Kalau dulu mak-mak kita buat sandwic menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah.

Tetapi kini menu sandwic sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.

Selain dari itu sudah ramai juga usahawan dalam talian yang menjual menu sandwic ‘kayangan’ dan mendapat sambutan ramai pelanggan yang berpuas hati membeli.

Apa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.

Sesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.

Puan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwic di facebook beliau.

Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul² macam makan di restoran atau hotel. Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal. Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu² mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal  untuk anak² tersayang

RESIPI SANDWIC PREMIUM

Bahan-bahannya:

IKLAN

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan

  • 4 KEPING ROTI MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
  • 2 KEPING LOF DAGING AYAM. Goreng di atas kuali sehingga masak.
  • 6 HIRISAN TIMUN JEPUN. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
  • 6 HIRISAN LOBAK MERAH. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
  • 2 HELAI DAUN SALAD. Basuh dan keringkan.
  • 1 KEPING KEJU
  • Sos bijan panggang.

Cara-caranya:

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.

IKLAN

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan4. Letakkan satu kepingan keju.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan6. Susun hirisan timun jepun.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).

IKLAN

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak MakanSiap sandwich 3 tingkat.

Tip potong sandwic nampak cantik

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak MakanPotong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sadnwich yang cantik. Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak MakanSumber: Zurina Zulkefli

Nak tambah ilmu keibubapaan sebelum bergelar papa mama? Jom sertai webinar kehamilan PERCUMA terbesar untuk bakal papa & mama. Jom daftar nama anda di sini WEBINAR AKU TAK SERIK BERSALIN 

Cara Buat Sandwic Premium Macam Di Hotel, Barulah Puas Hati Suami & Anak-Anak Makan

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI