Resepi Kuey Teow sup memang ang sangat sedap dan mudah disediakan. Ia adalah kegemaran keluarga. Selalu disediakan untuk hidangan sarapan pagi atau minuman petang. Tapi nak rasa lebih padu biasanya masakan ni kebiasaannya disediakan di restoran Thai. Kuahnya memang membangkit selera, nak lebih terangkat letak cili padi. Bau aroma akar ketumbar dan minyak bawang putih tu bangkit selera.
Namun sekarang ni, dalam tempoh PKPB tentu agak risau untuk makan di kedai. Malah kita digalakkan berada di rumah. Tapi jika ada mengidam Kuey Teow sup Thailand, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh puan Lynda Nazri sehingga tular lebih 53K share!
BAHAN² HIASAN Mee/bihun/kuetiaw Taugeh(Celur) Kangkung(sy ganti sawi)celur Kacang tumbuk(tp sy xguna) Lobak masin(celur) Ayam/daging/perut (Diracik halus) Serbuk cili kisar(Sy buat sendiri)Nk beli yg thailand pun ada,jgn guna serbuk cili yg jenis babas or sebagai nya,sbb pahit) Cili jeruk Daun ketumbar
CARA
Ads
Ads
Didih kan air dalam periuk dan masuk kan akar ketumbar, ayam, kicap cair,kicap sotong,kiub ayam,lada sulah,lada hitam yg dh di tumbuk halus td..Sambil2 tunggu didih tumis kan bawang putih yg dh di blend td sampai kekuningan dan terus curah ke dalam kuah td(time ni kuah wangi,bau mcm bihun pama) dan perasa kan garam,aji,gula sikit..Bahan2 ni sy agak2 je ye untuk yg byk mana sy msk.. Tunggu ayam lembut sikit keluar kan ayam yg isi utk di racik.. Kemudian boleh la hidang kan bersama BAHAN² HIASAN di Selamat mencuba resepi yg tak seberapa ni..
Tentu antara kita ada kenangan semasa kecil terutama momen ibu memasak kek di dapur. Aroma kek yang semerbak membangkit selera. Makan panas-panas memang sedap. Pastinya kenangan momen melihat ibu membuat kek dalam kenangan manis anda. Lebih-lebih lagi, kedai yang menjual kek tidak banyak beroperasi ketika itu.
Namun, kini walaupun kedai kek banyak di pasaran termasuk kek dijual di media sosial, ramai juga memilih untuk membuat sendiri. Cara homemade ini lebih fresh dan enak dimakan ketika masih panas-panas. Malah momen membuat kek bersama anak-anak ini menjadi kenangan manis bagi anak-anak apabila mereka dewasa nanti.
Jika ingin mencuba resepi kek legend yang viral ini bersama anak-anak amat berbaloi. Sudahlah rasa sedap, nak buat pun mudah.
Resepi kek kampung ini walaupun biasa-biasa aje, tetapi hasilnya pasti membuat anda puas hati. Gebu dan sedap!
Buat peminat sotong, bolehlah cuba resipi ini yang cukup mudah dan enak pula tu. Cara nak buat pun simple je, tak banyak bahan digunakan. Resipi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.
Huishhhh…kari “Sutun”… Rega murah hari ni tu yg buat kari sutun tu..rm22 sekilo..Silakan Resipinya pada yang nak mencuba..
“KARI SOTONG” by “MARIANA ZAINAL”
Bahan- bahan:
Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(utk hilangkan air sotong)..toskan..
1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah amik santannya)
2 1/2 senduk minyak masak utk menumis..
Bahan tumis
1 biji bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
Sedikit halia hiris( x nak letak pun x pe)
1 sdt halba campur
Bahan pes..
2 paket kecil rempah kari ikan brand baba’s
1 paket kecil serbuk cili
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari
1 sdb garam
1/2 sdt gula
Sedikit perasa
1 1/2 cawan air
(satukan semua ni jadikan pes)
Caranya..
Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..
Masukkan bahan pes..masak hingga betul2 naik minyak dan garing.
Ayam goreng berempah sememangnya menjadi pilihan bila kita menjamu selera di restoran mamak. Kombinasi rasa rempah dan isi ayam yang digoreng rangup, memang enak sekali dinikmati bersama nasi panas.
Bagi anda yang sukakan menu ayam goreng ala kedai mamak, resipi perkongsian Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Resipi Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
Ayam secukupnya
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
(sukatan bahan bergantung pada jumah ayam yang digunakan. Ubah suai mengikut cita rasa masing-masing)
Rangup & Juicy, Simpan Sampai Malam Pun Masih Sedap
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan di dalam bekas bersesuaian Gaulkan semua bahan sampai sebati.
2. Perapkan ayam dalam peti sejuk seketika. Nanti bila sudah sedia untuk dimakan, baru goreng supaya boleh dinikmati panas-panas.
3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sampai garin menggunakan api perlahan sahaja.
4. Bila ayam sudah garing sempurna, angkat dan toskan minyaknya.
5. Ayam Goreng Rempah Sempoi sedia dihidangkan bersama nasi putih ataupun nasi berperisa seperti nasi goreng.
6. Tekstur isi ayam selepas digoreng. Lembut dan juicy. Sedap!