Mak-mak ni, pantang nampak resepi yang mudah dan ringkas penyediaanya mula lah save! Tapi, nak buat tu bila la pula kan. hehe
Yang mana selalu didatangi tetamu, atau orang dalam rumah sering mengadu lapar, sesekali boleh jamu dengan Mee Bandung resipi dari Maryam hussain ni! Tak sampai setengah jam, dah boleh makan. Mudah betul! Jom cuba!
RESEPI MEE BANDUNG SIMPLE TAPI POWER
Mee bandung kalau silap cara boleh buat rasa muak kerana terlebih pekat atau terlalu cair.
Korang ikut cara dan resepi ni, untuk bagi rasa mee bandung original setaraf hotel lima bintang. Rasa masin, manis, masam secukup rasa. Dimeriahkan dengan hiasan hiasan penambah selera.
Bahan-bahannya:
Bawang putih – dikisar
Bawang merah – dikisar
Cili kering – dipotong dua
Isi ayam / sotong / udang / daging
Kobis / Sawi / Carrot / tomato
Bebola ikan / kek ikan
4 biji telur
Ads
Cara memasak
1. Tumis bahan yang telah dikisar dan cili kisar.
2. Masukkan cili kering dan masak sekejap.Kemudian masukkan ayam.
Ads
3. Bila ayam dah masak. Masukkan sesudu sos tiram dan sesudu sos cili
4. Air satu jug (ikut suka nak kuah banyak @ sikit). Mendidih je masukkan sayuran dan semua makanan lain seperti fish ball, udang dan sotong, garam, gula sedikit perasa.
5. Masukkan secawan air tepung jagung (kepekatan ikut citarasa). Lastly masuk kan telur 4 biji. Biarkan sehingga telur masak. Sedia untuk dihidang.
Meskipun hanya menu ayam goreng, ia sering menjadi pilihan dan kegemaran buat seisi keluarga terutamanya buat anak-anak kecil. Sementelah menu ayam goreng ini cukup mudah disediakan dan aromanya mampu membuka selera jika dihidangkan ketika masih panas.
Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk…habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy..
Tapi bagi menghasilkan ayam goreng yang enak, ranggup di luar tapi lembut di dalam ada caranya. Langkah menghasilkannya dikongsi oleh Najwa Romli dari laman Facebook beliau. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam.
1 labu bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 tangkai daun kari
Garam dan serbuk kunyit secukup rasa
CARA MEMBUAT:
1. Hiris semua bahan tersebut kecuali daun kari.
2. Kemudian tumbuk semua bahan tadi menggunakan lesung batu. Boleh juga menggunakan pengisar dengan mencampurkan sesudu minyak masak dan dua sudu besar air.
Lagi best tumbuk semua bahan tadi. Kalau bizi jugak blender dgn sesudu minyak masak n 2 sudu besar air.
3.Gaulkan ayam bersama daun kari, garam, serbuk kunyit dan bahan tumbuk tadi. Perap dalam 30 minit.
4. Sambil menunggu perapan ayam susunkan daun pisang dalam periuk kukus. Kemudian, didihkan air dalam periuk kukus.
5.Susun ayam di dalam loyang kukus dan kukuskan selama 20 minit.
6. Setelah dikukus, biarkan sejuk, lalu digoreng dalam masa 5 minit.
Jika ingin disimpan di dalam simpan chiller masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia mampu bertahan sehingga 3 atau 4 hari.
Ni la hasil gorengan. Ya ampunn..krukk..krakk…habuk dia tu perghh..!! Ayam pun sangatlah lembut even kat luar dah crunhy.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tengok biskut Mama Carey ni, memang buat rasa terliur. Biskut yang popular dulu yang mesti ada disetiap rumah. Tentu mengamit nostalgia kan. Nak buat biskut ni kena ikut resipi barulah sedap dan cantik.
Kepada ibu-ibu yang nak buat biskut ini, nah cuba resipi yang disediakan menerusi facebook, Mastura Shariff , siap ada tutorial memudahkan ibu-ibu.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Belum lelap lagi layan calit-calit & conteng-conteng cara saya buat Biskut Ibu Perihatin (mama carry) mungkin ada yang buat cara lain bagi saya ini yang paling mudah & senang walau pun biskut nie menguji kesabaran untuk mendapatkan toppingnya yang sempurna
Sebagaimana yang kita tahu cara masakan kambing yang sangat popular adalah dibakar atau dibuat gulai. Bagaimanapun, hidangan itu kelihatan enak untuk dinikmati tetapi bau hamis kambing sering kali membantutkan selera.
Oleh itu, sudah tentu bahan perapan atau rempah ratus untuk menumis perlulah bersesuaian supaya dapat mengurangkan bau hamis kambing itu.
Jika memilih untuk membuat hidangan gulai atau berkuah pula, bolehlah cuba resipi ini, Kambing Varuval menggunakan rempah yang dibuat sendiri.
Jom kita cuba buat.
Hai Semua !! Lama tak bersidang ya.Harini saya nak share dekat Kawan Kawan Menu kegemaran keluarga saya iaitu
Kambing Varuval…kalau Musim perayaan ini juadah kegemaran semua Warga India.. Semua:! Bahan bahan: 2 kg kambing tempatan ya
Saya sebelum prepare barang 2 masak saya potong daging kambing dadu dan rebus dulu dengan 5 biji ubi kentang supaya empuk daging kita ya…air rebusan daging jagan buang .biar rebus sampai airnya kering baru sedap.
Boleh jugak di gantikan dgn Daging Lembu…ikut sellers masing masing….
A..Rempah Garam Masala buat sendiri ya.
2 kayu Manis 5 biji Buah pelaga 2 sudu biji ketumbar 3 bunga lawang 5 bunga cengkih 2 sudu jintan manis 2 sudu jintan kecil 5 cili kering Kesemua bahan tadi di panaskan di atas api yg kecil dan di giling sampai halus.. Saya sertakan gambar.. ya dibawah
Bahaan B.
Bahan basah giling: Di giling lumat ya.. 2 labu bawang 10 biji b.putih Halia sedikit
Bahan C . 1 biji Tomato Segengam daun Kari Sedikit cili kering 1 sudu jintan Putih 1 bunga lawang 5 buah pelaga 1 batang kayu manis ( bahan bahan ini kena Tumis ya lepas tu masuk bahan bahan B..
1.panas kan Minyak ,masukkan bahan (B )biar masak sikit diikuti dengan bahan A…tumis sampai hilang bau ,halia n bawang Putih…diikuti dgn bahan (C) biar serbuk Kari kita naik bau..lepas tu masukkan daging yg di rebus tadi di ikuti dgn Rempah garam masala kita..kacau sampai rempah ratus kita sebati dgn daging.. masukkan garam sebagai perasa ….dan kacau sampai kita punya VARUVAL kering .
Rujuk gambar
Bahan bahan Garam Masala boleh jugak di dapat kan di kedai India ya…kalau malas beli jelah…saya tak suka beli sebab bau rempahnya kuat dan ada rasa pahit pahit pedas ya..Roast di api yg kecil supaya tak hangus…tujuan kits nak keluarkan bau rempah ratus…Bahan bahan TumisBahan basah gilingDaging direbus dgn ubi kentang …apa macam nampak sedap tak…kalau plan plan nak ganti kan dgn daging lemon boleh jugak maklumlah kita kan dlm mood Raya…Tomato 1 bijiTumis ya..Masukkan Bahan gilingSaya masukkan garam masa Tumis…sebabnya baru tomato kita lenyek
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...