedai runcit, biasanya gred B Resepi biasanya tulis berapa biji, bukan gram. Nak buat kek boleh je guna telur gred apapun. Janji berat yang diperlukan tu cukup.
TIPS & FORMULA (*KAMPUNG) SUPAYA SENANG FAHAM : Telur Gred A (tanpa kulit) sekitar 55 gram Telur Gred B (tanpa kulit) sekitar 50 gram Telur Gred C (tanpa kulit) sekitar 45 gram Telur Gred D (tanpa kulit) sekitar 40 gram
CONTOH : Resepi buat kek selalunya dia tulis 4 biji telur (A) – selalunya memang tak sebut gred A. Kena faham sendiri. Tapi telur yang ada kat rumah kita tu jenis gred B, boleh ke? Boleh. Sebenarnya resepi tu nak guna berapa gram telur? Sebenarnya resepi tu nak guna 4 biji x 55 gram = 220 gram Jadi, telur yang ada kat rumah kita ada berapa gram kalau 4 biji? 4 biji x 50 gram = 200 gram Kita kurang 20gram rupanya. Satu biji (lebih kurang) 50 gram. Nak dapatkan 20 gram macamana pulak?
PENYELESAIAN : Ambil 4 biji telur, pecahkan, asingkan. Ambil lagi sebiji, pecahkan, kacau rata, tuang setengah (tak perlu la timbang, jenuh mak nak ikut nau-nau perinciannya.. hehe) ke dalam bekas telur yang 4 tadi. Jadilah 200+20gram = 220 gram (lebih kurang)
Itu kalau nak spesifik sangat, kalau nak lagi sempoi, pecahkan je terus 5 biji gred B tu. Takde hal. Ini semua untuk pemahaman lebih baik, lebih sempoi lagi je. Bukan mesti patut ikut tepat tetap gitu.
Halal je la, masa putar, masukkan sedikit demi sedikit telur tu, putarlah sampai sebati. Bila dah faham formula telur ni, senang cerita. Sekarang selesai masalah! Tak perlu pergi ke tempat jauh redam nak beli telur gred A punya pasal. Kat kedai runcit depan pun boleh, janji tahu dan faham formula telur dalam kek.
Dan yang perlu berlebih-lebih melimpah ruah dalam resepi ialah, kasih sayang. Acewah :: Disclaimer : Haaa.. jangan ada yang claim telur gred B yang dia timbang kat rumah tu 62gram pulak. Kan saya dah kata, ini formula *kampung saya yang saya guna dan faham dalam bisnes kek-kek saya sejak 9 tahun lepas. Setakat ini, menjadi – Alhamdulillah.
Sila panjang-panjangkan, moga ia bermanfaat sebagaimana ia bermanfaat buat saya dan keluarga.
Wow tengok gambar sahaja sudah rasa terliur dibuatnya. Inikan pula mencuba sendiri di rumah bersama anak-anak. Pasti anak-anak tak sabar dan berebut-rebut nak makan.
Resipi awesome ini dihasilkan oleh adik Muhamad Fadzul Illahi Azhar di facebooknya. Mulanya dia sekadar mencuba, mana tahu ada yang suka dengan roti jala coklatnya.
Tak sangka pula Roti Jala Coklat Bersos Coklatnya mendapat perhatian ramai. Malah
katanya ramai yang tempah lagi dan lagi. Wow!
Dari saja-saja buat makan, sampai la menjadi duit poket. Hari ini saja saya dapat tempahan 70 set. Saya ingat orang tak suka. Saya cuba.. Alhamdulillah dapat sambutan. Saya nak sis-sis yang tak buat apa-apa kat rumah. boleh laa amik resepi ROTI JALA SOS COKLAT. Sama-sama kita kongsi ilmu. Yang mana dah share sebelum ni bagus la, yang belum share silakan.. saya halalkan.. ☺ tapi doakan saya berjaya dalam bisnes.. aaminn
Ada orang tanya saya jual sebekas berapa.. saya jual 1 bekas RM5 ADA 7 KEPING.
GUNA KUALI NONSTICK
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
3 sb gula
Sedikit garam
3 sb minyak masak
1/2 cawan susu cair
Air ikut kepekatan (jangan pekat sangat jangan cair sangat)
Caranya:
1. Kacau semua bahan dalam satu mangkuk, lepas tu blend hingga halus.
2. Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari, tu adunan cantik.
3. Kalau blend adunan tu xda pusar atau pusar kecik, masukkan air bagi ada pusar kat tengah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.