Selain ayam goreng yang sentiasa jadi pujaan anak-anak, ikan goreng juga tak kurang hebatnya. Ikan kalau dimasak dengan cukup garing dan rasanya, apa lagi makan ketika masih panas, memang bangkit seleranya.
Selain hanya goreng dengan garam dan kunyit seperti biasa, menambah beberapa bahan juga buat ikan jadi lebih mantap dan terlajak sedap. Bagaimana?
Cuba 5 Cara Ni
Tak hanya sedap malah ikan gerenti lebih rangup!
Ads
Kisar Bawang
Ini resipi istimewa untuk anak-anak. Kisarkan sedikit bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam ikan yang sudah di ratakan garam dan kunyit. Gaulkan rata dan biarkan diperap seketika. Gorengkan ikan hingga garing dan makanlah ketika panas. Kena cuba! Ikan yang sangat disyorkan untuk teknik ini adalah ikan selayang.
Guna Bawang Putih
Bawang putih memang hebat rasanya. Tumbuk sedikit bawang putih dan lumurkan bersama garam dan kunyit. Gorenglah hingga masak. Hasilnya rasa ikan bukan hanya lebih sedap tetapi enak.
Ads
Minyak Banyak
Untuk menjadikan ikan lebih rangup, minyak hendaklah betul-betul panas dan kuantitinya jugalah haruslah banyak. Jangan hanya cukup-cukup ikan sahaja. Biarkan digoreng lama dan hasilnya pasti lebih rangup.
Ads
Guna Kunyit Hidup
Untuk mendapatkan ikan goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan sedikit kunyit hidup kemudian digaulkan bersama sedikit garam. Kunyit hidup sememangnya buat ikan lebih rangup dan rasanya juga lebih enak.
Ikan Yang Sesuai
Tahukah anda bahawa bukan semua ikan sedap untuk digoreng. Ikan besar seperti siakap, tenggiri dan sebagainya sebenarnya kurang enak apabila hanya digoreng sahaja. Untuk mendapatkan ikan yang lebih rangup dan enak, pilihlah jenis ikan kecil seperti ikan
selayang, ikan kembung, ikan selar mahupun ikan bawal kecil. Fuhh sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang pernah makan Nasi Crispy Beef kawasan Wangsa Maju pastinya teringin nak menikmati hidangan ini. Sudah tentu keenakan hidangan ini, membuatkan ramai yang ‘mengidam’ menu ini.
Disebabkan dalam tempoh PKP tentu kita tidak boleh bergerak bebas dalam jarak untuk ke kedai. Buat yang ingin memcuba hidangan ini, apa kita buat sendiri di rumah.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju(kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri. Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan Bahan-bahan: (3-4 orang makan) 400g daging 1 biji bawang Holland 2 sudu besar kicap cair 1 butir telur 2 ulas bawang putih 1 sudu empingan cili 1-2 cawan tepung jagung 1 sudu besar lada sulah 1 sudu besar kicap manis 3 sudu besar sos tomato 2 sudu besar cuka 1 sudu besar bijan(disangai) Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat.
Cara masak nasi bawang
Di kedai kawan saya tu Crispy Beef ni dihidang dengan nasi bawang. Saya akan gunakan bawang Holland untuk buat bawang goreng dan minyak bawang untuk buat nasi bawang tu.
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef
Cuci beras. Letak bawang goreng dan minyaknya. Masukkan garam. Letak sikit mentega atau ghee jika mahu. Tanak nasi macam biasa dalam “rice cooker”.
Cara masak Crispy Beef
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kanji/kentang(potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua(double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”. Tak tahu dalam BM istilahnya apa.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang(cara masak nasi bawang ada di ruangan komen).
“Cendawan Ni Sentiasa Jadi Stok Di Rumah..”- Rupanya Dr Ni Gunakan Untuk Jadikan Masakan Lebih Sedap!
Sebagai ibu kita bukan sahaja menyediakan hidangan yang enak untuk anak makan berselera malah apa yang menjadi keutamaan adalah kita ingin memberikan makanan yang terbaik dan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Bercerita tentang rahsia penyediaan makanan yang enak dan berkhasiat, Dr Mazliana Mazlan menyarankan untuk menggunakan cendawan. Ia bukan sahaja dijadikan menu sayuran malah menurutnya cendawan boleh dijadikan pengganti bahan perasa.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Cendawan boleh jadi pengganti aji kalau masak sayur untuk anak. MSG penyedap makanan, beri rasa umami pada lidah.
Buat makanan yang anak makan, lebih sedap dari biasa. Ada yang ambil makanan tinggi dengan MSG tiruan, dapat kesan sampingan pening, loya, muntah, berdebar-debar.
Kajian pun ada tunjukkan yang MSG ada kaitan dengan obesiti, penyakit metabolik, kesan neurotoksik, dan kesan pada organ peranakan.
Tak sesuai untuk anak-anak kita ya. Sebaiknya elakkan dari anak-anak seboleh mungkin.
Kiub/serbuk ayam.
Kiub/perencah tomyam.
Secukup rasa, penyedap rasa.
Perencah nasi goreng.
Perencah sup tulang.
Perencah mee segera.
Sos tiram.
Kicap.
Elakkan masak makanan anak-anak kita dengan bahan ini. Semua jenis penambah rasa ni kebanyakkan ada MSG tiruan.
“Cendawan, antara sayuran sebenar yang beri rasa umami yang kuat pada lidah kita. Sumber semulajadi pilihan yang lebih baik buat anak-anak.”
Dalam gambar, saya ada kongsi 10 jenis cendawan yang ada di pasaran. Boleh shopping k.
1.Brown button mushroom
2.White button mushroom
3.Shiitake mushroom
4.Portabello mushroom
5.King otyster mushroom
6.Inoki mushroom
7.Grey oyster mushroom
8.Bunashimeji mushroom
9.Bunapi mushroom
10.Dried shiitake mushroom
Dried shiitake mushroom, sentiasa ada stok di rumah saya. Sebab cendawan ni kering, tahan lama, tinggi dengan glutamate dan beri rasa umami yang kuat. Guna sikit je dah sedap hasil masakan kita.
Buat mee goreng pun saya kisar dulu cendawan shiitake dan tumis sekali dengan bebawang. Seriusss, sedap lain dari biasa. Korang kena try tau.
Cendawan apa paling bagus?
Setiap cendawan ada khasiat terlebih terkurang sikit, tapi umumnya semua ada kebaikan.
Umur berapa boleh start makan?
Boleh cuba untuk baby 10 bulan ke atas.
Anak eczema boleh makan?
Yang ni tengok post semalam, 9 sayur yang anak eczema kena elakkan.
Mana nak beli?
Semua pasaraya ada. Nak banyak pilihan, di Aeon dan Jaya Grocer.
Serbuk cendawan boleh guna?
Boleh je kalau bahan-bahan dia ok.
Boleh lah shopping cendawan lepas ni selalu tau. Kita cuba cari perasa dari bahan semulajadi untuk anak-anak ya.
Hendak suburkan tanaman atau pokok bunga pun ada rahsianya. Selain yang biasa kita dengar perlu dibaja, disiram dan dijaga rapi bahkan ada cara yang mudah dan terbukti berkesan.
Ini sepertimana yang dipraktikkan oleh Puan Zaiton Hamid, berkongsi cara untuk memastikan tanaman yang ditanam hidup subur dengan siraman air cucian ikan. Difahamkan, setiap kali selepas mencuci ikan airnya akan di simpan untuk digunakan sebagai siraman pokok dan dalam masa yang sama menjadi baja yang cukup berkesan.
“Ini ialah air basuhan ikan. Setiap kali lepas siang ikan saya akan simpan airnya untuk dijadikan baja organik,” tulisnya di group facebook Berkebun D Rumah.
Rugi Buang Air Basuhan Ikan, Jadikan Baja
Petua ini saya dapat dari arwah ayah dan mak yang selalu jadikan air basuhan ikan sebagai baja pokok.
Alhamdulillah pokok akan tumbuh subur selepas disiram dengan air basuhan ikan.
Sangat rugi kalau kita buang air tersebut begitu sahaja. Kerana,unsur dan kandungan dalam organ ikan itu memberikan kesan positif pada tanaman.
Terdapat zat besi yang wujud semulajadi dalam darah dan organ ikan.
Setiap kali siang ikan,kita simpan dalam bekas siraman.
Apabila waktu petang, kita boleh siram kepada tanaman.
Kenapa waktu petang?
Pagi sehingga tengah hari merupakan waktu pokok aktif melakukan fotosintesis.
Jadi selepas dari waktu itu, keperluan harian tanaman telah mencukupi.
Sebab itu, petua orang-orang tua kalau nak pindah kan pokok, lakukan di waktu petang supaya pokok tak terkejut.
Lagi pun dah nak menjelang senja ke malam, pokok dah mula tidur.
Baru lah ia mudah stabil selepas dipindahkan.
Note: Penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan petua arwah ayah & mak serta disokong dengan pembacaan dibeberapa blog.
PS : Baja air ikan ini ada baik buruknya,ada kawasan tidak bermasalah menggunakan nya dan ada kawasan akan menghadapi masalah semut,lalat,tikus dan beberapa masalah lagi,boleh cuba sedikit dulu dikawasan tertentu, jika ok teruskan jika tidak abaikan.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga warganet turut terpanggil untuk berkongsi petua yang dilakukan untuk memastikan pokok yang ditanam menjadi subur. Bahkan ramai juga yang berkongsi pengalaman yang sama menyiram tanaman dengan air basuhan ikan.
Antaranya adalah seperti komen daripada Ruhidah Rostam, “Saya pun guna air cucian ikan.Selain itu saya juga gunakan air cucian beras,air teh o tanpa gula (teh yg dah guna & rendam)kadang air cucian pakaian & air rendaman nasi basi,serbuk kulit telur (jemur & tumbuk/kisar)kulit kupang (jemur & tumbuk)hampas serbuk teh,hampas serbuk kopi,sayur-sayuran & buah-buahan yang tidak elok ,kulit kentang,kulit bawang putih,kulit bawang merah & kadang saya letak rambut saya yang gugur”
Manakala Dahrom Hashim menyarankan agar ditapis terlebih dahulu air basuhan ikan tersebut. “Tapis dulu air ikan tuu supaya tiada sisa daging yg tinggal..,.baru tiada semut…..”
Ramiza Mb pula berkongsi amalannya, “Selain basuhan ikan air peraman kulit bawang juga sgt bagus..pokok nk mati dh alhamdulillah hidup subur blk..insya allah”
Manakala kongsi Afsah Daud Cha-cha pula tulisnya, “Jiran sy buat siram kat orkid… Ya rabbana… Gemok lepok orkid berbunga”
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.