Pada musim durian dilihat begitu banyak dijual di pasaran dan ketika ini bukan sahaja masa yang ditunggu-tunggu buat peminat durian untuk menikmati keenakan rasa buah secara segar. Malah ketika inilah juga pelbagai menu dapat dihasilkan dengan menggunakan buah durian bagi memberi variasi untuk seisi keluarga menikmati keenakan buah durian yang umumnya ketahui hanya ada pada musim-musim tertentu.
Salah satunya yang cukup digemari ramai adalah kuih Seri Muka Durian, warna keemasan dan keenakan rasanya memang tidak terkata. Jadi untuk anda yang ingin mencuba menyediakan kuih seri muka durian bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.
Bahkan daripada perkongsian Puan Nor Al Fatihah turut diberikan tip dan trik untuk pastikan kuih yang dimasak elok kejadiannya dan bila dipotong nampak sempurna. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
SERIMUKA DURIAN Lapisan Bawah (Pulut)
2 cawan beras pulut – di rendam di dalam air selama 4 jam & toskan
2 cawan santan
2 sudu teh garam halus Lapisan Atas (Durian)
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
2 biji telur gred B
1/2 sudu teh garam halus
Pewarna kuning
Cara-cara Membuatnya
1.Lapisan Bawah (Pulut) Sapu loyang saiz 10″ dengan minyak dan alas plastik wrap. Satukan beras pulut, santan & garam. Kacau rata. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana
2.Setelah pulut masak, gembur-gemburkan. Kemudian ratakan dan tekan pulut hingga padat
Ads
3.Lapisan Atas (Durian) Satukan semua bahan. Blend hingga halus. Kemudian masak di atas api kecil hingga naik wap saja
4.Tuang adunan durian ke atas pulut perlahan-lahan. Kukus semula selama 30 minit di atas api sederhana kecil. Balut penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik di atas kuih. Lepas tu, kukus 5 minit lagi tanpa penutup supaya permukaannya licin dan kering daripada air.
5.Sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais. Keluarkan daripada loyang dan potong dengan pisau plastik yang di sapu sikit minyak untuk dapatkan potongan yang kemas.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Semua para wanita mempunyai kegemaran memasak. Malah tidak mustahil, ada yang suka menyimpan resipi untuk mencubanya apabila mempunyai kelapangan masa dan ketika ingin membuatnya. Bukan itu sahaja, para wanita juga suka memilih resipi yang menyediakan cara membuat yang ringkas dan penyediaan bahan yang tidak mahal. Oleh itu, ramai wanita suka mencari resipi yang mudah.
Sebagaimana perkongsian ini cara membuatnya amat mudah dan ringkas. Boleh cuba!
.
Kek minyak dimalam hri.. Mudah sangat.. tak ppyah ada skill baking.. Rasa sama mcm Bakers kt luar tu jual..rsepi ni kurang mnis yer..
1. Putarkan telur, gula castor, ovelete sehingga kembang jdi putih mcm dlm gmbr..
2. Masukkn esen vanilla, susu pekat dan minyak masak..
3. Masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.. Sebatikan.
.
4. Bahagikn kepada 3 wrna..
5. Masukkn dlm loyang saiz 7 yg telah disapu minyak berselang wrna..1sudu 1wrna.
.
6. Bakar pada suhu 160°c selama 45min..
7. Cucuk kek dgan lidi.. Klu xmelekat maknanya kek dh msak..
Penyakit darah tinggi merupakan penyakit yang biasa kita dengar. Mengikut laporan National Health & Morbidity Survey (NHMS) 2019, tiga dari sepuluh rakyat Malaysia, menghidap penyakit darah tinggi. Ia bersamaan dengan hampir 6.5 juta orang!
Saya selalu ceritakan kepada pesakit saya – penyakit hypertension ini, penyakit yang tidak berlaku semalaman. Tidak ada pesakit hypertension yang, apabila dia bangun pagi, “eh aku rasa aku ada darah tinggi lah hari ini!”.
Proses untuk penyakit darah tinggi wujud, merupakan sebuah proses yang berterusan dan mungkin telah bermula sejak bertahun yang lalu. Kombinasi pelbagai faktor yang kita boleh bahagikan kepada faktor yang boleh diubah (pola pemakanan, aktiviti fizikal, stress harian) dan faktor yang tidak boleh diubah (kecenderungan genetik, jantina dan usia) memainkan peranan bagi penyakit ini wujud.
Dan saya juga selalu ceritakan kepada pesakit saya, penyakit darah tinggi ini lazimnya tidak mempunyai simptom yang spesifik, tambah-tambah di peringkat fasa awal kewujudannya.
Simtom seperti sakit kepala, adalah simtom yang sangat umum. Ramai orang yang menghidapi darah tinggi, tidak sedar mereka sebenarnya ada darah tinggi, dan hanya dikesan melalui pemeriksaan untuk penyakit lain; eg masuk wad kerana kemalangan, kemudian baru tahu rupanya ada darah tinggi ketika dirawat di wad.
Kerana itu kita menggalakkan orang awam, untuk kerap membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan kesihatan, bagi orang dewasa yang sihat tubuh badan, kita galakkan sekurang-kurangnya setahun sekali.
Pemeriksaan kesihatan ini penting untuk kita buat “Saringan”. Saringan bermaksud, kita kesan penyakit sebelum wujudnya simtom, supaya rawatan awal dapat diberikan.
Selalunya, berikut adalah perspektif doktor kita merawat, khasnya penyakit darah tinggi
1. Jika belum ada penyakit darah tinggi, aim kita adalah mencegah terjadinya darah tinggi. Caranya adalah kita kenalpasti faktor risiko dan cuba untuk mengurangkan faktor risiko, bagi faktor yang boleh diubah.
2. Jika sudah didiagnos penyakit darah tinggi, aim kita adalah mencegah terjadinya komplikasi bagi penyakit darah tinggi. Komplikasi penyakit darah tinggi berlaku apabila tekanan darah dibiarkan tidak terkawal. Kesannya, dalam tempoh beberapa tahun, saluran darah seperti arteri akan semakin menebal dan mengeras. Jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam darah, kerana salur darah yang tidak lagi kenyal. Salur darah kapilari iaitu salur darah yang halus didalam badan juga, akan mengeras, dan kesannya akan melibatkan organ seperti mata dan buah pinggang.
Justeru adalah amat tidak benar mitos mengatakan, makan ubat lama-kelamaan akan rosak buah pinggang. Kerana faktanya, yang membuatkan buah pinggang rosak adalah membiarkan tekanan darah tidak terkawal. Dengan rawatan, serta mengurangkan faktor risiko yang menjadi punca, seorang pesakit darah tinggi boleh mendapat tekanan darah yang terkawal sepanjang hayatnya, dan akhirnya meninggal dunia atas sebab yang tidak berkaitan darah tinggi atau penyakit cardiovascular pun.
PANDUAN MEMBELI ALAT BACAAN TEKANAN DARAH
Berikut adalah beberapa peralatan yang saya CADANGKAN untuk pesakit darah tinggi agar membantu mencapai kawalan tekanan darah yang baik. Peralatan dan cadangan ini adalah bersifat umum berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit. Setiap cadangan ini, bergantung kepada kesesuaian peribadi pesakit, dan tidak semestinya satu jenama adalah lebih baik dari jenama yang lain.
1. Sphygmomanometer
Ha, berbelit lidah nak sebut. Mudah kira, sebut sahaja “alat pemeriksa bacaan tekanan darah”. American Heart Association dalam guideline mereka mencadangkan bahawa SMBP (Self-Monitoring Blood Pressure) dapat membantu memperbaiki tahap kawalan tekanan darah seseorang. Kalau sebelum ini, kita selalu dapat bacaan tekanan darah ketika kita pergi ke klinik, atau dimasukkan ke wad. Acap kali, bacaan tekanan darah ini akan lebih tinggi, kerana pelbagai faktor seperti kita baru selepas berjalan, chuak/anxious/gabra dihadapan doktor (kita panggil white coat effect). Atas sebab itulah, bacaan tekanan darah ketika kita berada di rumah, dalam keadaan rileks dan selesa, adalah lebih tepat kerana ianya menggambarkan tekanan darah seharian kita yang sebenar. Begitu juga, bacaan tekanan darah secara bersiri contohnya pagi-petang untuk tiga hari berturut-turut, adalah bacaan yang lebih informatif dan tepat berbanding hanya satu bacaan. Ia dapat mengenalpasti adanya isolated hypertension, atau hypertension disebabkan faktor lain/luaran.
Cara memilih alat bacaan tekanan darah : Terdapat pelbagai jenama dan model dengan pelbagai fungsi dijual di pelbagai tempat – sama ada di farmasi, di kedai peralatan perubatan, bahkan secara online. Namun suka saya ingatkan, syarat pertama adalah memastikan alat bacaan tekanan darah tersebut, mempunyai pendaftaran dengan MDA (Medical Device Authority) Malaysia.
Saya ambil contoh, terdapat sebuah alat bacaan tekanan darah yang dijual di Shopee dengan harga RM38.90 dan TOP SELLING. Tidak ada nama jenama, mungkin ianya OEM, tetapi ada dinyatakan nama model nya. Semakan nama model di laman MDA tidak menjumpai nama model tersebut. Boleh jadi alat ini tidak didaftarkan di MDA. Lihat komen salah seorang pengguna :
#### “Seller pos cepat.Tp XXX lmbt. Btw mesin ni x accurate. BP sy xpernah tinggi..Dlm masa sminggu ni kene pantau.Skali sminggu ni tinggi mendadak smpai sakit kpala sy fikir..Td cek alat ni kt klinik, Terkejut nurse tgk.Pastu cube test gune klinik then 128 je normal terus ilang migrain! So rugi jela beli” ######
Sebab itulah, janganlah kita nampak Top Selling, terus kita beli! Walhal ianya tidak didaftarkan, dan tidak selamat untuk digunakan kerana memberikan bacaan yang tidak tepat. Terdapat baaaanyak alat bacaan tekanan darah OEM yang dijual secara online. Cuba elakkan untuk membeli jenama OEM/generik sebegini, kerana alatan sebegini kita nak guna untuk jaga kesihatan kita. Pilihlah yang lebih bermutu dan selamat.
Salah satu yang saya cadangkan, adalah dari jenama OUSON+ ini (https://shp.ee/g7b5d7x). Again, ini hanya cadangan, mungkin anda boleh jumpa jenama lain yang lebih sesuai dan murah. Tapi jangan lupa, pastikan berdaftar dengan MDA, ya! Alat pemeriksa bacaan tekanan darah dari jenama OUSON+ ini berdaftar dengan MDA : https://mdar.mda.gov.my/frontend/web/index.php…
Langkah kedua, adalah memilik cuff size yang sesuai dengan pengguna. Cuff Size adalah saiz bahagian alat yang kita nak lilit di lengan kita tu. Ada yang bersaiz besar, ada yang bersaiz kecil. Untuk jenama OUSON+ ini pun terdapat tiga saiz berbeza iaitu standard, L dan XL. Bagiamana nak tahu saiz yang sesuai dengan lengan kita?
1. Dapatkan tali atau pita pengukur, dan ukur di kawasan tengah-tengah lengan atas. Contohnya bacaan adalah 40cm. 2. Darabkan bacaan tersebut dengan 0.8 (80%). Jadi 40 x 0.8 : 32cm 3. Maka, saiz minima cuff anda adalah 32cm.
Jika kita tengok pada ketiga-tiga size cuff yang diberikan bersama mesin OUSON+ ini, sudah tentu saiz standard tidak sesuai untuk anda. Ini kerana saiz standard mempunyai ukuran 22 – 32cm sahaja. Upper limit sahaja sudah cukup-cukup 32. Dalam situasi ini, anda mungkin lebih sesuai mengambil saiz large atau bahkan XL.
Apa yang berlaku jika anda gasak juga nak ambil saiz standard? Kesannya anda terpaksa lilit lengan anda dengan lebih ketat, atau terpaksa memegang cuff ketika bacaan dibuat. Ini menyebabkan bacaan menjadi tidak tepat.
Ingat, ini adalah DUA PERKARA PENTING sebelum anda memilih alat bacaan tekanan darah, iaitu – MDA APPROVED – APPROPRIATE CUFF SIZE.
Selain dua perkara ini, adalah additional function yang boleh membantu anda. Antaranya seperti – Sumber kuasa : bateri dan/atau USB-powered. Zaman sekarang, mesin BP pun boleh charge macam henfon dah. Mudah. – Memory berserta Date/Time : Boleh menyimpan bacaan tekanan darah dan boleh scroll balik satu persatu. Memudahka, jika beberapa orang didalam rumah berkongsi mesin yang sama. Atau bahkan untuk kegunaan peribadi, kita boleh bandingkan antara bacaan. – Voice Over : Mesin tersebut akan bacakan – Bluetooth : Ada aplikasi di Playstore/Appstore yang boleh “sync” dengan alat anda.
Berikut adalah beberapa jenama dan model alat pemeriksaan tekanan darah untuk kegunaan di rumah. Sekali lagi saya mengingatkan, peralatan dan cadangan ini adalah bersifat umum berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit. Setiap cadangan ini, bergantung kepada kesesuaian peribadi pesakit, dan tidak semestinya satu jenama adalah lebih baik dari jenama yang lain.
Jika sebelum ini minyak masak peket jadi tumpuan, kini telur pula menjadi rebutan ramai.
Sejak akhir-akhirnya dapati ramai yang mengeluh stok ayam sukar didapati di pasaran yang berhampiran.
Terkesan situasi itu, pasaraya Mydin tidak terkecuali. Seakan memberi gambaran stok telur terhad kini, Menerusi entri di Instagram (IG), milik pasaraya Mydin memuat naik video Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin yang menarik perhatian ramai.
Stok telur habis!
Video berkenaan memaparkan Pengarah Urusan Mydin bersahaja seakan sedang mencari telur dengan berlatar belakang rak telur yang kelihatan kosong.
Perkongsian itu disertkan kapsyen ringkas yang memaklumkan bahawa pasaraya itu juga kehabisan stok telur ayam.